Ads
Home Berita Semua Guru Akan Divaksin Sekurang-Kurangnya 1 Dos Sebelum Sekolah Dibuka

Semua Guru Akan Divaksin Sekurang-Kurangnya 1 Dos Sebelum Sekolah Dibuka

Ads
Gambar hiasan (Foto: Kosmo)

Sesi persekolahan dijangka akan dibuka secara berperingkat mulai September ini dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan semua guru akan mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum sekolah dibuka.

Guru terbabit termasuklah pendidik yang berkhidmat di sekolah-sekolah vokasional di seluruh negara. Hal ini dijelaskan ketika menjawab soalan ahli Dewan Rakyat pada sesi sidang khas parlimen semalam.

Semua Guru Akan Divaksin Sekurang-Kurangnya 1 Dos Sebelum Sekolah Dibuka
Gambar hiasan (Foto: BERNAMA)

Selain itu, jelas beliau lagi sehingga 27 Julai 2021, seramai 303,682 orang atau 73.5 peratus guru, 45,197 anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau 67 peratus dan 33,033 pekerja sokongan kontrak (38 peratus) sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ads

Bagi proses vaksinasi guru tingkatan lima dan enam, status kemajuan adalah menggalakkan dengan 80,717 orang (90 peratus) telah divaksin, manakala di sekolah swasta seramai 12, 894 guru (66.8 peratus) sudah divaksin.

Bagi guru yang mengajar pelajar dalam peperiksaan utama pula, seramai 4,367 orang (58 peratus) menerima vaksin masing-masing, selain 3,026 kakitangan sokongan (54 peratus) juga terbabit.

Ads
Semua Guru Akan Divaksin Sekurang-Kurangnya 1 Dos Sebelum Sekolah Dibuka
Gambar hiasan (Foto: Berita Harian)

Namun begitu, Khairy juga mengakui ada sebilangan guru yang menolak untuk divaksinkan dan belia menyeru pihak pentadbir sekolah supaya membuat capaian kepada golongan tersebut supaya tidak tercetus jangkitan selepas sekolah dibuka.

Sebelum ini ramai juga masyarakat yang menyarankan agar suntikan vaksin ini diberi keutamaan kepada para pendidik kerana mereka juga merupakan barisan petugas hadapan yang bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Ads

Semoga apa yang dikatakan oleh YB Khairy ini dapat dilaksanakan dengan sempurna untuk kebaikan bersama.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI