Berita

“Semua Penyanyi Ada Cara Mereka Untuk Mewarnakan Sesebuah Lagu” -Afgan

Share

Penyanyi terkenal dari seberang, Afgan tampil memberi reaksi apabila ada segelintir netizen yang membandingkan nyanyian penyanyi jelita, Mahalini dengan penyanyi asal lagu Sampai Menutup Mata, Acha Septriasa.

Katanya kepada Remaja, pelantun lagu popular Sial itu tidak seharusnya mendengar komen-komen yang cuba membandingkan dia dengan Acha.

Menurut Afgan lagi, setiap penyanyi mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam
mewarnai sesebuah lagu yang mereka sampaikan.

ARTIKEL BERKAITAN : Penyanyi Lagu ‘Sial’, Mahalini Dedah Pernah Dicurangi 4 Kali & Jadi Mangsa Pukul Bekas Kekasih

“Pasti ada yang akan cuba membandingkan kita dengan orang lain. Tapi saya yakin setiap penyanyi itu mempunya karakternya yang tersendiri, hanya ada satu Mahalini, hanya ada satu Acha. Semua orang ada cara mereka untuk mewarnakan sesebuah lagu itu.

“Kadang-kadang komen sebegini kita tak perlu dengar, sebab saya yakin setiap penyanyi
ini mempunyai tempat di hati peminat-peminatnya,” katanya ketika ditemui selepas sidang media konsert Afgan Live in Penang 2024.

Pada masa sama, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu turut mengakui tidak pernah berdepan dengan situasi berkenaan kerana dia sentiasa mengelak daripada membaca komen-komen di media sosial.

“Saya tak pernah baca komen, jadi saya cuba jauhi media sosial sebab saya tak nak baca
komen yang boleh mempengaruh minda saya dengan benda-benda yang negatif.

“Mungkin pernah ada yang membuat perbandingan cara saya menyanyi tapi saya tak
pernah baca, saya memang akan elak. Tapi kalau saya buat promosi lagu saya akan baca
sebab saya perlu dapatkan feed back dari peminat saya untuk karya baharu saya.

“Jadi saya memang elak untuk buka media sosial, saya hanya post sahaja dan ini baik
untuk kesihatan mental saya, dari saya asyik terfikir lebih baik saya tidak baca komenkomen itu,” ujarnya lagi.

Terdahulu Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah
dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.

Walaupun Mahalini berjaya membawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri,
peminat masih lagi memilih nyanyian Acha yang menurut mereka lebih menusuk ke dalam
hati.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath