Semua Video Dengan Klip FB Live Pengganas Christchurch Dipadam Satu-Persatu

Share

 

Adakah ia satu keputusan yang tepat oleh pihak Facebook (& Instagram), Google, YouTube dan Twitter? Korang tentukan sendiri..

 

Laporan media China menyebut laman media sosial popular seperti di atas sedang mempergiatkan usaha untuk memadam sebarang video yang mengandungi klip Facebook Live pengganas serangan 2 masjid di Christchurch New Zealand, semalam.

BACA: Serangan Masjid Di Christchurch, Netizen Doakan Syurga Untuk Mangsa 

Bukan saja klip yang menunjukkan pengganas itu menembak bertubi-tubi jemaah masjid Al-Noor dan masjid Linwood yang dipadamkan serta-merta. Malah, klip lelaki tersebut di luar masjid dan semasa berada di dalam kereta juga dipadamkan atas alasan..

Violent Content

Twitter sedang aktif memadam sebarang perkongsian video tersebut (tanpa mengira durasi video) dan akan menggantung akaun pengguna yang berkongsi video di platform sendiri disebabkan pengguna “telah melanggar dasar larangan kandungan video yang mempunyai unsur kebencian dan keganasan.

Jurucakap Twitter berkata pihaknya sedang menguruskan kakitangan untuk membuat sedemikian pada masa yang cemas dan terdesak seperti kes serangan seperti ini.

YouTube juga mengeluarkan kenyataan mereka sedang mengambil tindakan yang sama.

”Kandungan keganasan tiada tempat di platform kami,” kata YouTube melalui akaun Twitter mereka.

Ok let us get this straight.

Semalam, akaun REMAJA turut menerima tempias di Instagram apabila sebuah video trivia hasil perkongsian kami telah ditarik turun oleh pihak Facebook atas alasan ‘kandungan keganasan’.

Kami di REMAJA mengerti akan etika memuat naik sebarang kandungan yang melampaui batas, baik dari segi visual, audio mahupun teks. Namun, apabila video tersebut diturunkan secara paksa oleh Facebook walhal ia tidakpun menunjukkan apa-apa visual serangan tembak di luar atau di dalam kawasan masjid, kami akui kami sedikit kesal dan terkilan.

Tindakan pihak pengurusan media sosial ini kelihatan sedikit terburu-buru dan tidak 100 peratus mengadili kandungan video pengguna mereka secara saksama.

Apapun, REMAJA ingin berterima kasih kepada korang yang telah menguntumkan Like, Share dan Comment untuk video yang memperolehi hampir 321,000 tontonan itu.

 

Published by
FZ