Kalau dah namanya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, bagilah lagu apa pun mesti vas!
Terbaru hari ini di dalam perkongsian di Instagram, Siti telah berkongsi klip pendek yang menyaksikan dirinya bergandingan dengan Khai Bahar untuk sebuah lagu berbentuk zikir.
Lagu berjudul Cinta Syurga itu mengambil melodi asal lagu popular, Comel Pipi Merah yang direkodkan khas buat puteri Siti dan suaminya, Siti Aafiyah.
Bersesuaian dengan kehadiran bulan Ramadan, Cinta Syurga dilihat cukup sesuai untuk dimainkan berulang-ulangkan kali selepas ia dikeluarkan secara rasmi di seluruh platform digital bermula 25 Mei 2018 ini. Menurut pengurus Siti iaitu kak Rozi, pihaknya juga telah menghantar Cinta Syurga
ke stesen-stesen radio.Malah, ada peminat yang berkata telah mendengarnya di Suria.FM. Korang dah dengar?
Juga khas buat peminat Siti dan Khai Bahar, Cinta Syurga juga akan mempunyai video muziknya sendiri dan akan dimuatnaik di akaun YouTube DatoSNurhalizaVEVO tidak lama lagi. But for now, apa kata kita tengok dulu klip pendek ini.
Ternyata, netizen baik peminat Siti mahupun peminat Khai memuji versi zikir ini dengan menyatakan mudah bagi mereka mengikuti sama membaca zikir tersebut dalam bait lagu tersebut.
Dalam semua suka dengan versi ini, ada netizen yang mendakwa versi ini terlebih dahulu dinyanyikan oleh pelajar Maahad sebagai parodi kepada lagu Comel Pipi Merah
. Kiranya macam mereka inilah yang come out dengan idea lirik zikir tersebut.Kak Rozi dalam kenyataannya berkata pihak telah menghubungi Ustazah Amira yang memuat naik video asal itu dan Kak Rozi juga pernah memuat naik video tersebut pada Instagramnya sendiri. Namun, video repost itu terpaksa ditarik balik kerana arahan pihak sekolah mereka.
Kak Rozi memberi jaminan mereka memberikan kredit kepada Ustazah Amira untuk cetusan idea zikir untuk Cinta Syurga, seperti dalam video Instagram ini.
Jangan risau, REMAJA pasti Siti mahupun Kak Rozi memahami selok-belok industri seni dan mereka sudahpun mengambil kira faktor originaliti pada idea lagu zikir ini.
Sama-sama kita dengar dan zikir bersama okay!