Memasuki minggu akhir Ramadan iaitu bulan penuh keampunan dan keberkatan ini, pastinya waktu berbuka adalah yang paling dinantikan selain melakukan pecutan amal ibadah.
Berbuka merupakan nikmat sebenar bagi orang yang berpuasa. Sementara menunggu waktu berbuka, ramai di kalangan kita yang rajin untuk menyediakan resipi-resipi mudah.
Bukan saja jimat duit, korang juga boleh dapat dalam kuantiti banyak. Ditambah pula dengan musim PKPB yang mengenakan sekatan perjalanan, jadi resipi DIY sememangnya digalakkan.
Jom kita cuba siapkan resipi sos cili thai yang dikongsi oleh Siti Zubaidah Ibrahim ini. Senang je untuk dapatkan bahannya di dalam dapur.
Ini saya sempat kongsikan untuk semua. Saya siapakan ini untuk kuantiti yang banyak agar senang dimasukkan ke dalam botol dan disimpan dalam peti sejuk.
SOS PENCICAH THAI
Bahan-bahannya:-
1) Bawang putih: 7-8 ulas
2) Cili bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing
3) Akar pakchi ataupun ketumbar
Semua bahan di atas ditumbuk. Saya gunakan chopper kerana kuantiti yang banyak.
4) 6-7 biji limau nipis
5) 2 1/2 sudu besar sos ikan
Kemudian perah limau nipis. Masukkan sos ikan, letakkan gula, garam sedikit saja kerana sos ikan sudah masin dan mempunyai perasa.
Potongkan daun ketumbar dan gaulkan saja. Tak nak potong pun tak apa. Nak lagi senang chopper-kan sekali daun ketumbar.
Jika sos pencicah tu terlalu pekat, bolehlah tambahkan sedikit air suam. Siap!
Sos pencicah thai ini sesuai untuk dinikmati dengan menu kerang, udang, sotong, ikan dan ayam; sama ada yang telah direbus atau dubakar.
Selamat mencuba!
Kredit : Siti Zubaidah Ibrahim