Terdapat banyak sangat produk kesihatan yang dijual sama ada secara online atau pun di toko-toko ubat yang kita sendiri tidak tahu bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.
Kali ini, Remaja nak kongsi kan senarai terkini produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dianalisa oleh Medical Mythbusters Malaysia dan dikesan mengandungi bahan terlarang.
Menurut laporan yang ditulis pada laman Facebook mereka, ubat tidak berdaftar amat tidak digalakkan penggunaannya kerana biasanya produk-produk seperti ini tidak pernah di analisa oleh mana-mana pihak, terutamanya KKM. Dikhuatiri ianya dikilangkan di tempat yang tidak mengikut standard yang membawa risiko pencemaran dan lain-lain lagi.
Rujukan untuk semakan produk berdaftar atau tidak di laman web BPFK Malaysia.
Selain itu, produk tersebut mungkin saja dicampur dengan bahan terlarang demi memberi kesan segera dan melariskan penjualan semata-mata. Biasanya bahan terlarang ini terdiri dari ubat terkawal ataupun racun berjadual contohnya seperti steroid dan lain-lain lagi. Ubat terkawal atau racun berjadual ini hanya boleh dibekalkan oleh doktor ataupun ahli farmasi melalui preskripsi daripada doktor.
Penggunaan ubat tidak berdaftar yang telah dicampurpalsu bahan terlarang ini menyebabkan pengguna “terpaksa rela” menelan “bahan terlarang” a.k.a steroid/racun berjadual tanpa sedar dan tanpa pemantauan serta dos/sukatan yang betul daripada mereka yang berkelayakan yang mungkin mengundang risiko masalah kesihatan yang lain dan mungkin mengundang maut.
Jadi, dinasihatkan agar semua pengguna menyemak ubat yang digunakan sama ada diluluskan KKM atau pun tidak. Dua cara mudah yang anda boleh lihat pada ubat berdaftar KKM adalah nombor MAL dan hologram meditag.
Berikut merupakan senarai produk-produk yang tidak berdaftar dengan KKM:
Kenapa kita disuruh untuk menggunakan ubat yang diluluskan KKM? Sebab ia dijamin selamat, berkesan dan berkualiti oleh kerajaan.
So, jangan malas untuk buat sedikit semakan demi kesihatan diri dan juga keluarga tercinta.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
BERTUAH gila si comel ni! Namanya Nala, kucing gebu dari California, USA, yang mungkin jadi kucing terkaya di dunia dengan harta gila-gila, nilai kira-kira ASS90.65 juta (RM431.4 juta tau!).
Bayangkan, dari kucing ‘merempat’ di shelter haiwan, sekarang Nala ni macam hujan duit je. Setiap post dia kat Instagram boleh bawak balik ASS12,900 (dalam RM61,404). Power!
Sekarang, Nala bukan setakat kaya giler, tapi dia punya famous teruk, dengan lebih dari empat juta followers kat Instagram. Bestnya jadi Nala!
Pemiliknya, Varisiri Mathachittiphan atau lebih dikenali sebagai Pookie, berkongsi bahawa dia terus jatuh cinta pada pandangan pertama dengan si bulus itu semasa mengunjungi pusat perlindungan di Los Angeles. Pada masa itu, Nala baru berumur lima bulan.
“Kisah Nala bermula di sebuah rumah di mana pemiliknya tidak mampu lagi menjaga banyak kucing.
“Nala kemudian dihantar ke pusat perlindungan, yang menyebabkan dia terpisah dari keluarga asalnya. Pada suatu hari, saya dan rakan merancang untuk memelihara kucing namun bersedia bersedia. Selepas melawat rumah perlindungan itu, seekor anak kucing menjilat muka saya dan kami jatuh cinta. Jadi kami bawa ia pulang,” cerita Pookie.
Kemasyhuran si bulus ini bermula pada tahun 2012 apabila Pookie membuat keputusan untuk berkongsi cerita kucingnya di Instagram.
“Saya mula buat akaun Instagram Nala untuk kongsi perkembangan dia dengan keluarga dan kawan-kawan.
“Tak pernah terbayang pun ia akan tarik ramai pengikut macam ni,” kata Pookie.
Sejak itu, Nala yang merupakan campuran baka Siam dan kucing belang menjadi terkenal, sehingga mengilhamkan jenama makanan kucing.
Glam gila Nala bila barangan inspirasi daripadanya menjana pendapatan AS$90 juta (lebih kurang RM425 juta) untuk tuannya. Si comel ni bukan calang-calang; dia si pemegang Rekod Dunia Guinness sebab dia kucing dengan follower terbanyak kat Instagram, tau!
Pada tahun 2022, Nala even menang gelaran ‘Kucing TikToker of the Year’ dari The Shorty Awards. Gempak! Kerana kasih pada Nala, Pookie bagitau yang mengurus akaun media sosial Nala tu kerja full-time dia sekarang.
Dia guna platform tu untuk bangkitkan awareness pasal kebajikan haiwan dan kumpul duit untuk charity berkaitan haiwan. Bukan Nala je yang kaya, tau. Ada lagi empat kucing power macam Olivia Benson, Choupette, dan Smoothie yang senarai kucing terkaya di dunia.
Untungkan jadi Nala ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah sekali lagi kepada skuad badminton Indonesia yang berjaya menjulang Piala Thomas semalam setelah menundukkan pasukan China dengan keputusan 3-0.
Kejayaan yang menamatkan keramau 19 tahun Indonesia untuk bergelar juara Piala Thomas itu menjadi realiti setelah persembahan mantap dipamerkan oleh dua orang pemain perseorangannya; Anthony Sinisuka Ginting, 24 dan Jonatan Christie, 24 serta pasangan beregu; Fajar Alfian, 26 dan Muhammad Rian Ardianto, 25.
Bukan saja kejayaan ini diraikan dengan meriah oleh rakyat Indonesia, malah sebagai seteru jirannya, rakyat di Malaysia turut tumpang gembira piala tersebut kembali dibawa pulang oleh Indonesia ke rantau Asia Tenggara setelah kali terakhir pada tahun 2002; juga menerusi Indonesia.
*
Bagi yang sempat menonton siaran langsung semalam, pastinya korang juga teruja apabila melihat Indonesia melangkah naik ke podium sebagai juara keseluruhan. Bagaimanapun, satu perkara yang mencurigakan adalah mengapa bendera merah putih Indonesia tidak terpampang pada skrin besar di belakang mereka sewaktu upacara penganugerahan?
Tidak seperti negara lain seperti China (naib juara), Denmark dan Jepun yang berdiri megah di hadapan bendera negara masing-masing, Indonesia pula mempamerkan bendera persatuan badminton iaitu PBSI.
Rupa-rupanya, menurut laporan Reauters pada 8 Oktober lalu, Badan Antidoping Dunia atau WADA telahpun menjatuhkan hukuman kepada Indonesia kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat serta prosedur antidoping antarabangsa semasa melaksanakan ujian doping di negara mereka.
Turut menerima hukuman sama ialah Korea Utara dan Thailand. Berikut merupakan lima negara atau persatuan yang tidak lepas penilaian WADA dalam soal doping:
Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa Pekak (DIBF)
Organisasi Anti-Doping Kebangsaan (NADO) Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara)
Lembaga Anti-Doping Indonesia (LADI) atau NADO Indonesia
Persekutusan Olahraga Gira Antarabangsa (IGSF) – India
Organisasi Anti-Doping Kebangsaan (NADO) Thailand
Disebabkan hukuman ini juga, Indonesia kini digantung daripada menjadi tuan rumah untuk sebarang kejohanan sukan serantau dan antarabangsa. Bendera negaranya juga tidak dibenarkan berkibaran di kejohanan yang mereka sertai bagi tempoh tertentu kecuali di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.
Bagaimanapun, hukuman ini hanya berbentuk sementara dan boleh dimansuhkan setelah Indonesia melalui proses ujian dengan diawasu pihak ketiga yang dipersetujui. 6 kunjungan pihak ketiga ke lokasi ujian juga perlu ditanggung negara berkenaan.
*
Bagi pihak persatuan badminton Indonesia, mereka menerima hukuman yang dikenakan biarpun mereka mempertahankan ujian antidoping yang tergendala adalah disebabkan pandemik Covid-19 di Indonesia.
Bagi bekas pemain perseorangan badminton Indonesia, Taufiq Hidayat pula, beliau meluahkan kekecewaan terhadap pihak LADI kerana disebabkan mereka, momen bersejarah kali ini tidak lengkap tanpa bendera Indonesia.
Menerusi muat naik di Instagram, Taufiq berkata, “Mengapa dengan LADI dan pemerintah kita? Khususnya Menpora Koni dan Koi? Apa kerja kamu selama ini? Buat malu negara Indonesia saja. Jangan harap jadi tuan rumah Olimpik atau Piala Dunia. Urusan kecil ini juga tidak mampu diuruskan.”
Anyway, kalau korang masih ingat di Sukan Olimpik lalu, Rusia juga terpalit dengan isu seakan sama dengan Indonesia ini akibat kesalahan antidoping hinggakan atlet dan delegasi mereka tidak dibenarkan mengibarkan bendera Rusia dan memakai pakaian dengan imej bendera Rusia.
Tambah malang, Rusia juga tidak boleh menggunakan nama negara tersebut dan perlu bertanding di bawah nama Russian Olympic Committee (ROC).
Baru sahaja aktiviti hiking atau liburan yang hype bagi golongan millenials ini dibenarkan sebelum ini selepas tergenjala akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP di Malaysia.
Terbaru, mulai hari 1 Disember 2021, semua aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa hingga 31 Januari 2022.
“Individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel admin_eco_park@forestry.gov.my,” kata JPNS.
Sebelum ini, media melaporkan Gunung Nuang dekat Hulu Selangor yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta. Ia termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit berikutan risiko tanah runtuh dan musim tengkujuh.
REMAJA pernah menyenaraikan beberapa lokasi mendaki yang wajar korang cuba setelah pandemik di Malaysia semakin pulih tidak lama lagi.
Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, telah memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard, untuk memohon maaf secara bersemuka selepas namanya dijadikan konten...