Terdapat banyak sangat produk kesihatan yang dijual sama ada secara online atau pun di toko-toko ubat yang kita sendiri tidak tahu bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.
Kali ini, Remaja nak kongsi kan senarai terkini produk tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dianalisa oleh Medical Mythbusters Malaysia dan dikesan mengandungi bahan terlarang.
Menurut laporan yang ditulis pada laman Facebook mereka, ubat tidak berdaftar amat tidak digalakkan penggunaannya kerana biasanya produk-produk seperti ini tidak pernah di analisa oleh mana-mana pihak, terutamanya KKM. Dikhuatiri ianya dikilangkan di tempat yang tidak mengikut standard yang membawa risiko pencemaran dan lain-lain lagi.
Selain itu, produk tersebut mungkin saja dicampur dengan bahan terlarang demi memberi kesan segera dan melariskan penjualan semata-mata. Biasanya bahan terlarang ini terdiri dari ubat terkawal ataupun racun berjadual contohnya seperti steroid dan lain-lain lagi. Ubat terkawal atau racun berjadual ini hanya boleh dibekalkan oleh doktor ataupun ahli farmasi melalui preskripsi daripada doktor.
Penggunaan ubat tidak berdaftar yang telah dicampurpalsu bahan terlarang ini menyebabkan pengguna “terpaksa rela” menelan “bahan terlarang” a.k.a steroid/racun berjadual tanpa sedar dan tanpa pemantauan serta dos/sukatan yang betul daripada mereka yang berkelayakan yang mungkin mengundang risiko masalah kesihatan yang lain dan mungkin mengundang maut.
Jadi, dinasihatkan agar semua pengguna menyemak ubat yang digunakan sama ada diluluskan KKM atau pun tidak. Dua cara mudah yang anda boleh lihat pada ubat berdaftar KKM adalah nombor MAL dan hologram meditag.
Berikut merupakan senarai produk-produk yang tidak berdaftar dengan KKM:
Kenapa kita disuruh untuk menggunakan ubat yang diluluskan KKM? Sebab ia dijamin selamat, berkesan dan berkualiti oleh kerajaan.
So, jangan malas untuk buat sedikit semakan demi kesihatan diri dan juga keluarga tercinta.