Masyarakat Malaysia memang dah terbiasa dengan minuman bergula dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, pagi-pagi dah order milo ais dekat mamak.
Betul tak?
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengakibatkan risiko obesity, kencing manis dan seterusnya boleh terkena penyakit jantung. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar pengambilan gula dihadkan sekitar 50 gram sehari untuk orang dewasa. 50 gram ini meliputi semua sumber makanan, minuman, kudapan ringan, gula-gula serta ais krim.
Sebenarnya, memang susah nak buang tabiat yang dah jadi kebiasaan kita. Bila singgah kedai runcit, confirm bila keluar tu ada la setin minuman bergula. Tambah pula pada si peminat kafein. Sehari tak kena kopi, boleh sampai hilang mood. Hiks!
Korang tahu tak, minuman kopi tin ni antara yang mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Menurut kajian di pasaran Malaysia, berikut merupakan senarai ranking 3 teratas kopi tin paling banyak gula dan 3 teratas yang paling sedikit kandungan gula.
1. Ali Café Original
25.7 gram gula = 6.2 sudu teh gula
Ini baru kandungan gula untuk setin. Kalau korang minum dua, tiga tin? Haa, fikirlah sendiri. Hehe..
2. Wonda Kopi Tarik
23 gram gula = 5.8 sudu teh gula
Ini adalah antara yang paling tinggi gula dalam kategori kopi jenama ini.
3. Pearl Coffee
21.5 gram gula = 5.2 sudu teh gula
Biasanya diminum oleh kaum wanita.
1. Nescafe Americano
Produk ini tiada gula langsung. Memang tak rasa manis pun. Dikeluarkan sempena World Coffee Day.
2. Nescafe Cold Brew
4.3 gram gula = 1 sudu teh gula
Harganya sedikit mahal, iaitu RM3 ke atas.
3. Wonda Zero Max
5.8 gram gula = 1.5 suduh teh gula
Kategori paling rendah gula untuk jenama Wonda dan harganya lebih mahal sikit berbanding lain.
Senarai ini adalah apa yang ditulis oleh Dr Ahmad Zulfahmi dan dirangkumkan dalam Medical Mythbusters Malaysia
, iaitu page yang sentiasa memberi pencerahan atau pandangan tentang masalah kesihatan dan seumpanya.Dikatakan bahawa Nescafe Americano boleh menjadi pengganti untuk korang yang gila kopi. Tetap pahit tapi tak manis.
Nilai kalori setiap tin juga berbeza. Selain kandungan gula, ada kopi, krimmer, produk tenusu dan pemanis tiruan yang mempunyai nilai kalori.
Apa-apa pun kata doktor, air kosong tetap yang terbaik. Tak ada gula. Hiks!