Dahulu, permainan video games di telefon bimbit dianggap salah satu cara release tension selepas penat bekerja. Kini ketagih penduduk dunia terhadap permainan video games dilihat sudah ditahap melampau malah turut mengundang bahaya.

Bahaya ketagih ini membuatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin mengklasifikasi “ketagihan permainan video” atau “gaming disorder” sebagai penyakit mental dalam manual penyakit 2018 badan dunia itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Dalam deraf kedua kemas kini ke-11 Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11) WHO, ketagihan permainan video telah dimasukkan dalam kategori “gangguan mental, tingkah laku atau perkembangan otak.”

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?
MB salah satu video game pilihan remaja Malaysia

Bagi korang yang selalu main games ini, sajalah nak tanya. Memang bahaya ke main games ini u all rasa? Selalunya berapa jam sehari yang korang habiskan masa mengadap games? Tak pun, pernah ke sampai bergaduh dengan couple sebab korang lebihkan games dari dia?

Kalau WHO mungkin menyenaraikan ketagihan permainan video sebagai penyakit mental, sebelum korang lebih beriya-iya menghabiskan masa mengadapnya pada tahun 2018 nanti, Remaja senaraikan jenis-jenis video games yang telah mengakibatkan pemainnya mati dan berani melakukan pembunuhan kerana ada banyak jenayah kekerasan, pertarungan, permintaan bunuh diri malah kerana terasa diganggu oleh orang lain melalui permainan video dipaparkan.

Blue Whale “Suicide Game”

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Inilah video games paling bahaya. Setakat hari ini disenaraikan seramai 130 orang remaja di Russia telah membunuh diri kerana bermain games ini. Permainan ini berbentuk kuiz di mana pemainnya wajib menyudahkan permainan diberi. Dari satu tangga ke satu tangga, sampai tak masuk akal perlu melukai diri sendiri.Jika sampai di lavel 50, pemainnya diminta bunuh diri.

Pokemon Go

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Ads

Diperkenalkan tahun lalu, 2016, Pokemon Go menduduki carta video games kedua bahaya di dunia. Sudah ramai yang mati dan seorang remaja di Guatemala City, menjadi mangsa pertamanya.

Jerson Lopez de Leon, 18, mati selepas dia dan sepupunya, Daniel Moises Picen, 17, diserang hendap di jalan raya di bandar Chiquimula. Hampir 20 kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian, tempat dua sepupu itu cuba mencari makhluk maya permainan terbabit.

Ada banyak lagi kematian di seluruh dunia termasuk dilanggar kereta ketika sedang leka menangkap makhluk Pokemon ini. Tidak hanya kes di atas, bahaya atau tidaknya Pokemon Go, video games ini telah diharamkan di Arab Saudi kerana menggalakkan perjudian.

VR Star Wars

 Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Seorang lelaki mati tanpa sedar pendarahan terjadi di kepalanya selepas leka bermain realiti maya Star Wars. Dia menggunakan set VR sebelum tersadung dan jatuh di atas meja kopi diperbuat dari kaca. Biarpun luka dia tetap ketagih main sehingga mayatnya dijumpai ibunya.

Dota

 Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Ads

Seorang budak berusia 11 tahun di Filipina mati selepas ditikam seorang remaja berusia 16 tahun sebanyak 40 kali selepas merosakkan akaun jaringan DotA miliknya. Macam-macamkan.

Farm Ville

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?
Inilah mak yang telah mengakibatkan kematian kepada anaknya sendiri selepas bengang anaknya itu menangis ketika dia leka bermain games ini

Bunyi nampak nampak mengarut. Yalah permainan tanam-tanam sayur, buat kebun. Apa yang bahayanya? Lagi pun permainan video games ini mungkin sudah lama dan tidak lagi menjadi viral. Tetapi games punya pasal, seorang ibu telah membunuh bayinya berusia 3 bulan kerana menangis di saat dia leka bermain.

Grand Theft Auto IV

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Seorang cucu sanggup menembak mati neneknya sendiri di belakang kepala selepas terpengaruh dengan games ini. Usianya baru saja 8 tahun tetapi sudah jadi pembunuh.  Kata pakar psikologi, games ini yang ada aksi kekerasan antara dorongan mengapa hal ini terjadi.

EverQuest


Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Seorang remaja menembak dirinya sendiri di kepala ketika sedang leka bermain EverQuest. Ibunya menyalahkan permainan tersebut di atas kemalangan yang terjadi. Dia sama sekali tidak dapat menerima keadaan ini dan menyifatkan anaknya sudah ketagih bermain video games.

Ads

Apa pendapat korang tentang isu ketagihan permainan video ini? Secara realitinya kita memang tak kacau orang lain, tak minta pun duitnya sebaliknya hanya menghabiskan data sendiri saja.

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?

Senarai  7 Video Game Paling Ramai Mati Selepas Ketagih Main, Apa Lagi Bahaya Patut Tahu?
Remaja ini mati selepas 36 jam main video tanpa henti di Taiwan

Dalam senarai games di atas, sebenarnya, ada lagi kes-kes kematian. Ini termasuklah seorang budak berusia 11 tahun yang mengambil cabaran dalam permainan video “Hangman” dan “pass out challange”. Kata emak budak ini, jika dia dapat putarkan masa, dia akan memantau lebih tegas penggunaan media sosial, YouTube dan internet kepada anaknya.

Nampak tak macam mana harapan mak ayah korang dalam isu ketagih main games ini. Kalau dah macam ni punya kejadian, masih lagi ke korang nak terus ketagih main video games tahun 2018 nanti?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI