Senarai Drama Korea Yang Akan Ditayangkan Sepanjang November Ini

Share

Hanya lebih kurang dua bulan saja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2020. Dalam situasi pandemik yang melanda negara, masyarakat di Malaysia rata-ratanya ramai yang melakukan kerja dari rumah. Dikesempatan ini juga, mereka turut mengisi masa lapang untuk menonton K-Drama bagi mengisi masa terluang.

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan sepanjang bulan November ini kan?

Jom kita lihat drama apa yang menarik bulan ini.

1. Birthcare Center

Menggantikan slot Record of Youth, drama ini menceritakan tentang Oh Hyun Jin, seorang eksekutif muda yang baru saja melahirkan anak pertamanya dan tinggal di pusat eksklusif rawatan penjagaan dalam pantang selepas bersalin. Di sana, dia mula bertemu dengan para ibu baru yang juga baru melahirkan, termasuklah Jo Eun Jung.

Oh Hyun Jin merupakan ibu paling tua di kalangan ibu-ibu yang ada, dan dia malu apabila mengetahui semua ibu di pusat jagaan itu pandai menguruskan bayi, sedangkan dia paling tua dari ibu-ibu yang ada.

2. Live On

Baek Ho-Rang (Jung Da-Bin) adalah seorang pelajar sekolah menengah. Disebabkan penampilannya yang cantik, dia terkenal di media sosial dan di sekolahnya. Namun, Baek Ho-Rang hanya mempunyai seorang saja kawan kerana sikapnya yang poyo. Baek Ho-Rang menghadapi masalah, dia mengetahui bahawa seseorang sedang berusaha membongkar rahsianya. Untuk mencari pelaku tersebut, Baek Ho-Rang bergabung dengan kelab penyiaran sekolah menengahnya.

Drama 8 episod ini akan ditayangkan bermula 17 November dan menggandingkan lakonan Min Hyun, Jung Da Bin.

3. Take Revenge

Kim Sa Rang berperanan sebagai Kang Hae Ra, seorang bekas wartawan yang diberi kesempatan untuk membalas dendamnya dan melawan orang-orang yang berkuasa dalam masyarakat.

4. Amazing Rumor

Menceritakan kisah pemburu makhluk ghaib yang bergerak secara kumpulan disebut Counters yang mana masing-masing mempunyai kebolehan istimewa. Mereka menyamar sebagai pekerja restoran mee.

5. Awaken

Awaken adalah drama misteri pembunuhan yang mengikuti hubungan antara misteri peristiwa yang berlaku pada masa sekarang dan rahsia di sebalik kejadian misteri yang berlaku di sebuah kampung 28 tahun yang lalu.

Namgoong Min membawa watak Do Jung Woo, ketua pasukan tugas khas di Agensi Polis Kebangsaan.

6. Fly From Rags To Riches/Delayed Justice

Drama 16 episod ini merupakan kisah benar yang mengisahkan tentang Park Tae Yong (Kwon Sang Woo), seorang peguam bela. Park Tae Yong tidak melalui jalan tipikal untuk menjadi peguam. Selepas habis sekolah, dia tidak ke universiti, dia kemudiannya mengambil ujian undang-undang dan lulus. Park Tae Yong seorang yang penuh dengan keadilan dan mempunyai sifat yang mudah empati ke atas orang lain, dia akan membela semua tertuduh yang mempunyai kesalahan yang kecil seperti kes curi roti kerana kelaparan.

Titik perubahan berlaku dalam kerjayanya ketika dia menjadi peguam pertama yang memenangi kes perbicaraan semula jenayah awam. Park Sam Soo (Bae Sung Woo) seorang wartawan, selepas habis pengajian di universiti, dia bekerja sebagai pekerja kontrak. Berkat kerana kemahiran penulisannya yang hebat, dia menjadi wartawan. Park Sam Soo suka mencari cerita yang selalu diabaikan oleh wartawan lain, dia mudah tersentuh dan mempunyai hati tisu. Park Tae Yong dan Park Sam Soo bekerjasama menolong mangsa undang-undang yang disalah tuduh.

Mesti dah tak sabar nak menonton kan? Hiks!

Sumber: kakimuvee

Published by
Noor Ain Norman