Tahun ini menyaksikan banyak filem yang menarik untuk korang serbu beramai-ramai di seluruh pawagam tanah air. Sediakan duit dalam poket cukup-cukup sebab kami nak senaraikan antara filem best yang korang boleh tonton tahun ini.

Check this out!

1. 1917

Tarikh tayangan: 16 Januari 2020
Pelakon: George MacKay, Dean-Charles Chapman, Mark Strong, Andrew Scott, Richard Madden, Claire Duburcq, Colin Firth, Benedict Cumberbatch

Filem arahan Sam Mendes ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua tentera muda British semasa Perang Dunia Pertama berlaku.

2. Bad Boys For Life

Tarikh tayangan: 23 Januari 2020
Pelakon: Will Smith, Martin Lawrence, Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton

Hubungan pegawai polis Michael "Mike" Lowrey dan Marcus Burnett, yang dahulunya sukar dipisahkan, kini semakin renggang. Burnett kini seorang inspektor polis sementara Lowrey, yang bergelut dengan krisis pertengahan hidup, ditugaskan untuk mengetuai pasukan elit yang baru ditubuhkan, AMMO, walaupun dia tiada persamaan dengan pasukan polis-polis muda itu.

Apabila seorang ketua samseng dari kartel dadah Miami, yang mana abangnya telah dibunuh oleh Lowrey dan Burnett beberapa tahun lalu, ingin membalas dendam terhadap Lowrey ketika dia dan Burnett ingin bersara, kedua-dua polis itu perlu bersatu semula untuk menumpaskannya.

3. Dolittle

Tarikh tayangan: 23 Januari 2020
Pelakon: Robert Downey Jr., Antonio Banderas, Michael Sheen, Emma Thompson, Rami Malek, John Cena, Kumail Nanjiani, Octavia Spencer, Tom Holland, Selena Gomez

Filem arahan Stephen Gaghan ini diangkat dari naskhah "The Voyages of Doctor Dolittle" nukilan Hugh Lofting. Ia menceritakan mengenai seorang ahli fizik yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan.

4. M4M4

Tarikh tayangan: 6 Februari 2020
Pelakon: Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Haris, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali, Amanda Hariz

Setiap tahun, Alya yang berusia 15 tahun akan menyambut hari lahir bersama ibunya, Aini, yang berusaha keras untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk anaknya sejak bapa Alya meninggal dunia ketika gadis itu berusia lapan tahun. Alya dan dua rakan baiknya, Daniel dan Elly, membesar bersama-sama dalam kawasan yang sama. Malangnya, ketenteraman kawasan itu sering diganggu sekumpulan samseng iaitu Apai, Luk dan Remy. Mereka sering mengganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut.

Suatu hari, satu pergaduhan berlaku apabila Apai menyentuh Alya, menyebabkan dia hilang sabar dan menyimbah sup panas kepada Apai. Sewaktu menunggu bas, Alya diserang oleh Apai dan rakan-rakannya. Mereka menarik Alya ke sebuah bangunan tinggal dan memperkosanya. Insiden itu membuatkan Aini terkejut tetapi cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Melihat keadaan ibunya, Alya berusaha untuk bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang berlaku.

5. Sonic The Hedgehog

Ads

Tarikh tayangan: 13 Februari 2020
Pelakon: James Marsden, Jim Carrey, Tika Sumpter, Ben Schwartz

Sonic adalah seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya. Sonic kemudian bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, untuk menentang Dr. Robotnik.

6. Bloodshot

Tarikh tayangan: 27 Februari 2020
Pelakon: Vin Diesel, Eiza González, Sam Heughan, Toby Kebbell, Guy Pearce

Seorang askar Marin, Ray Garrison, mendapati dirinya kini mempunyai kuasa luar biasa selepas dihidupkan semula oleh pasukan saintis rahsia, RST, selepas dia dan isterinya dibunuh. Dengan teknologi canggih nanoteknologi di dalam uratnya, dia kini menjadi mesin pembunuh biotek yang lebih kuat bernama Bloodshot, yang mampu pulih secepat mungkin.

Dia tidak dapat ingat masa lampau pada mulanya tetapi apabila memorinya kembali, dia meloloskan diri dari fasiliti itu dan memburu orang yang membunuhnya dan isterinya. Bagaimanapun, dia mendapati sesuatu tentang konspirasi ini.

7. A Quiet Place Part II

Tarikh: 19 Mac 2020
Pelakon: Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon Hounsou

Kesinambungan kepada filem "A Quiet Place" (2018), di mana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup mereka dengan mengembara ke dunia luar.

Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.

8. Mulan

Ads

Tarikh tayangan: 26 Mac 2020
Pelakon: Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, Jet Li

Filem `live action` ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera.

9. The New Mutants

Tarikh tayangan: 2 April 2020
Pelakon: Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Charlie Heaton, Henry Zaga, Blu Hunt, Alice Braga

Lima mutan muda baru mengetahui tentang kebolehan mereka ketika ditahan dalam sebuah fasiliti rahsia tanpa kerelaan mereka. Mereka kini perlu melawan demi menyelamatkan diri masing-masing.

10. Peter Rabbit 2: The Runaway

Tarikh tayangan: 2 April 2020
Pelakon: Rose Byrne, Domnhall Gleeson, David Oyelowo, Elizabeth Debicki, James Corden, Margot Robbie

Dalam filem sekuel "Peter Rabbit" ini, Domhnall Gleeson dan Rose Byrne kembali menghidupkan watak asal mereka sebagai Thomas McGregor dan Bea. James Corden juga kembali menyumbang suara untuk watak arnab itu.

11. No Time To Die

Tarikh tayangan: 9 April 2020
Pelakon: Daniel Craig, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Léa Seydoux, Rory Kinnear, Ben Whishaw, Jeffrey Wright, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Lashana Lynch, Billy Magnussen, Rami Malek

Ads

James Bond kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

12. Black Widow

Tarikh tayangan: 30 April 2020
Pelakon: Scarlett Johansson, David Harbour, Florence Pugh, Rachel Weisz

Filem ini mengisahkan pengembaraan Natasha Romanoff, yang juga dikenali sebagai Black Widow, selepas situasi yang berlaku dalam "Captain America: Civil War". Ditinggalkan bersendirian, kini dia mendapati dia terpaksa berdepan dengan masa silamnya.

13. Fast And Furious 9

Tarikh tayangan: 21 Mei 2020

Filem kesembilan dari francais "Fast & Furious" ini merupakan kesinambungan dari filem ke-lapan pada tahun 2017 iaitu "Fast & Furious 8". Ia menyaksikan Dominic Toretto dan rakan-rakannya kembali beraksi.

14. The SpongeBob Movie: Sponge On The Run

Tarikh tayangan: 28 Mei 2020
Pelakon: Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, Carolyn Lawrence

Siput peliharaan Spongebob iaitu Gary telah diculik oleh Poseidon. Ditemani rakan baiknya Patrick, kini Spongebob perlu mengembara ke Lost City of Atlantic City untuk mencari dan menyelamatkan siput kesayangannya itu.

Dalam perjalanan, mereka telah berdepan pelbagai situasi merbahaya dan melucukan namun ia turut membuktikan kekuatan persahabatan mereka.

15. Top Gun: Maverick

Tarikh tayangan: 25 Jun 2020
Pelakon: Tom Cruise, Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Lewis Pullman, Ed Harris

Sekuel kepada filem "Top Gun" pada tahun 1986 ini menyaksikan Tom Cruise kembali sebagai Pete "Maverick" Mitchell. Kali ini Maverick menjadi mentor kepada generasi baru juruterbang U.S Navy.

Sebenarnya ada banyak lagi filem yang bakal ditayangkan nanti. Kami akan update dari semasa ke semasa ya. Stay tuned!

Sumber: cinemaonline.com.my

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI