Sejak tahun lepas lagi, pawagam di Malaysia menjadi suram kerana banyak filem-filem menarik ditangguhkan tayangan akibat situasi pandemik COVID-19.
Tahun ini, nampaknya sekali lagi rakyat Malaysia terpaksa akur untuk menonton filem di pawagam ekoran arahan PKP yang dilaksanakan sejak April lalu. Ada beberapa filem yang sempat ditayangkan di pawagam dan ada juga yang hanya keluar di saluran Netflix sahaja.
Berikut kami senaraikan antara filem-filem menarik tahun ini yang korang boleh tonton sepanjang lockdown.
Promising Young Woman yang mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Cassie digelar sebagai promising young woman. Dia merupakan pelajar perubatan yang tidak menghabiskan pelajarannya dan tinggal bersama ibu bapanya. Cassie bekerja di sebuah café dan mempunyai seorang bos yang bertanggungjawab.
Walau bagaimanapun, kehidupannnya tidak seperti yang dibayangkannya, wanita ini mempunyai kehidupan ‘lain’ di malam hari. Dia ingin membalas dendam terhadap individu yang pernah merosakkan kehidupannya.
Namun, tanpa dijangka ada sesuatu yang berlaku dan bakal memberinya peluang untuk memperbaiki masa lalunya.
Dibintangi oleh Bob Odenkirk, Connie Nielsen, Christopher Lloyd, RZA, Aleksey Serebryakov, filem arahan Ilya Naishuller, Nobody mengisahkan tentang seorang lelaki, Hutch Mansell yang sering dipandang rendah oleh orang disekelilingnya. Kehidupan hariannya berlalu seperti biasa, bangun pagi, pergi kerja, memasak, tidur dan kemudian keesokkan harinya tetap melakukan perkara yang sama.
Semuanya berubah apabila berlaku insiden kediaman keluarga Hutch dipecah masuk oleh perompak. Dia sebolehnya tidak mahu melawan kerana tidak ingin perkara buruk berlaku terhadap keluarganya. Namun, selepas kejadian pecah masuk rumah, Hutch sekali lagi diuji apabila dia menjadi saksi kepada perbuatan gangster yang dilakukan di dalam bas awam.
Menceritakan tentang sebuah tanah naga yang wujud daripada 5 puak, namun tidak lagi didiami oleh naga kecuali hanya tinggal seekor naga yang bernama Susi. Ketika kuasa jahat menyerang tanah tersebut, seorang pejuang wanita yang dikenali sebagai Raya mencari naga terakhir, Susi yang dipercayai boleh menyelamatkan masyarakat dunia daripada terus menjadi batu.
Untuk menyelamatkan bapanya, Raya berusaha keras menggembara bagi mengumpulkan lima permata yang mampu mewujudkan kuasa sakti bagi menyelamatkan bumi. Dalam penggembaraannya, Raya bertemu dengan si naga (Susi) dan beberapa karakter lain yang banyak membantu menjayakan misinya.
Godzilla vs Kong menceritakan tentang kehadiran semula Godzilla di bumi akibat provokasi yang telah dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Kehadiran Godzilla dan King Kong membawa pertempuran diantara dua ‘gergasi’ yang menyerang penduduk bumi.
Filem ini diarahkan oleh Adam Wingard ini diberikan Titans alpha baru sebagai pencabar baru ketika Godzilla menentang Kong. Pertambahan titan baru ini merumitkan lagi pertempuran antara mereka dan ia melibatkan sebahagian daripada Mechagodzilla.
Kisah Space Sweepers berlangsung pada tahun 2092 di mana bumi telah terlalu tercemar dari segi udara, tanah dan air. Kehidupan di bumi sukar. Sebuah syarikat konglomorat, UTS merupakan syarikat terbesar dan terkaya dunia. Ia telah membina kawasan-kawasan penempatan dalam orbit angkasa.
Bergantung kepada status kewangan seseorang, seseorang itu boleh tinggal di sebuah “syurga” atau di penempatan golongan pekerja yang sempit dan padat. Presiden UTS, James Sullivan merancang untuk terraform (mengubah atmosfera menjadi seperti bumi) planet Marikh menggunakan teknologi Tree of Life untuk membolehkan manusia tinggal di planet tersebut.
Seorang pegawai keselamatan baharu bernama “H” telah menyertai sebuah syarikat keselamatan yang membuat penghantaran wang dari/ke bank-bank, syarikat-syarikat dan pusat-pusat perniagaan. Salah sebuah trak kebal milik syarikat tersebut yang membawa wang telah dirompak tidak lama sebelum itu dan dua pengawal dan seorang orang awam telah mati dalam kejadian tersebut.
Dengan penyertaan H ke dalam pasukan keselamatan tersebut, sebuah rompakan telah berjaya dielakkan dan ini juga menaikkan semangat semua pegawai syarikat tersebut. Namun, skill dan kehebatan yang ditunjukkan H telah mula membangkitkan rasa curiga di kalangan beberapa rakan sekerja dan pegawai syarikat tersebut.
Selepas terjumpa hantu di hospital mereka bekerja, dua orang doktor ini menjadi obses untuk mencari bukti saintifik tentang kewujudan hantu.
The White Tiger menceritakan kisah Balram (Adarsh Gourav), seorang kanak-kanak miskin dari luar bandar yang menjadi seorang usahawan berjaya di bandar besar Bangalore. Ini bukanlah filem inspirasi, tetapi lebih kepada filem yang menceritakan tentang perhambaan, penindasan dan kebencian terhadapan golongan kasta tinggi yang korup.
Cruella ditetapkan pada tahun 1970an di Kota London, dimana ia mengisahkan pereka fesyen muda Estella de Vil yang obses dengan kulit anjing, terutamanya baka Dalmatians, sehinggalah dia menjadi legenda yang kejam dan menakutkan yang dikenali sebagai Cruella.
Mengisahkan bagaimana seorang pegawai polis bernama Radhe menangani kes sindiket dadah yang kian meningkat di Mumbai. Kehebatan Radhe menyelesaikan kes jenayah dengan cara tersendiri yang membuatkan penjenayah berasa gerun sehinggakan sindiket dadah berkenaan berjaya ditumpaskan.
Selamat menonton!