Senarai Money Changer Dengan Rate Termurah Di KL & Selangor

Share

Perkara pertama yang selalu difikirkan sebelum bercuti ke luar negara adalah mencari di mana lokasi money changer paling murah. Betul tak guys?

Berikut merupakan senarai lokasi money changer dengan rate antara yang termurah di Kuala Lumpur dan Selangor. Tapi ia adalah mengikut rate semasa dan akan sentiasa berubah setiap masa. Susanan lokasi bukanlah mengikut urutan termurah. Ini adalah senarai secara rawak sahaja.

1. My Mobet Master, Mid Valley

(LG040 Centre Court mid valley)

Sudah menjadi bualan orang ramai yang money changer ini antara termurah di Kuala Lumpur & Selangor. Beratur sangat panjang. Kaunter dibuka dalam 4-5 mengikut keadaan semasa.

Terletak di tepi San Francisco Cofee..Stock Riyal & USD disini cepat habis, jadi boleh call service centre

dahulu sebelum sampai.

2. Mv Forex, Mid Valley

(LG042 Centre Court mid valley)

Terletak hanya sebelah My Money Master (MMM) juga rate yang agak murah dan selalu juga ramai. Kaunter agak sedikit jika mahu dibandingkan dengan MMM.

3. Jalinan Duta, Nu Sentral

(LG47A Lower Ground Nu Sentral)

Jalinan Duta juga terdapat branch di KL Sentral..Tidak jauh dari Nu Sentral, tetapi rate ada sedikit berbeza. Korang perlu semak dahulu sebab kebiasaannya di Nu Sentral lagi murah berbanding di KL Sentral.

4. Global Millennium Trading (GMT), IOI Mall

(No 43C Lower Ground Floor)

Kalau anda berdekatan dengan Kajang, Bangi atau Putrajaya memang berbaloi kalau anda tukar duit ringgit anda di sini. Parking di sini jugak agak murah dan kurang sesak berbanding di Mid Valley.

5. Visionary Creation Sdn Bhd, IOI City Mall

(LG-34B Lower Ground Floor)

Bersebelahan GMT. Rate jugak tidak berbeza dengan GMT. Cuma diberitahu ramai lagi prefer GMT disebabkan Visionary ini kurang note yang kecil.

6. Vital Rate, Pavilion Mall KL

(Lot 1.24.00 Level 1)

Banyak outlet antaranya juga di Suria KLCC, Plaza Sungei Wang, KL Sentral. Tapi antara rate paling murah adalah di Pavilion Mall.

7. Spectrum Forex, Sunway Pyramid

(LG2-61 Lower Ground 2)

Bagi sesiapa yang terdekat dengan bandar Sunway, money changer ini antara terbaik dan termurah.

8. Max Money, Plaza Sungei Wang

(LG 153, Sungei Wang Plaza)

Max money juga terdapat branch di Maluri, Mid Valley dan Port Klang.

9. Sky Xchange, Jalan Masjid India

(1002-A, Ground Floor)

Antara money changer terbaik di Jalan Masjid India.

10. NS Cashpoint, Sentul

(No 6 Ground floor, Sentul Boulevard)

Antara money changer terbaik di area Sentul & Gombak. Antara favourite money changer ini adalah dorang sediakan juga note kecil.

11. Antara Duit, Avenue K

(C7, Concourse Level, Avenue K Mall)

Outlet lama di Ampang Park sudah tutup. Rate antara termurah di kawasan segi tiga emas dan berdekatan KLCC.

12. Yusul Enterprise, Tesco Village Mall

(Lot SB41, LG1 Carpark, Manjalara)

Bagi sesiapa yang tinggal atau kerja di area Kepong, boleh ke Tesco Kepong sini. Rate agak murah dan tidak ramai seperti Mid Valley.

Sedikit tip telah dikongsi oleh Jom Travel Cheap Cheap untuk membantu memudahkan korang menukar wang asing adalah seperti berikut:

1. Survey dahulu rate money changer yang korang nak pergi tu dengan menelefon customer service kedai tersebut, terus tanya ada stock ke tak.

2. Cari money changer yang berdekatan dengan kawasan korang. Selain jimat minyak, dapat menjimatkan masa juga.

3. Cari money changer yang tempatnya kurang sesak dan tempat parking yang murah atau free.

4. Setiap outlet money changer adalah rate berbeza-beza walaupun bawah company yang sama.

Korang macam mana pula? Ada yang lagi murah nak share dengan kami?

Published by
Noor Ain Norman