Dari Kiri: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman & Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

 

Dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, beberapa pemimpin dari seluruh dunia telahpun mengambil langkah ke hadapan dan mengambil dos vaksin.

Ini adalah sebahagian daripada usaha pihak kerajaan untuk menyakinkan rakyat di negara masing-masing mengenai kepentingan dan selamatnya vaksin yang diambil.

Jom lihat 3 orang pemimpin yang telahpun berbuat sedemikian.

 

Joe Biden

Amerika Syarikat

Ads

Bakal presiden Amerika Syarikat telah mengambil dos pertama vaksin secara langsung di televisyen pada hari Isnin lalu dan menyifatkannya sebagai satu permulaan.

“Dahulu, mendapatkan vaksin adalah satu masalah dan kini Moderna akan dilancarkan. Bagaimanapun, ia akan mengambil masa.”

Buat masa ini, AS menyasarkan kempen vaksin secara besar-besaran kepada 20 juta warganegaranya pada bulan ini, dengan keutamaan diberikan kepada peerja penjagaan kesihatan dan pesakit rawatan jangka panjang.

 

Putera Mahkota Mohammed Bin Salman

Arab Saudi

Ads
Senarai Pemimpin Dunia Yang Terima Vaksin COVID-19 Setakat Ini
Sumber Foto: The National News

Baginda telah menerima dos pertama vaksin yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer BioNTech.

Sejak dilancarkan di Arab Saudi pada hari Selasa lalu, lebih 500,000 rakyatnya sudah mendaftarkan diri untuk emndapatkan vaksin terbabit. Buat masa ini, 86 buah klinik sudah bersedia untuuk beroperasi. Jumlah itu dijangka akan bertambah sehingga 450 buah klinik.

 

Benjamin Netanyahu

Israel

Senarai Pemimpin Dunia Yang Terima Vaksin COVID-19 Setakat Ini
Sumber Foto: Global News

Perdana menteri negara teluk ini juga telah tampil untuk mendapatkan vaksin secara langsung di televisyen semalam; sekaligus menjadi rakyat Israel pertama yang menerimanya.

Ads

Merujuk kepada vaksi, daripada Pfizer BioNTech ini, beliau mempercayai akan kemampuannya untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak dan menganggap momen divaksin semalam sebagai ‘mengujakan’. Israel sedang bersiap sedia sedia untuk menawarkan vaksin terlebih dahulu kepada pegawai kesihatan dan para jururawat bermula hari ini.

*

Selain daripada 3 orang pemimpin dunia yang telah divaksin ini, beberapa lagi pemimpin telah menyatakan akan menerimanya dalam masa beberapa hari saja lagi. Ini termasuklah Presiden Argentina, Alberto Fernandez dan Perdana Menteri Greee Mistokakis yang akan menerima esok.

Di Malaysia pula, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk menjadi rakyat pertama negara ini yang menerima suntikan vaksin demi menyakinkan rakyat bahawa ia selamat untuk diambil.

ARTIKEL BERKAITANDemi Yakinkan Rakyat, Perdana Menteri Sanggup Jadi Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin Covid-19 – REMAJA

Malang sekali, tidak semua pemimpin dunia yang mempercayai keperluan vaksin COVID-19 terutamanya membabitkan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.

Bukan saja beliau enggan untuk menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech, malah beliau juga tidak teragak-agak untuk mendakwa vaksin mampu ‘menukar’ seseorang menjadi buaya ataupun perempuan berjambang.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI