Isu produk kecantikan yang mempunyai racun berjadual ini sepertinya tidak pernah habis kerana ada sahaja produk-produk kosmetik yang dikesan menggunakan bahan terlarang.
Terbaru, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Produk terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan disebabkan itu ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Ads
Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
• Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
• Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Ads
• Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Malah, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Jika korang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini, dinasihatkan agar segera berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sekiranya mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Korang juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Ingat, kalau sayang kulit hentikan pemakaian produk-produk kosmetik tersebut ya?
Dalam setiap hubungan suami isteri pastinya kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap rumah tangga. Tangis dan ketawa si kecil pasti menceriakan mereka yang bergelar ibu dan ayah.
Itulah yang yang sesuai diumpamakan kepada pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad kini berbadan dua. Mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya, dapat dilihat kegembiraannya bersama suami yang juga selebriti, Raja Syahiran menerusi gambar yang dimuat naik.
Berlatarkan Masjid Hagia Sophia yang terletak di Turki, jejaka berusia 29 tahun itu merapatkan telinga ke perut isterinya dan mereka masing-masing menguntum senyuman manis.
“Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran & Uyaina. InshaaAllah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. We are pregnant! Syukur pada-Mu Ya Allah. Honestly, kami still tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One,” ujar Uyaina penuh kesyukuran.
Menyifatkan kandungannya sebagai satu perkara paling manis yang berlaku di dalam fasa kehidupan terutamanya pertama kali menempuh Ramadan sebagai suami dan isteri, Uyaina turut memohon doa orang ramai.
Pengacara tetap rancangan bual bicara Wanita Hari Ini berkata, “Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan & keselamatan Uyaina & baby sepanjang tempoh mengandung & melahirkan nanti. Semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibubapa.”
Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan penikahan pada 21 Disember tahun lalu bertempat di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak korang tonton rancangan Muslim di perantauan semasa bulan Ramadan?
Selalunya yang kita tonton adalah rakyat Malaysia yang berkelana di luar negara kan, sama ada pelajar mahupun sebagai penduduk bermastautin.
Tetapi berbeza pada tahun ini apabila ramai yang tertarik untuk menonton rancangan Saranghae Ramadan Eid, The Series. Rancangan yang dihoskan oleh Hani Fadzil ini menampilkan kelompok Korean Muslim yang menetap di Malaysia dan di Korea Selatan.
Hadir dengan lima episod, ia sebenarnya telahpun mula disiarkan sejak 29 April lalu di saluran TV3 pada setiap hari Rabu. Dan hari ini, korang boleh menonton episod ketiganya pada jam 6.30 petang.
*
Dalam dua episod sebelum ini, penonton dibawa untuk menonton persiapan beberapa pasangan Korean Muslim untuk menyambut Ramadan.
Selain melihat gabungan budaya Korea dan agama Islam yang diterapkan oleh kelompok Korean Muslims di sana, Saranghae Ramadan Eid turut memaparkan penerimaan orang di sekeliling.
Episod pertama memaparkan pasangan Ahmad dan Emir yang bermastautin di Malaysia yang merupakan negara majoriti Muslim. Episod kedua pula mengikuti kisah tiga Korean Muslims di Seoul. Daud, Seong Yong dan Song Bora berkongsi bagaimana gaya hidup masing-masing berubah setelah memeluk Islam.
Pada episod petang ini, korang dapat melihat bagaimana kawan rapat kepada mereka bertiga ini sentiasa menyokong perjalanan mereka mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Selain daripada pasangan Korean Muslims, beberapa episod akan datang juga akan menampilkan selebriti popular seperti Justin Choi, Lee Seul dan Ayana Moon.
Best kan! Jom sama-sama tonton Saranghae Ramadan Eid di saluran TV3 pada setiap hari Rabu. Sekurang-kurangnya tak adalah kita asyik mengenali budaya di Korea menerusi drama je, hehe..
Bagi yang tertinggal episod-episod sebelum ini, korang boleh menontonnya semula di YouTube TV3.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum memilih senarai universiti di United Kingdom yang bersesuaian dengan jurusan korang, pastinya research yang teliti perlu korang lakukan terlebih dahulu.
Antaranya termasuklah soal akreditasi, ranking dan tentunya bagaimana maklum balas pelajar yang sedang menuntut di sana.
Seperti kebiasaan pada akhir tahun, The Sunday Times Good University Guide akan membuat kajian mengenai universiti paling popular di kalangan pelajar. Dalam banyak-banyak institusi di United Kingdom (UK), institusi yang dinobatkan sebagai University of The Year for Student Experience pada tahun ini jatuh kepada Dundee University.
Ini bermakna ia adalah salah satu lokasi terbaik di UK untuk golongan pelajar.
Bukan itu saja, pada awal tahun ini juga, bandar Dundee juga dinobatkan sebagai Tempat Terbaik Untuk Menetap di Scotland.
Wow, nampaknya mungkin selepas ini lebih ramai pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pengajian ke sana.
Menurut presiden Persatuan Pelajar Dundee University iaitu Josh Connor, dia berkata, "Anugerah ini tidak mengejutkan bagi mereka yang sedang belajar di sini. Kami adalah satu komuniti, satu keluarga dan itulah sebab utama ramai pelajar yang menggemari pengalaman di sini.
"Kami bukan saja mengambil berat tentang kebaikan pelajar, tetapi juga akan perkara yang membimbangkan mereka. Dari situ, kami cuba untuk memperbaiki bahagian yang perlu" katanya lagi.
Selain kemesraan komuniti pelajar, Dundee University juga mempunyai rekod bagus untuk kualiti pengajaran. Kampusnya juga terletak berdekatan dengan bandar lalu memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman di sana.
Menurut presiden Persatuan Warganegara Malaysia di sana iaitu Kexin See pula, dia memahami mengapa Dundee popular di kalangan pelajar.
"Persekitarannya amat mesra-pelajar. Ia mempunyai bukit, taman dan pantai yang selesa bagi mereka menghabiskan masa hujung minggu setelah sibuk belajar."
Bagi korang yang mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian pada tahun 2020, mungkin sekali Dundee University boleh menjadi pilihan utama.
Sumber: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...