Sabah mencatatkan kes positif COVID-19 paling tinggi di Malaysia dengan catatan 13,701 sehingga 29 Oktober 2020 dan sudah tentu ia sesuatu yang membimbangkan kerana membabitkan 114 kematian juga.
Disebabkan kes tidak terkawal, ramai doktor dan jururawat dari beberapa hospital di Semenanjung terpaksa dibawa ke sana bagi membantu petugas kesihatan di Sabah. Tidak hanya dengan bantuan tambahan frontliners untuk bertugas disana, ramai juga individu termasuk Ustaz Ebit Lew yang menghantar barang bantuan perubatan seperti set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas barisan hadapan.
Korang juga boleh menyumbang dengan memberikan sumbangan kepada tabung-tabung amal yang diwujudkan bagi misi bantuan kes COVID-19 di Sabah. Berikut kami senaraikan antara tabung bantuan khas yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang terjejas dengan pandemik di negeri bawah bayu ini.
1. COVID-19 Support Fund for Sabah
Tabung ini 100 peratus mensasarkan untuk membantu kelengkapan PPE bagi petugas barisan hadapan. Bagi yang ingin membantu, korang boleh terus ke https://www.100percentproject.org/. Tabung ini akan dibuka sehingga 12 November 2020
2. Hana Fund Me
Mensasarkan kutipan sehingga RM50,000, mereka akan menghantar bekalan ke hospital utama sebelum mengagihkan bantuan ke hospital-hospital yang lain di Sabah. Korang boleh terus ke https://www.hanafundme.com/ untuk menyalurkan bantuan
3. Pertubuhan Khidmat Sabah- Khidmat Sabah
Pertubuhan ini memerlukan sekitar RM20,000 untuk kegunaan keperluan bukan perubatan seperti kanopi, kipas dan meja. Segala sumbangan bagi membantu meneruskan misi ini boleh disalurkan melalui akaun yang tertera:
Ads
8603118408
Cimb Pertubuhan Khidmat Sabah
Rujukan : frontliners
4. #MUDAbantuPETANI
MUDA mengambil inisiatif untuk meringankan beban petani, pemborong dan pengguna di Sabah dengan memasarkan hasil pertanian serta membantu urusan logistik. Bagi sesiapa yang ingin membantu dari segi logistik jualan dan pemasaran, boleh menghubungi pihak mereka
5. Sabah COVID-19 Fund
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengumpulkan bantuan dan merancang untuk menggunakan dana bagi mendapatkan peralatan kesihatan, bekalan perubatan, PPE dan bantuan COVID-19 lain yang berkaitan.
Ads
6. MERCY Malaysia COVID-19 Emergency Response
7. Misi Bantuan Masyarakat Terpinggir Di Sabah
8. Dana Pek Makanan Sabah
9. Pertubuhan Kebajikan Marhaen Sandakan
NGO K-MARHAENS akan meneruskan program agihan KIT MARHAEN (Beras, Telur, Minyak, Tepung, Gula) kepada golongan miskin & susah. Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun:
FAME dengan rakan sinergi di Sabah melancarkan Tabung Prihatin untuk Sabah bagi membantu menyalurkan sumbangan bersasar kepada yang memerlukan.
Ads
11. Bantuan Barangan Asas Dapur
Melalui Amanah Hawi Alkhairat Sabah dengan kerjasama Komuniti Assalam mengaktifkan program Bantuan Barangan Asas Dapur khusus bagi kawasan Zon Merah PKPB. Untuk Info, tidak ada nombor telefon lain selain 3 nombor di atas didalam urusan perhubungan program bantuan ini.
12. Pakej Bantuan Kita Jaga Sabah
Untuk meringankan sedikit beban warga Sabah yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan termasuk larangan keluar dan masuk ke Sabah, Rejuvenasi Pendidikan kali ini bekerjasama dengan sekumpulan anak muda dikenali sebagai Sempoerna Heroes.
Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit beban frontliners dan masyarakat di Sabah dalam menempuh wabak pandemik COVID-19. Sayu hati melihat keadaan saudara kita disana dan sekiranya kita mempunyai rezeki lebih, apa salahnya berbagi rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa mungkin kita juga memerlukan pertolongan.
Kecuaian pengurus media sosial yang memuat naik hantaran di IG Story ibu kepada Neelofa, Noor Kartini mendapat perhatian ramai sejak petang semalam.
Noor Kartini telah pun mengeluarkan kenyataan dan membuat laporan polis berhubung perkara ini dan sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku ini.
Walau bagaimanapun, pengurus media sosial yang dikenali sebagai Zulshafiqah telah memuat naik permohonan maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Dia menjelaskan, tangkap layer tersebut adalah bertujuan untuk rujukannya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi miliknya.
Jelasnya lagi, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan daripada penulisannya sendiri mahupun Datin Noor Kartini sendiri. Zulshafiqah juga menjelaskan bahawa dia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu menyelesaikan siasatan berhubung isu yang tular itu.
Hm, takut pula rasanya kalau perkara sedemikian jadi pada kita sendiri. Apa-apa pun, berhati-hatilah ketika menggunakan media sosial. Jangan sewenangnya memuat naik kenyataan yang boleh membawa padah kepada diri sendiri.
Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang memberi impak kepada seluruh dunia termasuk cara kita beribadah.
Jika di Malaysia kita masih menjarakkan saf ketika solat berjemaah untuk mengelakkan penularan dan penyebaran virus Covid-19. Baru-baru ini, di Arab Saudi pula mereka mengambil langkah baru dalam menunaikan Rukun Islam kelima iaitu melaksanakan Haji dan Umrah di Mekah.
Kepada yang pernah pergi ke kota suci Mekah, mesti mencium batu hitam atau Hajar Aswad jadi sesuatu yang diidam-idamkan. Tapi tak semua orang dapat cium Hajar Aswad, sebab yang nak cium tu bukan sorang, tapi berjuta-juta orang. Jadinya, pada sesiapa yang berpeluang dan bernasib baik dapat cium Hajar Aswad, sangat-sangat la beruntung!
Menerusi akaun rasmi HaramainSharifain yang juga merupakan penjaga ehwal dua masjid suci memaklumkan bahawa Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais melancarkan inisiatif tersebut di pejabatnya.
During his inauguration of the “Virtual Black Stone Initiative”,
President Sudais : “We have great religious and historical sites that we must digitize and communicate to everyone through the means of latest technologies” pic.twitter.com/bCsaobGGzf
Menyentuh atau mencium Hajar Aswad adalah Sunnah dalam Tawaf, seandainya kita tidak dapat menciumnya, cukup menyentuhnya dan tapak tangan yang kita gunakan menyentuh Hajar Aswad tadi, kita cium, ianya sudah mencukupi.
Namun disebabkan pandemik dan mengelak jangkitan Covid-19, Arab Saudi melancarkan inisiatif baharu iaitu menyentuh Hajar Aswad secara maya!
Inisiatif “Virtual Black Stone” yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR.
Al-Sudais berharap inisiatif tersebut dapat memanfaatkan realiti maya (VR) dan pengalaman digital untuk mewujudkan simulasi keadaan sebenar.
Beliau juga menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya.
Untuk info, terdapat banyak riwayat tentang asal usul Hajar Aswad. Tapi apa yang pasti, Hajar Aswad adalah batu yang diturunkan dari syurga oleh Allah SWT. Abdullah bin Abbas meriwayatkan –Hajar Aswad adalah batu yang berasal dari syurga dan tak ada batu yang diturunkan dari syurga melainkan batu ni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak dapat dinafikan bahawa rokok merupakan antara masalah yang membelenggu golongan remaja di sekolah. Apatah lagi jika rokok boleh didapati dengan mudah dan murah seperti di negara Indonesia.
Masalah merokok di kalangan palajar bukanlah satu perkara baru. Malah jika kita bertanya kepada generasi yang lebih tua terutamanya yang merokok pasti mereka akan bererita seribu satu kisah tentang pengalaman mereka berdepan dengan guru di sekolah.
Ada yang ditangkap dan tidak kurang juga ada yang berjaya mengaburi mata guru dengan pelbagai helah dan taktik.
Walau bagaimanapun berbeza pula dengan apa yang berlaku di sebuah seolah di Indonesia baru-baru ini. Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah telah memaksa sekumpulan pelajar lelaki yang berusia 8 tahun merokok sebagai denda mereka ditangkap kerana merokok.
Ia kedengaran agak aneh bukan?
Menurut laporan kejadian ini berlaku di sebuah seolah rendah di Sukabumi, Indonesia pada 3 November yang lalu. Di dalam sebuah rakaman video, sekumpulan murid-murid lelaki dilihat sedang merokok dengan rasa segan silu. Malah ada di antara mereka kelihatan terpinga-pinga dengan bentuk hukuman begitu.
Kumpulan murid yang terdiri daripada 11 orang itu ditangkap di sebuah taman permainan di sekolah mereka kerana merokok. Mereka kemudian di bawa ke bilik guru besar untuk menantikan bentuk hukuman yang diterima. Namun, mungkin jauh sekali dalam fikiran mereka akan didenda dalam bentuk begini.
Mereka kemudian berbaris dalam satu barisan dan diberikan rokok untuk dihisap. Guru besar yang dikenali dengan nama Tati Maelati itu menegaskan tindakannya adalah untuk ‘mengajar’ tentang keburukan merokok kepada mereka.
Bentuk hukuman yang aneh ini kemudiannya telah menyebabkan kemarahan daripada golongan ibu bapa. Selain itu badan kebajikan kanak-kanak juga telah meminta penjelasan daripada pihak sekolah kerana membiarkan perkara ini berlaku.
Macam-macam hal.
Tiga bulan sebelum ini berlaku juga satu kes di Sumatra, Indonesia di mana sekumpulan pelajar dipaksa memakan tembakau selepas ditangkap merokok.
Bagi REMAJA ini bukanlah satu bentuk hukuman tetapi lebih kepada bersikap sangat bertentangan dengan larangan yang ingin dilakukan. Membiarkan kanak-kanak merokok adalah satu perkara terkutuk apatah lagi menyuruh mereka melakukannya.
Hopefully perkara seperti ini tidak berlaku di negara kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...