Hujung minggu lalu, memang ramai yang membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius. Ini termasuklah finalis Hero Remaja 1993/1994 Datuk Seri Eizlan Yusof dan finalis Dewi Remaja 2009/10 Azar Azmi.
Empat tahun pelakon filem Pisau Cukur ini menduda, akhirnya Eizlan Yusof, 48 bertemu dengan wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville dan bakal menaiki pelamin pada 12 Disember ini.
Eizlan dan wanita berketurunan Serani itu menurut beliau telah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Namun hubungan mereka setakat itu saja, hanya berkawan.
Hinggalah 3 bulan lalu, Eizlan mengambil keputusan melamar secara spontan dan Natasha menerimanya. Dalam sidang media yang berlangsung pada hari ini di Putrajaya, Eizlan turut berkata Natasha telahpun memeluk agama Islam pada bulan Ogos tahun lalu sebelum apa-apa perancangan untuk berkahwin timbul.
Buat masa ini, Eizlan enggan mendedahkan wajah bakal isteri beliau berusia 29 tahun itu.
Congrats abang!
*
Semalam pula, seorang finalis Dewi Remaja 2009/10 iaitu pelakon, Azar Azmi pula telah mengikat tali pertunangan dengan seorang produser filem yang juga merupakan bapa tunggal.
Dalam majlis yang berlangsung secara tertutup itu, ia sempat disaksikan oleh beberapa selebriti seperti Fasha Sandha.
Pandai Azar menyembunyikan statusnya yang telah bercinta dengan pasangannya sejak 5 tahun lalu. Azar dilaporkan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun hadapan. Tak sabar!