Mengenali figura si tinggi lampai ini, sememangnya sama sekali tidak mengenali erti penat lelah untuk mengukir nama dalam industri seni.
Mimi Lana, pelakon anggun dan berbakat besar ini yang juga terkenal dengan watak air mata, setiap lakonan yang diberikan pasti dilunaskan dengan sempurna.
Tidak hairanlah, dari hari ke hari pelakon ini acap kali menjadi perhatian pengarah tempatan dan mendapat tempat di hati para penonton dengan lakonan yang ditampilkan di layar skrin.
Bagaikan berbakti semula di tempat lahirnya seorang ‘Mimi Lana’ sebagai anak seni, terbaharu bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu diberi peluang sebagai juri jemputan bagi episod ketujuh Hero Dewi Remaja 2023 iaitu cabaran lakonan.
Berkata kepada Remaja, Mimi menyifatkan kesemua finalis memiliki masa depan yang sangat cerah dalam industri seni tanah air.
“Bagi saya, mereka semua ada masa depan yang sangat cerah. Bukan sahaja datang dengan ‘look’, tetapi mereka datang sekali dengan bakat.
Ads
“Paling penting mereka semua ada kesungguhan dan tahu apa yang mereka lakukan dalam program ini. Saya berharap mereka akan terus fokus kerana ini baru sahaja permulaan dan jangan berputus asa.
“Hero Remaja ini bukan semata-mata untuk lakonan sahaja, jadi jika tidak dapat nak teruskan dalam bidang lakonan, ada banyak lagi bidang lain di luar sana. Jadi, pilihlah dengan baik apa yang anda mahu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama hit Perempuan Itu turut menitipkan pesanan kasih sayang buat peserta yang berjaya ke pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 sebelum melangkah ke dunia seni yang sebenar.
“Kita semua bermula daripada bawah, jadi kelemahan itu akan diperbaiki apabila mereka fokus, disiplin dan kesungguhan dalam industri ini.
Ads
“Seperti yang saya katakan, program ini adalah satu permulaan. Kita memang mula daripada kosong tetapi apa yang paling penting adalah pengetahuan dan tahu apa yang anda nak dalam industri ini.
“Bukan untuk kejar glamor semata-mata, kerana tanggungjawab anda sebagai seorang pelakon adalah lebih daripada itu. Buatlah perkara yang betul dan ke jalan yang betul.
Sempat mengimbas kembali momen di saat dirinya berada di pentas Dewi Remaja, aktres berusia 28 tahun ini mengakui bakat baharu yang berada dalam Hero Dewi ini lebih baik daripada batch yang terdahulu, selain berbangga dengan prestasi mereka.
“Kalau saya boleh imbas semula semula, batch mereka ini adalah lebih baik daripada kami yang dulu. Mungkin mereka sudah tahu platform Hero Dewi Remaja ini untuk apa, jadi mereka sudah lakukan persediaan. Saya sangat berbangga dengan mereka.
Ads
“Perkara itu kita tidak boleh elakkan, tetapi finalis dalam ini perlu buktikanlah yang anda berada di sini untuk apa.
“Ambil juga peluang untuk belajar dengan senior yang ada dalam industri ini, itu adalah penting juga. Sentiasa hormat orang sekeliling dan rendah diri,” tuturnya lagi.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan pada Jumaat hadapan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Annyeonghaseyo! September is coming guys! Macam biasa, kami kongsikan 7 drama Korea terbaru yang menjadi pilihan Remaja. Bakal bersiaran sepanjang September ini. Wah wah wah, dah berapa banyak drama korang tengok tahun ni ye?
Ada 7 buah drama terbaru Korea yang mungkin akan menjadi kegemaran korang untuk ditonton. Apapun, let’s check it out drama-drama yang bakal jadi perhatian korang.
Lets…
1. Melting me Softly
Drama Korea terbaru yang tayang di bulan September pertama adalah Melting Me Softly di channel tvN. Sebuah drama romantis dengan selingan fantasi yang pastinya akan membuat korang tidak keruan. Berkisarkan tentang dua orang lelaki dan perempuan terpilih untuk menjalani projek eksperimen sejuk beku hayat manusia sebelum dihidupkan tiba-tiba 20 tahun kemudian kerana konspirasi misteri yang berlaku. Mereka bangkit daripada ‘tidur’ yang lama itu dan saling memcemuh antara satu sama lain kerana gagal mencapai apa yang mesti diikuti oleh eksperimen itu. Akibatnya, mereka terpaksa mengekalkan suhu badan sekitar 27.5 C untuk kekal selamat, jika tidak, mereka akan mati.
“Melting Me Softly” bakal diarahkan oleh Shin Woo Chul (“MBC Gu Family Book”,”SBS Secret Garden”,”SBS Lovers in Paris”) dan dinukilkan oleh Baek Mi Kyung (“jtbc Strong Woman Do Bong Soon”, “jtbc Woman of Dignity”, “KBS Miracle That We Met”). Drama ini akan ditayangkan di tvN mulai 28 September depan.
2. Vagabond
“Vagabond” adalah sebuah drama yang bertemakan perisikan, mengisahkan tentang seorang lelaki yang hidup seperti biasa tetapi secara tidak semena-mena terjebak dalam kemalangan yang menyaksikan krisis rasuah sesebuah negara sehingga menyebabkan nyawanya terancam. Drama ini dilakonkan oleh Lee Seung Gi, Suzy, Shin Sung Rok, Moon Jeong Hee, Jeong Man Sik dan ramai lagi.
Lee Seung Gi memegang watak sebagai Cha Gun seorang stuntman. Cha Gun seorang yang sangat yakin diri, bermuka tembok dan mempunyai 18 tali pinggang hitam dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Selepas tertangkap dalam insiden kemalangan pesawat yang tidak terjangka itu, dia nekad mengharunginya untuk mencari kebenaran disebalik konspirasi mengenai kemalangan itu.
3. When Camellia Blooms
KBS “When Camellia Flower Blooms”/”When The Camellia Blooms” yang diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens, berkisarkan tentang tiga orang lelaki yang saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu.
PD Cha Young Joon yang terkenal dengan KBS Are You A Human Too? akan mengarahkan drama ini dan bekerjasama dengan penulis skrip Im Sang Choon (“KBS Fight My Way”) untuk tayangan slot drama KBS pada 18 September 2019 nanti. Apakah drama ini akan turut ditayangkan menerusi Astro KBSW? Sama-sama kita nantikan.
Drama yang satu ini akan menampilkan Kang Ha Neul dan Gong Hyo Jin. Drama Korea ini mengisahkan bagaimana Dong Baek (Gong Hyo Jin) yang terlibat kisah cinta dengan tiga dengan karakter yang unik. Nah, salah satu pria itu dimainkan oleh aktor Kang Ha Neul. Peran seperti apa yang
4. Beautiful Love Wonderful Life
Balik lagi ke drama Korea bergenre drama romantis. Kali ini ada pilihan lainnya selain Melting Me Softly. Satu drama Korea berjudul Beautiful Love Wonderful Life bisa jadi pilihan yang bisa kamu tonton di bulan September 2019.
Klise, namun drama ini menceritakan kisah hidup empat orang berbeda dalam mencari cinta dan kebahagiaan. Jo Yoon Hee berperan sebagai Kim Seol-A, mantan penyiar yang kini hidup sebagai istri CEO tajir. Sementara itu, aktor Yoon Park berperan menjadi seorang Chef yang terus berada dalam hubungan rumit di hatinya.
5. Secret Boutique
Drama Korea ini mengisahkan tentang kehidupan Jenny Jang yang dilakonkan oleh Kim Sun-A. “Secret Boutique” adalah sebuah drama mengenai kuasa dan dendam sepanjang pembukaan bandar baru. Selain itu, ia turut menceritakan kisah kehidupan seorang wanita yang menjadikan kuasa dan wang ringgit sebagai kekuatan untuk bertahan.
Jenny kemudian menjadi sukses dan menjalankan sebuah Boutique, hingga akhirnya menjadi orang yang sangat ‘penting’ untuk pekerjaan-pekerjaan yang menentukan hidup banyak orang. Secret Boutique dipastikan akan menampilkan banyak intrik-intrik dan plot twist yang tak terduga.
6. Arthdal Chronicles Part 3
Drama Korea Arthdal Chronicles memang bukan hal yang baru. Sudah tayang sejak awal tahun 2019, namun di bulan September, serial yang tayang di Netflix akan hadir dalam bagina ketiganya. Masih dibintangi oleh Song Joong Ki dan Kim Ji Won. Bahagian ketiga dan terakhir drama “Arthadal Chronicles” , iaitu “Arth: The Prelude to All Legends” akan bersiaran mulai 7 September ini.
“Arthadal Chronicles” ini ditulis bersama oleh Kim Young Hyun dan Park Sang Yeon yang sebelum ini pernah menghasilkan naskhah “The Great Queen Seon Deok,” “Tree with Deep Roots” dan “Six Flying Dragons”. Drama ini diarahkan oleh pengarah (PD) Kim Won Suk, yang pernah mengarahkan “Incomplete Life (Misaeng),” “Signal,” dan “My Ahjussi.” Drama ini dianggarkan menelan bajet produksi sebanyak 400 billion won (RM1.45 billion).
Dalam bagian ketiganya, Arthdal Chronicles akan bertajuk Arth, the Prelude to All Legends. Bakalan banyak pertarungan masing-masing karakter yang bisa kamu saksikan demi ambisi mereka menjadi seorang pemimpin. Salah satunya adalah melihat reaksi Eum Sum dan Sa Ya (Song Joong Ki) bertemu dan terlibat dalam pertikaian yang selama ini belum terselesaikan.
7. Miss Lee
Masih dari genre drama, dan menjadi drama Korea terbaru September 2019 yang tentunya tidak boleh kamu lepaskan. “Miss Lee” adalah sebuah draama komedi pejabat tentang mereka yang berjuang untuk ‘survive’ di sebuah syarikat elektronik kecil yang berada dalam bahaya dan berdepan dengan status bankrap. Ia diarahkan oleh Han Dong Hwa (“Skuad 38,” “Bad Guys 2”) dan ditulis oleh Park Jung H
Bersama Yoo Jin Wook (Kim Sang Kyung), Lee harus bersatu menyelesaikan masalah mereka dan berjuang untuk menyelamatkan perusahaan.
So dari tujuh drama korea September 2019 ini, mana yang mungkin akan jadi favourite korang? ke ada drama korea yang lagi hebat di bulan September ni?
Sumber : Kmania
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang tahu, tiada pelajar yang lebih mewah di sekolah elit perempuan di Negeri Sembilan itu melainkan Wan Nur Athira.
Sejak memasuki Tingkatan Empat pada awal tahun ini, Athira berjaya menarik perhatian semua orang termasuklah cikgu. Bukan disebabkan oleh kecantikan wajah tetapi disebabkan barangan mewah yang Athira terima daripada keluarga.
Jika pelajar lain setakat memakai telefon bimbit Nokia 3310, Athira mampu tersenyum dengan flip phone Samsung-nya yang mempunyai skrin berwarna. Pelajar kedua paling kaya, Intan yang juga duduk di dorm bersebelahan pun sekadar memakai Sony Ericsson K700i. Tak sampai standard Athira.
Namun, segala limpahan harta itu tak pernah menjadikan dia megah di hadapan rakan lain. Mungkin disebabkan keperibadian yang tak suka menunjuk, Athira mudah dirapati oleh rakan sebaya dan juniornya.
Bulan April bertukar ke Mei. Athira, Intan dan pelajar lain sedang bersiap sedia untuk menghadapi musim peperiksaan pertengahan tahun. Untungnya, mereka mempunyai masa seminggu untuk mengulang kaji pelajaran dan Athira mengambil kesempatan itu untuk pulang ke rumahnya yang tak jauh dari situ. Lebih senang nak masuk otak kalau belajar di hadapan TV, getusnya.
Perjalanan pulang 30 minit dari sekolah itu ditemani ayahnya, Datuk Zaman yang baru pulang dari Kuala Lumpur. Athira dan ayahnya memang rapat. Pelik juga apabila beliau lebih selesa ‘mengadu’ masalah peribadi dan masalah pejabat kepada anak perempuan tunggalnya itu berbanding kepada isteri sendiri atau anak lelaki. Mungkin kerana Athira sentiasa sudi menghulurkan telinga untuk mendengar.
“Ayah rasa macam ada orang tak puas hati dengan ayah dekat kawasan rumah kita ni lah. Tak puas hati dengan keluarga kita.”
“Eh, kenapa pula ayah cakap macam tu. Tira tengok semua baik je dengan kita, tak ada pun nak gaduh-gaduh.”
“Iya, mungkin dari luar diorang nampak macam tu tapi dalam hati siapa tahu. Lagipun sejak tukar kereta ni, ayah perasan juga ramai yang menjeling semacam bila ayah pergi surau, bila ayah teman ibu pergi pasar.”
Hhm, Athira tak berani nak cakap lebih kerana kehidupannya sendiri sentiasa di sekolah asrama saja. Tak perasan pula jika ada yang tak berpuas hati dengan keluarganya. Dua malam berturut-turut, dia melihat Datuk Zaman lebih banyak mendiamkan diri dan termenung di luar rumah.
Sehari sebelum pulang semula ke asrama, Datuk Samad kelihatan lebih ceria daripada sebelum ini. “Kenapa tiba-tiba tukar mood pulak tu?” dia bertanya kepada ibu.
“Entahlah, hari tu bukan main gelisah semacam.”
* * * * *
Setahun berlalu dan kini Athira sedang bersiap-sedia untuk menghadapi SPM, 4 bulan dari sekarang. Room mates-nya sudah lali dengan perangai pelajar itu yang suka sangat pulang ke rumah setiap 2 minggu sekali. Kadangkala, setiap minggu pun ada. Untunglah ayah kaya, berpangkat Datuk, sanggup redah highwayuntuk menjemput anak kesayangan.
Walaupun tidak lagi runsing atau gelisah seperti tahun lalu, Athira selalu perasan Datuk Zaman akan menghilangkan diri seketika setiap kali dia pulang dari asrama. Ditanya kepada ibu dan abang, mereka sendiri pun tak tahu. Pernah juga ibu menegur mengapa pada setiap hujung minggu, suaminya itu tak tahu nak duduk diam di rumah.
Datuk Zaman terus melenting dan mengangkat tangan. Nasib baiklah abang ada di situ untuk menghentikan perbuatan tak masuk akal ayahnya itu. “Aku buat semua ni pun sebab korang semua! Aku penat-penat, kau nak banyak soal pulak!” bentak ayahnya. Sejak peristiwa itu, ibu tak berani lagi untuk menegur ayah.
Petang hari itu juga, Athira tak berpuas hati dan ingin tahu ke mana Datuk Zaman pergi setiap hujung minggu. Dia meminta abang untuk mengekor BMW X5 ayahnya itu dari jarak jauh. Semakin lama mereka di atas jalan, semakin pelik jalan yang dipilih oleh Datuk Zaman.
Kedua-dua buah kereta tiba di sebuah rumah kampung yang terletak di pinggiran kejiranan. Jaraknya tak jauh sangat dari rumah mereka, tetapi disebabkan jalan yang berlopak dan bengkang-bengkok itu, mereka mengambil masa 25 minit untuk sampai.
Datuk Zaman kelihatan seperti serba tahu mengenai rumah itu. Pintu masuk di bahagian dapur pun mudah diteka dan dibuka beliau. Athira bertindak berani untuk mendekati rumah tersebut walaupun ditegah oleh abang. Dari tepi tingkap, dia dapat mendengar perbualan di antara Datuk Samad dan seorang lelaki tua.
“Aku dah pesan dekat engkau, jaga betul-betul.”
“Saya tahu, tapi…”
“Tak ada tapi-tapi kalau engkau dan mula pelihara dia ni. Kau dah gunakan dia untuk lindungi keluarga kau, duit dapat, jawatan tinggi pun kau dah dapat. Mestilah dia nak kau jaga betul-betul. Jangan malas!”
“Saya tahu Tok. Tapi kan saya dah puja. Saya dah dapat pun apa yang saya nak. Takkanlah kena jaga lagi?”
“Wajib! Kalau kau tak boleh carikan pengganti tuannya, kau kena jaga.”
Semua itu jelas didengari oleh Athira sebelum dia berlari dari situ.
* * * * *
Berbulan-bulan lamanya, dia tidak dapat melupakan apa yang didengarinya itu. Athira cuba memberitahunya kepada abang dan ibu, tetapi mereka tidak percaya sepatah pun yang dikatakanya.
Ibu menganggap Datuk Zaman pergi melawat kawan, abang pula 100 peratus pasti ayahnya ke sana untuk mendapatkan rawatan batin.
Hanya dua minggu tinggal sebelum Athira akan mengambil SPM. Rakannya yang lain termasuk Intan mengajak dia untuk sama-sama melakukan revision di study room. Namun, Athira merasakan seperti ada yang tak kena. Dia perlu balik semula ke rumah walaupun masih banyak chapter yang belum melekat di kepala lagi.
Datuk Zaman cuba dihubungi untuk menjemputnya seperti biasa tetapi panggilan telefon itu tak berjawab. Athira tak puas hati, dia segera ke stesen bas untuk pulang ke rumah walaupun hari sudah hampir senja. Nasibnya baik kerana bas tiba selang 15 minit selepas dia berdiri di situ.
Masa sejam di dalam bas langsung tidak menenangkan fikiran Athira. Apa yang Athira nak hanyalah untuk tiba secepat mungkin. Lariannya ke pintu rumah disambut oleh ibu. “Ibu okay? Abang?”
“Laa, kenapa Tira tak bagi tahu nak balik..”
“OKAY TAK?” Ibunya terkejut dan terus menjawab mereka okay dan ada je di rumah sepanjang hari. Cuma Datuk Samad yang keluar, ke pejabat mungkin.
Athira menarik nafas lega dan terus ke bilik tidur untuk mandi. Malam itu selepas makan bersama, dia hanya ingin berbaring di atas katil kerana kepala terasa berat selepas memikirkan kemungkinan Datuk Zaman akan mengancam keselamatan ibu dan abang.
Tak lama kemudian, Athira terjaga dari tidur selepas mendengar jeritan seperti suara ibu. Dia terus meluru ke bawah dan mengucap panjang apabila melihat kelibat makhluk kurus kering sedang menindih ibunya. Tak bermaya Datin itu dibuatnya sehingga hampir mati akibat kehilangan darah.
Darah menitik dari bahagian leher ibu akibat digigit mahkluk berangka kurus. Kulit yang ada sekadar melekap saja pada bahagian tulang umpama tidak mempunyai daging. Entah bagaimana Athira boleh bertindak berani untuk memanggil makhluk itu. “Jerangkung! Kau jangan kacau ibu, kalau nak datang sini!”
“Aku nak bebas…”
Athira tak menunggu lama untuk membacakan ayat Kursi yang selalu diamalkan olehnya dan room mates di asrama kerana enggan berdepan dengan gangguan makhluk halus. Dia menutup saja matanya sambil mengulangi ayat itu kerana tak sanggup melihat kelibat Jerangkung yang sedang menuju ke arahnya. Tak lama selepas itu, Athira hanya mendengar dengusan ibunya yang sedang cuba bernafas dalam keadaan lemah. Athira terus mencapai kepala ibu dan menjerit nama abangnya.
* * * * *
Datuk Azman berdiri di tepi sungai ditemani oleh Iman, pengamal perubatan Islam yang telah mendengar kes Athira sekeluarga. Entah apa ritual yang sedang dilakukan mereka, Athira tidak ingin tahu. Dia hanya berdiri dari jauh bersama abangnya untuk melihat mereka menyingkirkan belaan Jerangkung milik Datuk Azman menggunakan kaedah acak.
Athira tidak lagi mahu ibu atau mereka adik-beradik terpaksa menanggung akibat buruk amalan ayahnya itu. Niat untuk melindungi keluarga tak pernah menghalalkan cara.
Jangan lupa untuk menonton drama Suri Ram Episod 5, JERANGKUNG pada jam 11 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak jadi idola K-Pop ini antara ciri yang paling utama ialah kena cantik dan rupawan. Tak kisahlah sama ada idola lelaki atau pun perempuan! Sebab itulah mereka sangat menitikberatkan peenjagaan wajah dan juga seluruh badan. Aset tau!
Disebabkan itu portal gaya hidup Metro Style, baru-baru ini telah menganjurkan undian aktres tercantik Korea.
Inilah hasilnya!
Dalam undian tersebut, Seo Ye Ji menerima markah tertinggi iaitu 43.4 peratus bersamaan dengan 1.3 juta pengundi. Menerusi sumber, pelakon berusia 30 tahun ini menduduki tangga yang pertama bagi undian aktres tercantik Korea.
Meskipun sudah pun beberapa tahun berlakon, namun nama Seo Ye-ji mula meniti di bibir peminat K-Drama selepas berjaya membawa watak unik iaitu Ko Mun-yeong dalam drama popular “It’s Okay To Not Be Okay”.
Dengan badannya yang tinggi lampai dan rampai, dihiasi pula dengan wajah yang kecil dan kening tebal serta suara yang dalam, sudah pasti ramai yang terpersona melihat kecantikan wanita ini. Menurut profil rasmi, Seo Ye-ji difahamkan berdiri pada ketinggian 169cm dan beratnya pula ialah 43kg. Dikhabarkan juga bahawa ukur lilitnya pinggangnya itu ialah 22 inci.
.
.
Seo Ye-ji yang menerima perhatian ramai menerusi drama “It’s Okay To Not Be Okay” kerana lakonan mantapnya, kini membuatkan hati penonton berdegup kencang selepas tampil dengan penampilan yang memukau dalam drama tersebut.
Melakonkan karakter yang mengalami masalah personaliti anti-sosial dan melalui trauma ketika kecil apabila dihantui oleh ibu psikonya yang disangka mati, Seo Ye-ji menerima tepukan gemuruh daripada penonton kerana mampu menggalas tanggungjawab yang berat itu.
Selain itu, pelakon drama Lawless Lawyer ini juga dikatakan menewaskan sembilan pelakon lain yang nama-namanya juga cukup dikenali ramai seperti Son Ye Jin, Song Ji Hyo, Kim Go Eun, Kim Ji Won, Park Min Young malah Song Hye Kyo juga.
Sementara itu, keputusan terbabit disambut baik oleh orang ramai disamping netizen bersetuju mengenai kecantikan yang dimiliki pelakon terbabit.
Hmm….cantik tu kan subjektif…tapi penulis still tak boleh move on dengan pinggang kerennga Seo Ye-ji ni dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...