Sentiasa Positif, Elyana Kongsi Berat Hanya 35Kg Dan Jalani Rawatan Radioterapi

Share

Ramai mengetahui bahawa pelakon dan penyanyi Elyana menghidap kanser limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu.

Namun, baru-baru ini pelantun lagu ‘niat’ berkongsi keadaan terkininya dan memuatnaik perkembangan terbarunya di laman istagramnya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Elyana merupakan antara penyanyi dan pelakon remaja yang cukup popular dan mendapat tempat di hati peminat menerusi beberapa buah lagu sekitar awal tahun 2000.

Menerusi ruangan Insta Story, Elyana berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Namun, melalui perkongsian tersebut Elyana masih nampak positif dan tidak menunjukkan beliau seperti sakit. Kuat sungguh beliau.

Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya. Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.

Menurut Elyana lagi, berat badannya kini hanya 35kg dan beliau perlu mengambil susu akibat kekurangan berat badan untuk menjalani rawatan tersebut.

“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.

Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.

“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.

Terkejut dengan berita yang dikongsi oleh penyanyi, ramai yang mendoakan ibu kepada dua anak ini kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber: Instagram Elyana

Published by
Nana