Inilah yang dapat dinyatakan saat ini. Perkongsian ini hadir daripada wartawan Astro Awani, Firdaus Azil yang turut berpeluang menaiki helikopter yang membawa pulang keranda wira negara, arwah Muhammad Adib Mohd Kassim menuju ke kampung halamannya boleh membuatkan seluruh rakyat Malaysia menangis.
Semasa rakaman lintas langsung Firdaus Azil sepanjang penerbangan dari Subang menuju ke padang sekolah SMK Tebangau Kuala Kedah, dia memerhatikan bapa Adib kelihatan tenang di dalam pesawat.
Namun bila dia memandang ke arah Nurul Najihah yang juga tunang kepada arwah Muhammad Adib pula, perempuan tersebut dilihat sentiasa mengusap sebentuk cincin yang dipercayai merupakan cincin pertunangan mereka.
Nurul juga dilihat memegang bucu keranda sambil airmatanya berkaca. “Saya juga sempat memandang ke arah telefon bimbitnya dan mendapati tertera gambar Adib di belakang telefon tersebut,” katanya semasa lintas langsung upacara pengebumian wira negara tersebut selepas waktu Zohor, tadi.
Ads
Pemergian Adib mula mencetuskan polemik di dalam negara. Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, P Wayta Moorthy dalam laporan Astro Awani hari ini berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang mengakibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dibawa ke muka pengadilan dengan pantas.
Waytha Moorthy berkata, Muhammad Adib merupakan seorang ahli Bomba yang berani dan berwibawa, berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.
“Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, saya menyeru rakyat Malaysia agar mendoakan Muhammad Adib ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.
“Fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi dalam 60 tahun yang lalu dan marilah kita bersama-sama berdoa untuk Muhammad Adib dan keluarga beliau pada masa yang mencabar ini,” kata beliau menerusi satu kenyataan.
Ads
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib.
“Kami berkongsi kesedihan keluarga beliau dan negara berkabung bersama-sama dengan keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,” katanya lagi.
Isu kematian Muhammad Adib dalam tragedi rusuhan pada 26 November lalu turut mendapat perhatian dari pelbagai peringkat di mana Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang berjanji kematian Adib akan terbela.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menyampaikan salam takziah. Hal yang sama mendapat perhatian dari bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang turut menulis di Twitter-nya dan menyampaikan salam takziah.
Pelbagai pihak juga mengharapkan perusuh yang membelasah Adib dibawa segera ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya.
Al-Fatihah untuk wira negara ini.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu pelakon Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong yang maut dalam insiden terjatuh dari bot laju sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai, telah menidakkan tindakannya untuk memaafkan dua orang saksi dalam bot kejadian itu adalah disebabkan oleh wang pampasan yang ditawarkan kepadanya.
Panida Siriyuthayothin kini menjadi tumpuan peminat hiburan Thailand selepas kes kematian Tangmo, 37 telah berlanjutan lebih dari seminggu.
Panida baru-baru ini difahamkan menerima tawaran sejumlah wang bernilai 30 juta Baht atau kira-kira RM3.8 juta sebagai pampasan untuk kematian tersebut oleh pemilik bot laju, Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit.
Pada masa yang sama, Panida menerusi segmen temubual di rancangan Hone Krasae dekat TV Channel 3 berkata, dia telah memaafkan Por dan pemandu bot, Phaiboon ‘Robert’ Trikanjananun walaupun dia didapati tidak mempunyai lesen bot laju sah setelah disiasat oleh pihak polis.
Kata Panida, dia menerima panggilan telefon daripada Por pada hari Jumaat minggu lalu (sehari selepas insiden) untuk memohon maaf dan Por meminta untuk menemui Panida secara peribadi.
Berbanding pengurus Tangmo, Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat yang hanya menghubungi Panida tiga hari selepas kematian Tangmo, Panida lebih merasakan Por ikhlas ketika menghubunginya lalu memaafkan Pordan Robert.
Dalam pada itu, dia menegaskan bahawa dia tidak memaafkan Gatick akibat kelewatannya mengubungi Panida biarpun mereka agak rapat sewaktu Tangmo masih hidup.
Selain menawarkan wang pampasan, Por juga dikatakan telah berjanji kepada Panida untuk menjaganya sebagaimana pernah dilakukan Tangmo.
“Saya memaafkannya kerana dia (Por) berterusan cuba menghubungi saya dan dia tahu saya sedang marah,” ulasnya.
Tindakan Panida memaafkan dua orang saksi insiden secepat ini tidak begitu disenangi oleh warganet. Ia menguatkan spekulasi mereka bahawa ibu Tangmo itu mementingkan wang berbanding mencari kebenaran di sebalik kes tragis anaknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keadaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini memerlukan rakan media untuk berlari ke sana-sini bagi mendapatkan liputan menyeluruh kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman.
Dalam perkembangan terbaru pada pagi tadi, satu-satunya tertuduh yang dilepaskan dan dibebaskan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan ialah Mohamad Akmal Akif Alias, manakala 18 tertuduh lain diarahkan untuk membela diri kelak.
Kemas berkot blazer hitam dan berkemeja biru, Akmal ditemui memeluk ibunya di luar kamar mahkamah dan momen ringkas itu menyaksikan mereka berdua berlinangan air mata mungkin disebabkan rasa terharu dengan keputusan hari ini.
Akmal bagaimanapun menolak sebarang temuramah bersama mana-mana pegawai media dan segera meninggalkan kawasan mahkamah dengan ahli keluarga serta pengiringnya.
Sementara itu, Zurkarnain Idros yang merupakan bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman melakukan sujud syukur, juga di luar kamar mahkamah. Mereka sekeluarga juga didapati menyarungkan baju T #SayNoToBullying #Humanity #JusticeForZulfarhan.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kematian arwah terbela,” kata beliau.
Ia susulan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah mengarahkan 18 orang tertuduh lain (penuntut UPNM) untuk membela diri selepas beliau membebaskan Akmal.
Menurut laporan rakan di AWANI, Hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan.
6 daripada mereka akan dibicarakan di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sementara itu, 12 tertuduh lain akan dibicarakan di bawah Seksyen 220 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Hakim menetapkan perbicaraan akan bermula pada 2 Oktober ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Lily Allen mendapat perhatian orang ramai apabila dirinya mengakui bahawa dapat menghasilkan lebih banyak wang menerusi aplikasi OnlyFans berbanding royalti yang diberikan oleh Spotify.
Menerusi media sosial miliknya, Allen mendedahkan dia baru sahaja mencipta akaun OnlyFans selepas mendapat inspirasi daripada seorang pekerja di pusat kecantikan yang memberitahu pelantun lagu ‘Smile’ itu bahawa dia mempunyai kaki yang cantik dan boleh menjana pendapatan dari situ.
Dalam pada itu, Allen juga mengaku bahawa dia mendapat taraf lima (5) bintang di laman web, WikiFeet iaitu laman khas yang mengumpul dan menilai gambar-gambar kaki selebriti bagi penggemar yang terobsesi dengan kaki.
Walau bagaimanapun, Allen juga turut mendapat kecaman dan komen sinis daripada beberapa warga internet selepas memuat naik gambar kakinya di aplikasi X yang berhubung kait dengan Only Fans. Salah satu komen tersebut berbunyi,
“Bayangkan jadi salah seorang bintang pop terbesar dan pemuzik di Eropah, kemudian merendahkan nilai diri dengan melakukan hal seperti ini”
Tidak mendiamkan diri, Allen membalas komen berkenaan,
“Bayangkan jadi seorang artis dengan hampir lapan (8) juta pendengar bulanan di Spotify tetapi saya dapat lebih banyak pendapatan dari 1,000 pelanggan untuk gambar kaki.”
Menerusi laporan media antarabangsa, Lily Allen turut menetapkan harga langganan tersebut sebanyak $10 iaitu sekitar RM43 per sebulan menerusi akaun miliknya dan dengan harga tersebut, penyanyi itu mampu memperoleh sekitar $10,000 atau RM44,000 sebulan dari OnlyFans.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...