Ajal maut di tangan Allah. Tiada cepat seminit dan tidak juga lewat sesaat, semuanya sudah ditentukan sejak di loh mahfuz.

Impian pasangan muda untuk mendirikan rumah tangga nyata tidak kesampaian apabila seorang bakal pengantin Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28 maut semalam selepas terlanggar belakang jentera bomba dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Batu 4, Kuala Krai, Kelantan.

Seolah Tahu Ajal, Bakal Pengantin Post Cara Solat Jenazah Di FB Sehari Sebelum Kemalangan
Arwah sepatutnya bernikah pada 22 hb ni bersama suri hatinya, Hazwani namun takdir penentu segalanya
Seolah Tahu Ajal, Bakal Pengantin Post Cara Solat Jenazah Di FB Sehari Sebelum Kemalangan
Arwah maut di lokasi kejadian selepas terlanggar belakang jentera bomba di persimpangan jalan

Arwah yang bakal menikah dengan pasangan pilihan hatinya, Hazwani Hanafi pada 22 Mac, Jumaat akan datang di Kampung Parang Putting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu nyata membawa kesedihan yang bukan sedikit untuk ahli keluarga dan sebelah pasangannya apabila dikatakan meninggal di lokasi kejadian selepas terlanggar belakang jentera tersebut.

Seolah Tahu Ajal, Bakal Pengantin Post Cara Solat Jenazah Di FB Sehari Sebelum Kemalangan

Kad jemputan sebelah perempuan turut beredar di media sosial, begitu juga majlis di sebelah keluarganya yang akan diadakan pada 30 Mac akan datang ini.

Ads

Dalam pada itu, apa yang amat menyedihkan, sehari sebelum kemalangan itu berlaku, arwah Muhammad Afifi atau dikenali sebagai Putera Afifi di laman sosialnya sempat berkongsi post cara-cara solat jenazah yang mana menurut arwah ia adalah fardu kifayah yang kita wajib belajar.

Seolah Tahu Ajal, Bakal Pengantin Post Cara Solat Jenazah Di FB Sehari Sebelum Kemalangan
Arwah sempat berkongsi cara belajar solat jenazah, seolah tahu ajalnya bakal tiba sehari sebelum kejadian.

Malah komen-komen rakan yang mengenalinya turut berkata, arwah cukup dikenali kerana begitu mudah menguntum senyuman dan tidak pernah lokek untuk tersenyum kepada sesiapa pun.

Ketua Balai dan Penyelamat Tunjong, Pegawai Bomba Kanan 1, Zainal Fitri Husain, berkata jentera bomba yang menyalakan lampu kecemasan dan siren ketika itu ingin menghala ke Ketereh selepas menerima panggilan kecemasan berhubung satu kemalangan jalan raya.

Ads

“Sebaik tiba di lokasi, lampu isyarat sudah bertukar warna hijau dan kenderaan lain di hadapan jentera mulai bergerak.

“Apabila jentera ingin membelok ke kanan, sebuah motosikal dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh di bahagian kiri menyebabkan penunggangnya terjatuh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta paha dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan  berasal dari Tendong, Pasir Mas.

Ads

Arwah juga ada muat naik perkongsian mengenai cara solat jenazah menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah untuk arwah dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI