Disember 2020 nampaknya menjadi bulan istimewa bagi kebanyakan pasangan selebriti mengikat tali perkahwinan bersama pasangan pilihan masing-masing.
Jika pada 19 Disember lalu, pelakon dan finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telahpun diijab kabulkan bersama Najla Samshul seterusnya melangsungkan majlis resepsi pada sebelah malamnya pula.
Minggu ini, tiba giliran seorang lagi pelakon lelaki muda untuk menamatkan zaman bujangnya.
Siapakah gerangannya?
Tentulah pelakon terkenal Indonesia, Adipati Dolken yang selamat menikahi pasangannya, Canti Tachril.
Pada usia 29 tahun, Adipati melangkah ke fasa seterusnya itu di Pulau Belitung lebih awal pada hari Jumaat lalu. Keesokan harinya, mereka melangsungkan acara makan malam bersama.
Pemilihan Belitung sebagai lokasi adalah disebabkan keinginan pasangan itu untuk menikah berdekatan dengan kawasan pantai. Lokasi seperti Bali dan Lombok pula dilihat sudah terlalu biasa digunakan oleh pasangan lain sebelum ini.
Malang sekali, ayah, ibu dan kakak Adipati tidak dapat sama-sama berada di majlis tersebut. Kakaknya sedang menetap di Washington DC, Amerika Syarikat. Ibunya pula berada di Jerman pada masa ini manakala ayahnya berada di luar kawasan dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
View this post on Instagram
Katanya dalam sebuah temuramah bersama 20 Detik, ibunya benar-benar ingin hadir dan telahpun membeli tiket pulang. Malah, baju buat ibunya itu juga telah disediakan.
Bagaimanapun, situasi lockdown yang masih dilaksanakan di Jerman dan beliau terpaksa ‘refund’ tiket yang telah dibeli. Apapun, keluarga Adipati tetap menyokong keputusannya itu dan sempat menyaksikan upacara perkahwinan mereka menerusi group call.
“Ketidakhadiran mereka tidak terlalu menjadi masalah yang besar kerana mereka pasti mendoakan saya dengan kondisi yang sangat baik juga.”
Adipati cuba untuk tidak memberikan sebarang komen setelah video dan foto pernikahan dan resepsi mereka tersebar meluas di media sosial pengguna dari Indonesia.
View this post on Instagram
Apa yang hangat diperkatakan oleh orang ramai adalah permintaan keluarga Canti yang berharap agar Adipati ‘memperbaiki’ pegangannya kepada agama Islam. Ini kerana mertua Adipati itu menerapkan pegangan agama yang kuat kepada anak-anak mereka sejak kecil.
Jelas Adipati, “Yang pasti memang bapanya secara khusus meminta saya untuk mampu mengimamkan Canti dengan baik. Jujur agama saya kurang baik apabila saya hidup bersendirian selama ini. Saya telah belajar untuk menjadi imam yang lebih baik. Syarat keluarganya itu telah saya terima dan itu adalah yang terbaik untuk kami berdua.”
Buat masa ini, mereka menunda dahulu perancangan berbulan madu kerana situasi pandemik di sana yang tidak stabil. Oleh itu, mereka sedang menghabiskan masa romantik di Belitung saja.
Untuk pengetahuan, Canti merupakan anak perempuan kepada ‘bos besar’ di syarikat pemaju PT Plaza Indonesia Realty, Mohamad Tachril Sapi’ie.
Manakala Canti sendiri merupakan seorang model, pelakon dan penyanyi di Indonesia.