Seorang Pemuda Lumpuh Separuh Badan Kerana Main Video Game Selama 20 Jam Tanpa Henti

Share

Pada masa kini, permainan video bukan lagi dianggap sebagai hobi untuk meluangkan masa riadah. Ia kini telah dianggap sangat serius dan menjadi karier yang boleh membawa pulangan yang cukup lumayan.

Malah industri permainan video juga bernilai ratusan juta ringgit di seluruh dunia dan tidak menampakkan bahawa ia akan menjadi semakin perlahan.

Namun, di sebalik keghairahan ini pasti ada musibah yang menanti jika orang muda terutamanya bermain permainan video tanpa had atau pengawasan daripada orang dewasa.

Pernah tak korang berdepan dengan rasa kaki kebas bila duduk terlalu lama semasa bermain permainan video atau pun melayari Internet? Sekarang cuba bayangkan korang duduk dalam posisi sama selama 20 jam kerana asyik bermain video game sehingga menyebabkan separuh badan menjadi lumpuh!

Artikel Berkaitan: Inilah Keajaiban Super Blue Moon Seluruh Dunia

Seorang remaja di China berdepan dengan situasi ini apabila dia lumpuh dari paras pinggang ke bawah alibat bermain permainan video tanpa henti selama 20 jam di sebuah kafe siber di Jianxing, China. Selepas mendapati kakinya tidak dapat digerakkan, dia terus meminta bantuan daripada rakan-rakannya.

Dia menyedari perkara tersebut ketika ingin ke tandas untuk membuang air namun kemudian gelisah kerana tidak dapat bergerak. Panik dengan keadaan itu, dia menjerit meminta pertolongan. Sebuah ambulans dikejarkan ke kafe siber tersebut dan kejadian tersebut dirakamkan dan dimuat naik ke Internet.

Ketagihan Internet dan pemainan video kini menjadi antara gejala serius yang semakin mengancam golongan remaja di negara tersebut. Melihatkan masalah ini banyak pusat pemulihan ala-tentera telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ketagihan ini.

Diharapkan kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Jika korang memang seorang kaki game, beringatlah. Jangan kerana permainan video korang boleh jadi lumpuh.

 

Sumber: LADbible

Published by
Farizul Izwany Ibrahim