Seorang Peserta RuPaul’s Drag Race Musim Ke-15 Pilih ‘Malaysia’ Sebagai Nama Pentas

Share

Bagi penonton Malaysia yang mengikuti  program hiburan terkenal Amerika Syarikat, RuPaul’s Drag Race musim terbaharu ini, pasti ada yang menarik perhatian anda.

Sekadar pengetahuan pembaca REMAJA, drag queen adalah suatu istilah yang merujuk kepada segolongan orang kebiasaannya lelaki yang berpakaian dan bersolekan menampakkan ciri keperempuanan (drag) serta berperwatakan seperti kaum tersebut secara berlebihan untuk tujuan hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN : Kostum Gunung Kinabalu Simbolik Miss Universe Malaysia Sebagai Wanita Pada Posisi Tertinggi

Baru-baru ini, peserta rancangan yang menghimpunkan ratu drag terbaik itu telah mencuri perhatian warganet apabila ada seorang peserta menggunakan nama ‘Malaysia’ menyertai program musim ke-15 itu.

Seorang lelaki berpenampilan wanita (drag queen) bernama Malaysia Babydoll Foxx bersaiz gempal dan merupakan orang kulit hitam berasal dari Miami, Florida, Amerika Syarikat itu menyifatkan, Malaysia merupakan satu nama yang indah.

Oleh hal demikian, dia memilih nama tersebut sebagai nama pentas atau ratu drag bertanding dalam program hiburan berkenaan.

“Saya dapat nama Malaysia Babydoll Foxx daripada ibu saya yang memiliki sebuah pusat asuhan harian kanak-kanak.

“Ada seorang kanak-kanak yang menghadiri pusat asuhan tersebut dan namanya ialah Malaysia. Saya fikir itu adalah nama yang paling indah.

“Tengok saya, saya indah (cantik). Saya layak menggunakan nama itu, bukan?,” katanya dalam sebuah muat naik video di YouTube.

Sekadar informasi,  RuPaul’s Drag Race  merupakan sebuah program hiburan popular yang menghimpunkan drag queen terbaik bagi merebut hadiah lumayan berjumlah AS$ 100,000 (RM 442,000).

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Malaysia Babydoll Foxx

Published by
Fath