Sikap tolong-menolong serta membantu orang dalam kesusahan telah menjadikan seorang remaja Malaysia berusia 13 tahun menyentuh perasaan netizen. Kisahnya membantu seorang warganegara Filipina kini menjadi tular kerana sikap positifnya dalam usia yang muda.
Kejadian yang berlaku baru-baru ini dikongsikan sendiri oleh orang yang dibantu remaja tersebut iaitu Ady Sacol, seorang pengurus operasi IBEX Global Philippines yang menaiki pesawat sama dengan remaja tersebut dikenalinya dengan nama Sean. Mereka berdua bertemu di Phuket International Airport dan berkongsi penerbangan sama dari Phuket ke Kuala Lumpur.
Menurutnya lagi, Sean merupakan antara pemain yang mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan bola keranjang namun terpaksa pulang awal kerana datuknya telah meninggal dunia.
“Semasa berada di boarding gate, Sean duduk di sebelah saya. Dan saya rasa dia perasan dengan kecederaan kaki saya sebab saya duduk di atas kerusi roda (selain balutan dan kesan bengkak di kaki dan lutut). Dia kemudian bertanya saya sama ada adakah saya lapar dan apa jenis makanan yang saya mahu? Saya ambil beg duit untuk memberinya wang tetapi Sean menolaknya dan berkata dia ingin membayar makanan itu.”
Reaksi Sean yang baru sahaja dikenalinya itu cukup mengejutkan Ady.
Malah ketika diberitahu mereka perlu bertukar boarding gate, Sean tidak meninggalkanya. Remaja berjiwa besar itu turut membawa beg galas Ady Sacol seberat lebih 15 kilogram dari Gate 4 sehingga ke Gate 14 yang mengambil masa selama 15 minit berjalan kaki.
Ads
Sean juga menemaninya ketika dia dibawa menaiki kenderaan khas (yang biasa disediakan untuk orang kelainan upaya & mengalami kecederaan) untuk menaiki pesawat.
Dan apabila tiba di KLIA2, Sean sekali lagi membantunya. Oleh kerana tidak terdapat kerusi roda boleh digunakan ketika itu, Sean membantunya berjalan hinggalah kenderaan buggy airport tiba.
Namun buggyairport hanya boleh membawanya ke tingkat 3 dan dia harus menggunakan lif untuk turun. Namun nasibnya kurang bernasib baik kerana di tingkat dua tidak terdapat kerusi roda dan juga buggy. Sean kemudian mengambil kart dan menyuruhnya duduk. Dia menolak kart tersebut hingga ke kawasan kaunter imigresen.
Dan di sinilah mereka terpaksa mengambil haluan berbeza kerana pemegang pasport Malaysia dan rakyat asing perlu melalui laluan berbeza.
Ads
“Saya mengucapkan terima kasih dan sangat terhutang budi dengan pertolongannya. Selepas itu saya saya uruskan dokumen perjalanan di kaunter imigresen. Dan bila menuju ke pintu keluar saya terkejut kerana Sean sedang menunggu saya. Dia kemudian membawa minuman jus, membantu membawa turun bagasi dari karousel dan sekali lagi menolak saya di atas kart hingga ke bahagian luar”.
Pertemuan mereka berakhir selepas kenderaan yang membawa pulang Sean tiba. Ady Sacol sempat memberikan cenderamata berupa sekeping mata wang Filpina. “Duit itu tidak membawa sebarang nilai tetapi mesej yang saya tulis untuknya lebih bererti dansangat berharga. Ia merupakan cenderamata saya untuk Sean sebagai peringatan kenangan singkat kami bersama”.
“I will always remember you for the rest of my Life” – Ady Sacol.
Ads
Sehingga kini posting tersebut di Facebook telah dikongsi lebih 2100 dan lebih 4500 likes. Pada awalnya Ady Sacol turut berkongsi foto Sean tetapi atas sebab privasi dan keselamatan dia telah memadamkannya.
Tahniah Remaja ucapkan buat Sean yang telah menjadi contoh dan tauladan yang baik. Pada usia 13 tahun, Sean telah menunjukkan sikap prihatin dan bersedia membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Semoga pembaca Remaja semua dapat mengambil pengajaran dan mencontohi Sean!
Perkongsian asal dari Ady Sacol;
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang meluahkan rasa syukur saat mahkamah memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri dalam kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 31 Julai lalu.
Dalam pada itu, Adik ketiga Zulfarhan, Zulfaiqah Lyana turut berkongsi di laman twitternya bagaimana ibunya dahulu pernah berat hati untuk melepaskan Allahyarham pergi belajar di situ.
“Korang tahu tak, arwah abang saya pernah bermasam muka dengan ibu saya sebab tidak diberi kebenaran untuk masuk UPNM tapi dia tetap berdegil.
“Tapi seperti yang korang lihat, kami hantar dia hidup, tapi kami dapat dah sejuk dan dibunuh dengan kejam,” tulisnya.
Susulan itu, perkongsian Lyana itu mendapat perhatian warga Twitter dan ramai diantara mereka yang memberikan kata-kata semangat buatnya.
Sebelum ini, Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan 18 penuntut UPNM untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemenangan Joko Widodo dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) setelah ia diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia semalam nampaknya tidak disambut gembira oleh sesetengah penyokong parti pencabar.
Buktinya sejak semalam, beberapa rusuhan telah tercetus di sekitar ibu kota Jakarta sehingga mengakibatkan 6 orang maut manakala 200 lagi cedera setakat jam 9 pagi tadi.
Setelah pihak hospital menjalankan bedah siasat terhadap 6 mangsa terbabit, malangnya kebanyakan daripada mereka merupakan penyokong calon presiden, Jeneral Probowo Subianto.
Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Indonesia iaitu Wiranto berkata dalang di sebalik rusuhan ini telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa. Lalu, mereka akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keamanan di Jakarta terjamin, walaupun tindakan terpaksa diambil ke atas perusuh remaja yang merupakan sebahagian besar daripada jumlah yang dikenal pasti.
“Mereka cuba untuk meniup api kebencian terhadap kerajaan. Pelik apabila penyokong Jeneral (Probowo) yang maut sedangkan aksi keganasan dilakukan oleh kelompok lain selain yang turun rusuhan. Mereka ini telah diupah terlebih dahulu,” kata beliau.
Dalam video rusuhan yang tersebar menerusi media sosial, ternyata ramai remaja di bawah umur yang turut terlibat sama. Walaupun ada yang tak layak untuk mengundi lagi, mereka turun padang juga bagi ‘meramaikan’ situasi.
“Kami prihatin soal perusuh yang di bawah usia ikut sama merusuh. Bukan saja mereka merisaukan kami dan pihak berkuasa, tetapi juga keluarga mereka yang sedang berada di rumah pada bulan Ramadan ini.”
Dalam pada itu, Kedutaan Besar Malaysia menyarankan agar rakyat Malaysia di Jakarta terutamanya di kalangan pelajar universiti agar mengikuti berita sahih menerusi laporan media tempatan dan tidak mempercayai bulat-bulat berita yang disampaikan melalui media sosial.
Mereka juga dinasihatkan untuk tidak melalui beberapa kawasan rusuhan dan perhimpunan besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerjaya guru amat dipandang mulia. Ilmu dicurahkan kepada anak murid amat dikenang hingga ke akhir hayat. Seperti kita tahu, peraturan penjarakan sosial di sekolah amat ketat termasuk murid-murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Memandangkan murid-murid perlu makan di dalam kelas, guru turut bertanggungjawab memantau anak-anak murid agar mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun gelagat seorang guru, Cikgu Farrah Norashikin Juhari yang mengajar Pendidikan Jasmani sebuah sekolah rendah di Jitra, Kedah amat menarik perhatian.
Gelagatnya yang dilihat seakan membebel dilihat cukup “merdu” pada pendengaran. Jelas suaranya menyebut kesianlah kat cikgu sama. Hang pa makan kenyang dah, cikgu baru nak makan. Cikgu sambil dok makan, sambil dok menjerit. Tang nu menjerit tang ni menjerit, lama-lama cikgu mati tercekik. Bagi cikgu makan sat. Amboi depa makan kenyang-kenyang, lepas tu dema nak bagi kita naik angin. Tak kesian ka tengok tak kesian ke. Terus nak makan tak lalu dah,”katanya dalam loghat Kedah yang agak pekat.
Dalam satu video dikongsi oleh Cikgu Farrah Norashikin di fbnya, video ini sudah disyer 9.9 k orang. Memang ramai terhibur tengok gelagatnya.
Haha, sesekali merdukan kalau dengar cikgu membebel. Apa pun memang cikgu superb. Cukup menghiburkan.
Korang tengoklah sendiri bagaimana cikgu nie membebel. Ala, rindunya alam persekolahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...