Pada 16 November lalu, rata-rata peminat perabot dari jenama Sweden, IKEA merasa teruja dengan perkhabaran gembira. Cawangan stor ketiga mereka di Tebrau, Johor baru saja dibuka kepada orang ramai dan ribuan pengunjung sanggup beratur seawal jam 7 pagi lagi untuk menjadi antara yang pertama dapat melihat suasana di IKEA Tebrau.
Pembukaan tersebut bertukar tular menjelang tengah hari apabila gambar pengunjung beratur dalam formasi zig-zag di bawah terik matahari dimuat naik di media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Dah dah la tu mengutuk orang Johor jakun sebab sanggup beratur panjang semalam masa pembukaan IKEA Tebrau di JB semalam.
Masa pembukaan IKEA Cheras pun macam tu jugak. Sama je jakunnya beratur panjang panjang, berebut ‘free gift’. pic.twitter.com/LBXsKpip1q
— Aidi ER (@aidi_ezzhar) November 17, 2017
Pada pendapat REMAJA, itu adalah sesuatu yang positif bukan? Biarlah orang nak kata pengunjung tersebut jakun dengan pembukaan IKEA atau mereka ni ‘hadap’ sangat untuk mendapat free gifts. Jakun-jakun pun, itu menandakan impak positif terhadap ekonomi negara.
Maknanya, masyarakat kita masih mampu berbelanja pada zaman ini.
Namun, imej yang menyinggah di media sosial sejak semalam mengenai IKEA Tebrau bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Yes, pengunjung masih ramai. Namun kita seakan mempertontonkan minda kelas ketiga masyarakat Malaysia apabila ruang pameran di gedung besar itu bertukar kecah dan bersepah.
Baru dua minggu tetapi keadaannya seperti sudah dua tahun ia dibuka. Like guys, that is not how you treat someone else’s home. Ini bukannya rumah korang.
Semua sudah sedia maklum bahawa IKEA mengenakan syarat-syarat ketat yang melarang pengunjung daripada duduk atau berbaring di kawasan pameran mereka.
Pengunjung boleh bergambar dan ia adalah perkara yang biasa kita lihat tetapi itu tidak memberikan tiket untuk korang berguling dan berbaring di atas katil. Atau untuk korang mencampakkan saja barang di tempat yang tidak sepatutnya.
REMAJA sendiri tidak dapat membayangkan pandangan pengunjung dari negara luar seperti Singapura yang dikhabarkan lebih gemar untuk ke IKEA Tebrau atas faktor mata wang. Malu sekejap bila fikir mentaliti masyarakat kita yang masih ditakuk lama.
Mudah saja untuk kita berubah. Sampah seharusnya dibuang di tong yang disediakan, bukannya diikat tepi dan digantung umpama di bazar Ramadan. (Bazar Ramadan pun lebih kemas)
Barang yang disusun di ruang pameran jangan pula korang pandai-pandai ubah posisinya. Penat diorang kena susun balik, itupun kalau tahu di mana lokasi asalnya.
Tahun baru dah nak tiba, harap-haraplah kita semua boleh mengubah sikap. Perbuatan lebih mencerminkan diri masing-masing berbanding perkataan, tau!