
Isi Kandungan
ToggleKehangatan Avengers: Endgame masih lagi menjadi bualan dunia kerana terbaru, Google Search telah menyelitkan ‘Easter Egg’ Thanos di dalam sistem carian mereka.
Spoiler pada yang belum menonton Infinity War, tapi kami dah tak peduli sebab dah sampai tahap ni confirm semua dah tonton Infinity War. Pada pengakhiran filem tersebut, Thanos menghilangkan 50 peratus populasi hidupan di alam semesta.
Dan kali ini, Thanos kembali melenyapkan separuh dari carian Google. Kalau korang nak tengok depan mata sendiri, boleh try tengok step-step yang kami kongsikan ini.
1. Pergi ke Google
2. Search Thanos
3. Klik simbol Infinity Gauntlet disebelah kanan
4. Enjoy!
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/04/whatsapp-video-2019-04-26-at-2.16.19-pm-26_11_240394.mp4?_=3Korang boleh lihat carian di Google tiba-tiba lenyap sejurus selepas klik simbol Infinity Gauntlet tersebut. Peminat Marvel mesti teruja kan? Power beb!
Kena ‘Palau’ Habis! Kamera Jauhi Kontinjen Israel, Pengulas Sukan Tempatan Pun Tidak Umumkan Ketibaan

Acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung awal pagi tadi telahpun menyaksikan ketibaan 206 buah negara dan pasukan dalam perarakan di sepanjang Sungai Seine dalam bot persiaran pelbagai jenis dan saiz; bergantung kepada saiz sesebuah kontinjen tersebut.
Sekiranya kontinjen Malaysia yang mendapat sokongan padu daripada rakyat di tanah air yang memuat naik hantaran di platform media sosial, lain pula ceritanya dengan kontinjen Israel yang dicemuh ramai pihak baik di lokasi pembukaan mahupun di siaran langsung acara terbabit.
Tular sewaktu siaran langsung di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila pengulas sukan yang bertugas mengemudi siaran langsung acara pembukaan enggan mengumumkan ketibaan Israel sekaligus tidak mengiktiraf kehadiran pasukan itu untuk temasya berkenaan.
Sebaik sahaja kamera menunjukkan ketibaan kontinjen seterusnya iaitu Itali, pengulas sukan berkenaan kembali menjalankan tugasnya bagi mengumumkan ketibaan para atlet dan pegawai seterusnya.
Bukan hanya pengulas tempatan yang bertindak ‘memalau’ Israel, malah kru produksi siaran langsung yang menyediakan visual kepada seluruh penduduk dunia juga dilihat mengalihkan kamera agar tidak merakam ketibaan kontinjen itu. Sebaliknya, kamera diteleng ke bahagian atas bagi menampakkan pemandangan kotaraya Paris.
Tindakan protes terhadap kontinjen Israel ini berkait rapat dengan sentimen orang ramai terhadap konflik yang tercetus antara Israel dan Palestin serta bagaimana Israel masih meneruskan kekejaman menerusi rejim ketenteraannya terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Dalam pada itu, kontinjen Malaysia segak dan anggun dalam busana rekaan Rizman Ruzaini yang direkan khas untuk acara pembukaan kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gaji Tukang Sapu Di Singapura Lumayan, Dedah Cecah RM7K Sebulan

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka kerjaya sebagai tukang sapu sampah di zaman sekarang ni mampu memberi gaji yang lumayan.
Gaji tinggi menjadi faktor utama anak muda di negara ini sanggup ulang-alik setiap hari untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura.
ARTIKEL BERKAITAN : “Siap Ludah & Buang Sampah” Hina Sangat Kerja Tukang Sapu Di Mata Budak Uni?
Menurut Sya Kirin Asari, 29, seorang bapa dari Ulu Tiram, dia memperoleh gaji RM6,000 hingga RM7,000 (SGD1,800 hingga SGD2,000) sebulan sejak dua tahun lalu.
Kerjaya Tukang Sapu Sampah Di Singapura Lumayan, Cecah RM7,000 Sebulan
Namun katanya, jadual waktu kerja di negara berkenaan agak padat iaitu selama 12 jam sehari bagi tempoh enam hari bekerja.

“Budaya kerja di Singapura terlalu berbeza, paling ketara soal komunikasi. Malah ada syarikat yang mengambil kesempatan terhadap pekerja asing dengan membayar gaji tidak ikut kadar ditetapkan kerajaan dan ada yang tidak membayar kerja lebih masa.
“Saya bekerja dengan pelbagai bangsa setiap hari dan ada kalanya berlaku salah faham dan kebanyakannya sentiasa mementingkan diri sendiri,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Akhbar ini pada 20 Mei lalu melaporkan pendedahan Persatuan Pengurusan Pembersihan Malaysia (MACM) mengenai situasi sektor pekerja pembersihan di negara ini yang tidak berjaya menarik minat golongan muda atas beberapa faktor terutama gaji rendah.
Dianggarkan penglibatan golongan tersebut yang berusia 40 tahun ke bawah tidak sampai satu peratus manakala yang berusia antara 41 hingga 49 tahun sekitar sembilan peratus.
Kerjaya Tukang Sapu Sampah Di Singapura Lumayan, Cecah RM7,000 Sebulan
Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura, Khairul Hafizi, 39, berkata, dia menerima RM6,000 (SGD1,800) sebulan untuk kerja tidak sampai lapan jam sehari.
Bapa kepada seorang anak itu berkata, kerja sebagai pekerja pembersihan di negara berkenaan memerlukan komitmen tinggi.
“Dah 13 tahun saya bekerja di Singapura dan selama itu jugalah saya berulang-alik dengan menaiki motosikal. Saya bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi.
“Berdasarkan pengalaman, masa kerja saya singkat tetapi menerima imbuhan gaji yang lumayan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Sinar Harian
Raih Emas Pertama Buat Thailand, Atlet Taekwondo Melutut Depan Ayahnya Sebaik Tiba Di Tanah Air

Atlet taekwondo Thailand, Panipak Wongpattanakit yang telah mencipta sejarah meraih pingat emas pertama untuk negaranya di Olimpik Tokyo telah pun pulang ke tanah air.
Selepas melalui protokol kawalan COVID-19, bintang Taekwondo itu disambut oleh ayahnya dan para penyokong di lapangan terbang Phuket bagi meraikan kejayaan dengan mengucapkan tahniah.
Namun begitu, apa yang lebih menyentuh hati apabila Panipak melutut dan menghadiahkan pingat emas yang telah dimenangi kepada ayahnya. Momen berharga itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh The Nation Thailand.
Atlet berusia 23 tahun ini juga turut mengalungkan pingat emas di leher ayahnya dan kita dapat melihat betapa bangganya seorang ayah apabila anaknya berjaya mengharumkan nama negara.
Sebak pula menonton video tersebut kan? Hiks!
Panipak juga dilihat memberi penghormatan kepada jurulatih, teman sepasikan dan presiden Taekwondo Association of Thailand.
Atlet remaja itu perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya 14 hari di Phuket sebelum dibenarkan melakukan perjalanan ke wilayah lain.
Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn menjelaskan Panipak dan pasukannnya diundang ke Phuket supaya mereka dapat mengelakkan kuarantin di bilik hotel.
Di bawah program sandbox, mereka yang mendapat vaksin sepenuhnya tiba di Phuket mesti tinggal di wilayah tersebut sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mereka dapat pergi ke wilayah lain.

Untuk rekod, Panipak pernah meraih emas dalam Kejohanan Dunia 2015, Sukan Asia Tenggara 2017 dan Sukan Asia 2018 selain merangkul pingat gangsa di Olimpik Rio 2016.
Tahniah Remaja ucapkan kepada negara jiran kita, Thailand atas kemenangan pingat emas yang diperoleh. Walaupun Malaysia belum ada rezeki mendapatkan pingat emas, namun melihat kejayaan Asia di pentas dunia juga merupakan satu kebanggaan untuk kita.
Sumber: (1)