Minggu lalu, selepas 17 hari terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Mai Thailand kesemua 13 remaja termasuk jurulatih mereka dikenali sebagai “Mu Pa” (Wild Boar) berjaya dikeluarkan di mana berita ini mendapat perhatian dunia kerana kaedah penyelamatan ini adalah pertama seumpamanya digunakan.
Kesihatan kesemua remaja ini dikatakan semakin bertambah baik selepas mendapat rawatan di hospital dan dalam tempoh terdekat, kesemuanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Operasi yang mendapat perhatian dunia ini turut mengorbankan seorang bekas penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thailand, mendiang Sarjan Saman Kunan, 38 tahun yang kemudian diberikan kenaikan pangkat Lt Komander secara anumerta oleh Raja Thailand Maha Vajiralongkorn pada Sabtu lalu.
Namun di sebalik kisah penuh dramatik, tragedi ini mulai diperkatakan kembali apabila tersebarnya gambar-gambar remaja ini dari dalam gua di mana jelas penampakan makhluk halus yang jelas kelihatan dalam foto-foto ketika remaja ini kali pertama ditemui selamat.
Kelihatan makhluk aneh dengan rambut panjang berjurai dengan sedikit warna kemerahan turut sama dalam gambar remaja ini. Begitu juga kelihatan ada yang merangkak dan dicelah-celah gua ketika gambar anggota tentera bergambar.
Teori ini mungkin berkait rapat dengan kehadiran ustaz-ustaz dari Pattani yang mengalunkan azan selain membaca ayat-ayat suci al-Quran sebelum kesemua remaja ini ditemui di atas batu.
Biar pun belum ada sebarang penjelasan dibuat cuma dihebohkan di media Thailand tetapi kisah mahkluk halus ini sememangnya wujud di dalam al-Quran menerusi surah at-Jin. Muara sungai, gua, puncak gunung dan hutan belantara adalah “rumah kediaman” bagi makhluk halus ini. Apa pun penampakan jelas hantu ini mulai tular dan menjadi sebutan di negara jiran.