Tular di media sosial perlakuan dua bapa saudara kepada murid yang digantung sekolah menyerang guru konon tidak berpuas hati dengan tindakan gantung sekolah yang dikenakan terhadap anak saudaranya.
Difahamkan, penjaga menyerang serta mengasari Guru Penolong Kanan Pentadbir (PKP) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung, Bachok di mana dalam berita ditularkan, pihak sekolah bertindak tanpa mengeluarkan sebarang amaran. Namun guru berkenaan telah menjelaskan bahawa surat gantung sekolah telah diserahkan melalui pelajar terbabit.
Ternyata kisah guru dan pelajar “tidak pernah habis”. Bila berlaku satu kejadian, media sosial menjadi medan melepaskan semua. Namun sebelum kita bertindak di luar kewarasan baca perkongsian dari peguam terkenal, Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Cinna & Co mengenai pendakwaan yang boleh dikenakan terhadap individu yang menceroboh dan menyerang yang mana kalau di penjara tidak lebih 6 bulan dan denda RM3000 atau kedua-duanya sekali.
Malah kalau ada dua pendakwaan iaitu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2000 atau kedua-duanya sekali.
Jadi berbaloi ke tidak? Fikirlah dengan baik ya!
Baca perkongsian ditulis oleh peguam terkenal ini.
Ads
Tolonglah hormati guru-guru. Mereka adalah tiang dalam sesuatu masyarakat.
Bayangkan kalau mereka ini mogok beramai-ramai. Tidak mahu datang ke sekolah mengajar dek kerana tidak berpuas hati dengan layanan terhadap mereka. Dimarah, diserang ibu bapa, dimaki anak murid, dipersalahkan, diviralkan. Bayangkan kalau mereka tidak mahu lagi turun mengajar?
Mereka perlu hadap pelbagai rintangan. Dari anak murid, dari ibu bapa dan daripada kerajaan pemerintah yang dari semasa ke semasa menukar pelbagai sistem atau kaedah pengajaran.
Pun begitu. Mereka masih tabah. Terus ke sekolah saban hari menghadap kerenah anak-anak kita, menghadap kata-kata marah dan komen kita, mengejar kaedah dan sistem pengajaran yang bertukar ganti mengikut arahan kerajaan pemerintah.
Ads
Mereka manusia biasa, ada keluarga dan ada kehidupan. Sama macam kehidupan kita. Mereka juga tahu rasa penat dan kecewa. Mereka juga ada anak-anak sendiri untuk dididik dan dilayan seperti anak-anak kita.
Jadi kepada yang kaki serang, kaki maki, kaki viral insan hebat ini. Tolong, tolong fikir dahulu sebelum bertindak. Jangan sesedap hati.
Bagi kesalahan serangan diperkarangan sekolah terhadap guru berdasarkan video yang sedang tular. Pelaku berkemungkinan boleh didakwa atau disiasat dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan jenayah.
Pencerobohan jenayah berdasarkan Seksyen ini berlaku apabila seseorang memasuki kawasan yang bukan miliknya dengan niat untuk menakut-nakutkan atau memalukan. Kesalahan ini boleh dihukum dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum 6 bulan atau denda tidak melebihi RM3000 atau kedua-duanya sekali.
Ads
Selain itu penyerang boleh didakwa dan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu serangan dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2000 atau kedua-duanya sekali.
Saya berharap pihak polis dan pendakwaan dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya supaya kejadian ini tidak berulang. Langsung tidak hormat tenaga pengajar.
Dikongsikan oleh Nor Zabetha.
Jom belajar undang-undang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik untuk orang bujang yang menetap di sekitar Kuala Lumpur. Korang yang berpendapatan rendah bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim ‘micro-housing’ mulai tahun ini.
Wah, besti gila kan? Betul-betul jimat.
Berita ini telah disahkan oleh Malaysiakini dan ia merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran untuk mencari bilik sewa.
Bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu lelaki dan perempuan bujang yang berkonsepkan ala-ala hotel kapsul. Sebanyak 120 buah bilik dijangka dapat memenuhi keperluan golongan tersebut.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, dua blok bangunan tersebut boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100.
Walau bagaimanapun, penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak dan jika mereka ingin berkahwin atau sudah membeli rumah juga akan diarahkan supaya berpindah.
Kalau memang sewa yang dikenakan hanya RM100 sebulan, rasanya ia sudah memadai untuk meringankan sedikit beban kita. Betul tak?
Projek ‘micro-housing’ ini dijangka siap dalam pertengahan tahun dan akan membuka permohonan secara online menerusi iklan DBKL.
Reaksi netizen
Ramai masyarakat Malaysia yang menyambut baik tentang berita ini dan rata-rata daripada mereka meluahkan rasa senang dan ada juga sedikit kebimbangan dengan masalah-masalah yang mungkin dihadapi kelak.
Jom kita lihat apa kata netizen berkaitan tentang isu ini.
Ramai yang bimbang jika rumah tersebut bakal disewakan kepada pendatang asing.
Tak kurang juga pujian yang diberikan kepada pihak DBKL atas program dan usaha yang dijalan ini.
Apa lagi gaiss, yang bekerja di sekitar KL tu boleh la try!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini telah tular di laman media sosial tentang seorang pengguna Twitter yang mempromosikan seorang pakcik OKU di Shoppee yang menjual pewangi kereta dan rumah. Dia menceritakan pada beberapa hari yang lepas bahawa dia telah memasuki “live” pakcik tersebut yang dikenali sebagai Foo Chia Kiat, dan dia mendapati pakcik tersebut ialah seorang OKU yang sedang menjual pewangi kereta dan rumah tetapi hanya ada 7 viewers saja yang memasuki live pakcik tersebut. Atas dasar kasihan dan simpati, pengguna Twitter ini telah menulis sebuah thread di Twitter beliau dan ingin turut membantu mempromosikan barangan jualan beliau.
“FASIH SANGAT BM DIA..SUPPORT LA GAIS, MESTI DIA SERONOK KALAU RAMAI BELi”
Setelah thread wanita ini viral dengan sebanyak 46,600 retweet, pakcik ini telah menerima banyak pesanan melalui aplikasi Shopee nya dan ianya membuatkan beliau terkejut kerana ramai yang membeli pewangi tersebut dengan secara banyak. Jualannya juga melonjak naik dengan tinggi sebanyak 5 angka dalam sehari. Diakibatkan permintaan orang ramai, pakcik Foo terpaksa berhenti seketika untuk mengambil pesanan buat sementara waktu, mungkin kerana ingin menambah lagi stok pewangi tersebut.
Pakcik Foo berasa sangat terharu dengan sokongan yang beliau terima daripada para netizen yang sangat baik hati dan pemurah.. Baik juga kan netizen ni, banyak sangat yang menyokong dan juga memberi semangat kepada pakcik Foo ni agar dia lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu capaian internet yang masih lemah di negeri Malaysia Timur seperti Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bukan lagi satu berita baharu. Biarpun negara telah memasuki tahun 2022, masih ramai penduduk di sana terutamanya para pelajar yang bergantung harap kepada perhubungan internet yang terpaksa akur perlu bersusah-payah demi mencapainya.
Jika dahulu sekitar tahun 2020; kisah mahasiswi Sabah, Veveona Mubin telah mendapat perhatian umum setelah terpaksa memanjat pokok dengan mendapat capaian internet, kini kisah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Sarawak dengan isu yang sama pula berjaya menerima perhatian menteri.
Media melaporkan Frank Steward Panting Sa dari Pakan, Sarawak terpaksa mendaki Bukit Kelingkang selama dua jam sebelum akhirnya berjaya mendapatkan kelajuan internet memadai bagi menghadiri temu duga bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak secara atas talian.
Frank dilaporkan menetap di penempatan rumah panjang Rumah Suing di Teberu, Ulu Kemalih. Kawasan tersebut telah dilengkapi kemudahan WiFi Sarawak Linking Urbang, Rural & Nation (Saluran). Bagaimanapun, masalah kelajuan internet tetap berlaku.
Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Twitter setelah laporan tersebut tular, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk berhubung dengan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN) bagi menangani masalah tersebut.
Catat beliau, “Saya amat bersimpati dengan apa yang dia harus lalui namun kagum dengan ketabahannya. Rangkaian internet tersebut adalah di bawah seliaan SRBN.”
Saya amat bersimpati dengan apa yang beliau harus lalui, namun kagum dengan ketabahan beliau. Rangkaian internet tersebut adalah di bawah seliaan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN). Saya telah mengarahkan MCMC untuk berhubung dengan SRBN supaya masalah ini dapat ditangani. https://t.co/GtyxFZRfDV
Terdahulu, video kiriman abang Frank, Mario Sa menerusi Facebook menjadi tular.
Ia memaparkan adiknya sedang duduk bersila di atas tikar bemban dekat sebuah pondok yang dibina oleh ayah mereka, Sa Ujom demi menghadiri temuduga.
Frank yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru satu hari nanti sanggup merantau jauh sehingga kakinya digigit pacat demi menghadiri temu duga itu.
REMAJA berharap temu duga Frank ini berakhir dengan kejayaan apabila dia dijangka menerima keputusannya dalam tempoh dua minggu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...