Semalam, REMAJA telah melaporkan berita mengejutkan mengenai penahanan seorang artis berusia 21 tahun di stesen minyak di Ampang.
Penahanan oleh pihak polis itu adalah setelah dia didakwa menyerang pekerja kaunter di sebuah stesen minyak dan enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis ketika diminta menyerahkan kad pengenalan.
Hari ini, saksi di lokasi kejadian iaitu Fareez Fauzi telah ‘membuka kisah sebenar’ yang berlaku hingga menyebabkan rakannya itu membuat tindakan melulu.
Fareez yang juga merupakan anak teruna kepada pelakon, Fauzi Nawawi berkata, rakannya yang ditahan oleh polis itu sedang berada dalam keadaan tertekan dan murung.
Fareez Fauzi sewaktu penggambaran bersama Majalah Remaja untuk edisi Mei 2017. Bersamanya ialah adik, Hanna Faresha.
“Dia pernah ceritakan kemurungan yang dilalui kerana selalu kena kecam dengan netizen. Katanya, orang tak boleh faham dia sehinggakan dia boleh tulis lirik pada tangan.
“Pada masa yang sama, dia berkata ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus untuk mencari duit,” kongsi Fareez kepada rakan media di Harian Metro.
Ads
“Dalam perjalanan, saya singgah untuk isi minyak. Dia pula masuk ke dalam kedai sebab katanya nak beli pen dan air. Selepas setengah jam menunggu di dalam kereta, saya rasa lain macam kerana dia masih belum keluar dari kedai.
“Jadi, saya alihkan kereta ke depan kaunter bayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter.
“Tak lama selepas itu, dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Tentulah saya terkejut dan ingatkan dia sedang bergurau.
Foto: Remy Othman
“Sudah hampir sebulan kami tak berjumpa, saya lihat dia sangat pelik kelmarin. Asyik nak marah. Kami berjumpa pun disebabkan dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak,” katanya lagi.
Tak lama selepas itu, kereta polis tiba di stesen minyak. Suspek tak dapat ditenangkan dan terus dibawa ke balai untuk direman dan membantu siasatan.
Ads
Aduh…
Walaupun dalam keadaan tertekan sekalipun, itu tak memberi ‘lesen’ kepada sesiapa untuk bertindak di luar kawalan.
Penyanyi berusia 21 tahun itu dilaporkan akan dibawa ke mahkamah hari ini.
Sumber: HARIAN METRO
Ads
*
Hey Girls, We’re Back!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang mengharapkan kesudahan berita gembira tentang kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau mesra disapa Acap selamat dijumpai segera. Memasuki hari ke 9 pencariannya, sehingga berita ini ditulis, kehilangan Acap banyak dikaitkan dengan alam misteri khususnya alam bunian.
Apa sebenarnya dunia bunian? Kenapa dalam setiap kehilangan di dalam hutan, di saat operasi mencari sudah dilakukan tetapi tidak ditemui dan akhirnya kehilangan sebegini dikaitkan dengan alam bunian. Kenapa misteri sebegini timbul?
REMAJA menemuramah seorang individu yang biasa memasuki alam ghaib. Menurutnya yang enggan nama dikenali, jelasnya bunian terdiri dari bangsa jin yang memang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia biasa kecuali dengan bacaan dan surah-surah tertentu bagi membolehkan individu memasuki perkampungan jin-jin ini.
Nama BUNIAN ini tercipta bersandarkan cakap-cakap orang Melayu lama yang menyebutnya dan jika pergi ke negara-negara lain, istilah bunian ini mungkin tidak pernah didengari mereka (setiap negara berbeza nama panggilan).
Kehilangan Acap sehingga kini kekal misteri sekalipun sudah memasuki hari ke 9. Doakan anak muda ini ditemui segera.
Di mana tempat tinggal jin @bunian ini?
Jika manusia memilih lokasi-lokasi dekat dengan kemudahan awam, biasanya bangsa jin ini lebih gemar menetap di dalam hutan yang jauh dari perkampungan manusia.
Lagi jauh ke dalam hutan, adalah lebih sesuai kerana mereka boleh bercucuk tanam, menternak, memburu dan sebagainya. Tentu kita pernah mendengar kisah yang diceritakan di mana pemburu menemui ayam hutan yang banyak di dalam hutan dan bila ayam itu ditembak, ia dibalas dengan nyawa orang yang terdekat seperti anak. Ini kerana kita menceroboh hak bunian-bunian ini dan mengambil tanpa izin mereka.
Ada juga jin-jin ini mendiami kawasan muara sungai dan juga laut. Mereka juga tinggal di gunung ganang selain di dalam laut besar seperti Selat Melaka, Lautan Pasific dan sebagainya.
Rumpun buluh berbentuk atap ini dipercayai pintu masuk ke alam ghaib. Satu nasihat, andai bertemu begini dan sekelilingnya juga bersih dari sampah sarap, ini adalah pintu masuk ke alam mereka. Gambar dari fb abang Acap, Danny Lang
Bagaimana bentuk fizikal orang bunian?
Sama ke macam manusia? Memandangkan bunian wujud dekat dengan kediaman manusia, namun bila menyentuh aspek fizikal jin, ia sama sekali berbeza dengan manusia normal. Jin-jin ini biasanya berkepak, tidak sama dengan manusia. Jika alam manusia ada yang tinggi, rendah, gemuk atau kurus namun di alam bunian, golongan jin ini biasanya ketinggian mereka adalah sama, baik lelaki mahu pun perempuannya.
Fizikal bunian ini biasanya berjubah putih, sama tinggi dan berkabus. Gambar hiasan
Bayangan tubuh mereka umpama kabus putih, tidak berfizikal seperti manusia.
Namun amat mudah untuk manusia mengenal pasti individu asing yang ditemui di hutan-hutan sama ada mereka itu bunian atau manusia. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membaca surah An-Nas sebanyak tiga kali dalam keadaan ketika hujan panas turun.
“Selepas selesai baca, rapatkan kepala ke celah kelangkang dan jika individu yang berjalan itu kakinya seolah tidak cecah ke tanah, itulah golongan jin ini jika kita menjumpainya sekitar tengahari,”katanya lagi.
Golongan lelaki biasanya menjadi pilihan golongan jin. Gambar dari fb.
Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?
Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.
“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.
Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.
Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?
Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.
“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.
“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.
Gunung ganang biasanya menjadi tempat tinggal golongan jin
Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?
Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!
Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.
Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.
Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini sidang media rasmi berkenaan situasi semasa COVID-19 negara akan dijelaskan oleh salah seorang menteri mahupun ketua kesihatan.
Hari ini dalam sejarah apabila satu sidang media khas bersama Menteri Kanak Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dijadualkan bakal berlangsung pada pukul 5 petang ini.
Saksikan sidang media bersama Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob & Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pukul 5 petang Selasa (11 Mei) di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & YouTube Bernama TV. pic.twitter.com/jcK3hHjj2D
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah sidang media yang mempunyai dua jurucakap berkaitan kesihatan dan tidak berkaitan mengadakan sidang media bersama.
Semalam, kes positif Covid-19 dicatatkan di negara kita mencecah ke angka 3,807. Jumlah tersebut bertambah sebanyak 74 kes baharu berbanding sehari sebelumnya yang mencatat angka 3,733.
Mesti hal penting hendak disampaikan petang ini sampai kedua orang penting ni turun padang sekali.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Definisi lelaki seksi bukan saja ditentukan daripada bentuk fizikal tubuh mereka, tetapi sebaliknya ia juga diambil kira mengikut keperbadian, bakat dan intelek yang menjadikan seseorang lelaki itu dilihat seksi.
Kalau sebelum ini Gazette Review telah menyenaraikan antara 10 Lelaki Paling Kacak di dunia, starmometer.com juga turut mengeluarkan ranking 100 Lelaki Paling Seksi di dunia dan apa yang lebih menarik bila Fattah Amin menjadi satu-satunya selebriti Malaysia yang tersenarai dalam kategori tersebut.
Sebanyak 7 juta undian telah diterima di seluruh dunia, Fattah Amin menduduki tangga ke 76 sekaligus mengalahkan salah seorang anggota kumpulan One Direction, Niall Horan yang hanya berada di kedudukan ke 81.
Tahniah kami ucapkan kepada Hero Remaja 2011/2012 ini. No wonderlah abam Fattah jadi juara kan sebab dari dulu lagi kami dah nampak yang Fattah ni memang sexayyy.. Ehh, gurau je la. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden menyayat hati sekali lagi menggemparkan negara apabila sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam satu kemalangan ngeri awal pagi ini.
Kemalangan tersebut berlaku...