“Serang Pekerja Stesen Minyak Kerana Tertekan” Fareez Fauzi Buka Cerita Kes Artis 21 Tahun

Share

 

Semalam, REMAJA telah melaporkan berita mengejutkan mengenai penahanan seorang artis berusia 21 tahun di stesen minyak di Ampang.

 

Penahanan oleh pihak polis itu adalah setelah dia didakwa menyerang pekerja kaunter di sebuah stesen minyak dan enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis ketika diminta menyerahkan kad pengenalan.

BACA: Artis 21 Tahun Tumbuk Pekerja Stesen Minyak, Spekulasi Bermula..

Hari ini, saksi di lokasi kejadian iaitu Fareez Fauzi telah ‘membuka kisah sebenar’ yang berlaku hingga menyebabkan rakannya itu membuat tindakan melulu.

Fareez yang juga merupakan anak teruna kepada pelakon, Fauzi Nawawi berkata, rakannya yang ditahan oleh polis itu sedang berada dalam keadaan tertekan dan murung.

Fareez Fauzi sewaktu penggambaran bersama Majalah Remaja untuk edisi Mei 2017. Bersamanya ialah adik, Hanna Faresha.

“Dia pernah ceritakan kemurungan yang dilalui kerana selalu kena kecam dengan netizen. Katanya, orang tak boleh faham dia sehinggakan dia boleh tulis lirik pada tangan.

“Pada masa yang sama, dia berkata ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus untuk mencari duit,” kongsi Fareez kepada rakan media di Harian Metro.

“Dalam perjalanan, saya singgah untuk isi minyak. Dia pula masuk ke dalam kedai sebab katanya nak beli pen dan air. Selepas setengah jam menunggu di dalam kereta, saya rasa lain macam kerana dia masih belum keluar dari kedai.

“Jadi, saya alihkan kereta ke depan kaunter bayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter.

“Tak lama selepas itu, dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Tentulah saya terkejut dan ingatkan dia sedang bergurau.

Foto: Remy Othman

“Sudah hampir sebulan kami tak berjumpa, saya lihat dia sangat pelik kelmarin. Asyik nak marah. Kami berjumpa pun disebabkan dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak,” katanya lagi.

Tak lama selepas itu, kereta polis tiba di stesen minyak. Suspek tak dapat ditenangkan dan terus dibawa ke balai untuk direman dan membantu siasatan.

Aduh…

Walaupun dalam keadaan tertekan sekalipun, itu tak memberi ‘lesen’ kepada sesiapa untuk bertindak di luar kawalan.

Penyanyi berusia 21 tahun itu dilaporkan akan dibawa ke mahkamah hari ini.

Sumber: HARIAN METRO

 

*

 

Hey Girls, We’re Back!

 

 

Published by
FZ