Penyakit jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah jangan pelik sekiranya penyakit ini menyerang golongan yang lebih muda.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian Ashraf Sinclair yang didakwa mengalami serangan jantung. Baru berusia 40 tahun, ramai yang tidak menyangka bahawa Ashraf yang sebelum ini pernah menempa nama di Indonesia sebagai seorang pelakon meninggal dunia gara-gara sakit jantung.

Serangan Jantung Bukan Hanya Penyakit Orang Tua, Ini Punca Yang Korang Kena Ambil Tahu
Takziah Remaja ucapkan kepada keluarga Ashraf Sinclair

Memang ajal maut di tangan Tuhan, tapi tidak salah sekiranya kita mengambil tahu dan lebih prihatin terhadap kesihatan tubuh badan sendiri.

Antara tanda-tanda serangan jantung yang korang perlu tahu adalah seperti berikut:

Ads

• Sakit di tengah dada, menyucuk, rasa berat seperti dihempap batu, sakit merebak ke bahu dan kiri hingga rasa kebas
• Berdebar-debar
• Loya dan muntah
• Berpeluh-peluh
• Rasa nak pitam

Serangan Jantung Bukan Hanya Penyakit Orang Tua, Ini Punca Yang Korang Kena Ambil Tahu
Gambar hiasan

Siapa golongan berisiko mendapat penyakit jantung?

Menurut Sinar Harian, Pakar Jantung Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Rusani memberitahu, fakta perubatan menunjukkan bahawa lelaki lebih ramai yang mendapat penyakit jantung. Faktor ini adalah disebabkan oleh penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dalam tubuh, faktor usia, merokok, obesiti dan kurang bersenam, serta sejarah keluarga.

Tip elak serangan jantung

Jadi apa yang korang perlu buat, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr Effarezan Abdul Rahman memberikan beberapa tip yang boleh dilakukan bagi mengelak daripada serangan jantung.

Ads
Serangan Jantung Bukan Hanya Penyakit Orang Tua, Ini Punca Yang Korang Kena Ambil Tahu
Gambar hiasan

1. Makan secara sihat. Pelbagaikan pemilihan makanan dan sukatan yang betul. Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan, suku pinggan diisi protein yang kurang lemak dan suku terakhir dengan karbohidrat.

2. Sentiasa aktif, bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Ads

3. Tidak merokok atau vape, ia boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser.

4. Menangani stress, kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.

Diharap selepas ini sama-samalah kita mengambil berat tentang tahap kesihatan diri masing-masing. Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui kondusi tubuh badan korang.

Sumber: Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI