Serangan Jantung Tanpa Sakit Dada, Simptom Berbeza Pada Wanita Kena Tahu

Share

Serangan jantung. Mendengarnya sahaja ramai sudah tahu apa kesudahannya jika tidak menerima rawatan awal. Serangan jantung terjadi apabila pengedaran darah dan oksigen ke jantung berkurangan, otot-otot jantung akan mulai melemah dan akan berhenti bekerja kerana kekurangan oksigen. Jika aliran darah tidak segera memasuki kawasan tersebut, akibatnya maut menanti.

Masa yang sama, kita sering diberitakan serangan jantung berlaku mesti dimulai dengan rsa sakit dada tetapi sebenarnya pendapat itu kurang tepat. Untuk pengetahuan semua, simptom yang dilalui adalah berbeza mengikut jantina.

Selalunya kita dengar, orang yang sakit jantung ini akan mengalami simptom seperti sakit dada tapi korang tahu tak sebenarnya tidak semua mengalaminya. Menurut laporan Hellodoktor 

tanda yang dirasai lelaki dan wanita adalah berbeza.

Sebagai contoh, kaum Hawa mungkin akan alami simptom seperti:

  • Sakit leher, rahang, belakang badan atau perut.
  • Sesak nafas.
  • Sakit di kedua-dua bahagian lengan.
  • Loya dan muntah-muntah.
  • Pening kepala dan rasa hendak pitam.
  • Rasa penat yang amat sangat.
  • Sembelit.
  • Jika anda perasan, simptom di atas merupakan antara tanda sakit biasa dan jarang dianggap sebagai sakit jantung.

Malah, wanita juga mengalami lebih banyak simptom ketika berehat berbanding lelaki. Selain itu, tekanan emosi juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memicu sakit jantung dalam kalangan wanita.

Lewat Terima Lawatan

Disebabkan wanita sukar mengenal pasti tanda-tanda sakit jantung, mereka selalunya tiba lewat untuk rawatan.

Oleh sebab itu, kebanyakan mereka telahpun mengalami kerosakan pada jantung masing-masing apabila tiba di hospital.

Malah, disebabkan perbezaan simptom ini, sakit jantung dalam kalangan wanita tidak dapat didiagnosis dengan baik seperti di dalam kalangan lelaki.

3 tanda senyap sakit jantung pada wanita
Sebagai panduan, kami akan kongsikan 3 tanda senyap serangan jantung yang dialami wanita:

1. Rasa letih yang luar biasa
Kebanyakan wanita mempunyai kariernya yang tersendiri. Malah, dalam masa yang sama, mereka juga sibuk menguruskan rumah dan menjaga anak.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika wanita sering rasa letih disebabkan hari mereka yang sibuk.

Walau bagaimanapun, menurut Dr. Leslie Cho dari Cleaveland Clinic, rasa letih yang luar biasa merupakan salah satu tanda sakit jantung.

2.Berpeluh-peluh dan sesak nafas tanda sakit jantung
Apabila wanita jadi semakin berusia, kurangnya senaman dan penambahan berat badan menyebabkan isu seperti sesak nafas.Selain itu, wanita yang sedang melalui menopaus pula sering mendapati diri mereka berpeluh-peluh tanpa sebab.

Oleh sebab itu, dua simptom ini sering diendahkan oleh kaum Hawa.

3. Sakit leher, rahang, belakang badan
Sakit pada bahagian leher, rahang dan belakang badan mungkin merupakan tanda sakit jantung, lebih-lebih lagi jika asal usulnya sukar untuk dikenal pasti. Sebagai contoh, anda rasa sakit belakang, namun sukar untuk menentukan lokasi atau kawasan yang sedang sakit.

Untuk pengetahuan semua, tidak ada yang serta merta kerana enam bulan sebelum seseorang itu diserang penyakit jantung, tubuh sudah mulai memberikan tanda-tanda.

Jangan sesekali abaikan jika anda mengesyaki diri anda mempunyai sakit jantung. Jaga diri anda dan telefon 999 jika berlakunya sebarang kecemasan.

sumber: Hellodoktor

 

Published by
Nana