Seorang lelaki yang ditahan dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Oslo, Norway dipercayai menjadikan serangan di Christchurch, New Zealand sebagai insipirasi.
Suspek berusia 21 tahun, Philip Manshaus kini ditahan di bawah tuduhan membunuh dan keganasan.
Difahamkan, Philip tiba di masjid Al-Noor di Baerum bersama sebuah kamera GoPro di helmet sebelum memasuki pekarangan masjid.
Cubaannya bagaimanapun gagal apabila salah seorang ahli masjid, Imran Mushtaq dikatakan bergelut dengannya namun beberapa das tembakan sempat dilepaskan menyebabkan Imran tercedera di bahagian lengan namun serangan tersebut berjaya dihentikan.
Semasa kejadian, difahamkan lebih 12 orang berada di dalam masjid itu 10 minit sebelum serangan tersebut berlaku namun ketika kejadian hanya 3 orang tua sahaja yang tinggal di dalam masjid.
Mayat Adik Tiri Ditemui
Pihak polis kemudiannya ke rumah suspek dan menemui mayat seorang wanita dipercayai adik tirinya yang berusia 17 tahun dikenali sebagai Johanne Zhanjia Ihle-Hansen.
Superintendan, Rune Skjold berkata kepada wartawan bahawa suspek dilihat memuja ‘tokoh’ seperti Vidkun Quisling, pemimpin Norway di bawah pendudukan Nazi semasa perang dunia kedua.
Sumber: CNN
Rahsia Surah-Surah Ini Di ALAM GHAIB & Kenapa Jin TAKUT Saat Mendengarnya
Bagi peminat filem seram Munafik, tentu korang perasan satu ayat ini dibaca oleh Syamsul Yusof yang ketika itu sedang “berlawan” dengan jin peliharaan Pak Osman lakonan Razif Salimin yang dikatakan bersekongkol dengan syaitan demi mencari kekayaan duniawi.
Saat Syamsul menyebut “Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah (membawa maksud tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata), terus Pak Osman disambar petir.
Di sebalik kisah-kisah seram yang selalu kita ikuti, mana-mana individu yang pernah bertemu pontianak, langsuir, pocong, hantu kubur, penanggal dan lain-lain jenis makhluk halus, kita sering diajar agar dibacakan ayat Qursi bagi menghalau jin berkenaan dari mengganggu diri kita.
Kalau boleh bacakan juga 3 kul iaitu mewakili Surah Al Ikhlas, surat al Falaq dan surah an Naas selain ibu al-Quran itu Surah Al-Fatihah.
Apa rahsia di sebalik semua surah-surah ini dan apa fungsinya di alam ghaib?
REMAJA menemuramah seorang pengamal perubatan yang enggan dikenali dan sudah lebih 20 tahun terlibat dalam dunia ghaib malah sering keluar masuk ke alam bunian.
Katanya, dunia manusia dan alam ghaib amat berbeza waktunya.
“Siang bagi manusia tetapi di alam ghaib adalah malam. Namun pertukaran dari senja membawa ke malam adalah waktu permulaan hari bagi alam ghaib. Sebab itulah kita tidak digalakkan keluar di waktu senja kerana ketika ini banyak makhluk halus mulai keluar,” katanya memulakan bicara.
Malah manusia-manusia yang terserempak dengan makhluk halus ini juga bukanlah bernasib malang atau mahu diuji kekuatannya.
“Biasanya bila terserempak, ia adalah tanpa sengaja. Misalnya orang yang suka keluar waktu Maghrib. Ada juga yang memang dituju dan biasanya merujuk kepada ilmu sihir. Dan satu lagi biasanya golongan yang suka bercakap besar @ angkuh, seolah-olah mencabar kewujudan makhluk halus ini (biasanya dalam hutan, tempat sunyi dan sebagainya)
Jelasnya lagi, sama seperti manusia diciptakan dari keturunan Nabi Adam, jin juga dijadikan Allah namun taraf manusia itu lebih mulia kerana manusia adalah khalifah.
“Di alam ghaib, ada jin Islam dan kafir. Biasanya yang selalu mengacau manusia ini ialah jin-jin kafir. Satu kejadian manusia bersamaan 9 kejadian jin. Jadi jumlah-jumlah jin ini sangat banyak. Mereka hidup berkelompok, ada negara, pemerintah, panglima dan golongan bawahan.
Kenapa kita jadi takut saat berhadapan dengan makhluk halus? Ini kerana syaitan memang telah berjanji untuk terus menyesatkan manusia sehingga ke akhir zaman dan janjinya memang tidak pernah terlepas.
Apa harus dibaca jika bertemu makhluk-makhluk halus ini seperti pontianak. Langsuir, penanggal dan lain-lain?
Lari? Sama sekali tidak. Menurutnya, al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu adalah sebuah kalam Allah yang harus dibaca, faham dan diamalkan.
“Sebab itulah setiap ayat-ayat al-Quran ini mengandungi rahsia yang harus diamalkan tanpa ragu,’ katanya lagi.
Apa ayat nak baca kalau terjumpa makhluk halus dan apa fungsi ayat-ayat ini bila dibaca? Dalam erti lain katanya, apa jadi pada jin syaitan ini saat kita membacanya!
Kalau korang terjumpa atau terserempak, sebelum gigil terlebih, pekiklah perkataan ALLAHU AKBAR berulang-ulang kali kerana hantu syaitan sangat takut mendengar perkataan ini.
Maksud Allah Maha Besar ini kalau dibaca berulang kali, umpama bola api kecil yang memanah syaitan-syaitan ini. Ayat ini mampu mencederakan syaitan dan dia akan lepaskan korang sebab tubuhnya mula tercedera.
Tambah pengamal perubatan ini lagi, kalau sempat azan, azanlah berulang kali. Nahu sebutan Arab ini mesti tepat dan jangan tersilap saat mengalunnya kerana maksud itu boleh lari. Laungan azan ini di alam ghaib membawa makna bola api dan panah berapi yang bertalu-talu menuju ke tubuhnya.
Jelasnya lagi, SURAH AL-FATIHAH pula berfungsi seperti kita menembak menggunakan pistol. Terus dan direct dan pasti mati.
“Ayat QURSI pula membawa makna seperti PANAH BERAPI yang bertalu-talu.
“Sementara SURAH AN-NAAS pula kalau dibacakan umpama BEBOLA API & BOM TANGAN. Jika kita baca ini bertalu-talu, syaitan tidak boleh bangun.
“Bagi SURAH 3 KUL iaitu Al IKHLAS, AL-FALAQ dan AN NAAS kalau dibaca tanpa putus, ia umpama mengikat syaitan di dalam pasir jerlus. Namun syarat untuk membaca surah pendek ini ialah ibu jari kaki mesti ditekankan ke bumi dan kita berniat mengikat syaitan-syaitan ini. Jika ketiga-tiga surah ini dibacakan serentak, syaitan akan terpasung di dalam tanah.
“Akhir sekali, kalau terserempak juga, kita boleh baca ayat kulhuallahu ahad sehingga habis dan surah ini umpama sebiji batu besar yang akan menghimpit tubuh syaitan-syaitan ini.
Jelasnya yang amat merendah diri, semua ilmu-ilmu diperolehnya ini adalah hak milik Allah dan ia hanya setitis air di lautan dalam.
“Saya sekadar berkongsi kerana manusia itu lebih tinggi darjatnya dan kita tidak perlu takut dengan makhluk halus yang selama ini menjadi igauan ngeri dan rasa takut keterlaluan pada manusia saat bertemu hantu syaitan ini,” katanya lagi.
Jung Joon Young Mengaku Bersalah Atas Semua Dakwaan Seksual Terhadapnya
Pelakon dan penyanyi, Jung Joon Young, ditahan pihak polis berkaitan isu rakaman video seksual secara haram.
Jung Young yang tiba di Seoul Central District Court pada 21 Mac 9.30 pagi semalam, telah disiasat untuk memastikan kesahihan waran tangkap yang dipohon oleh pihak polis.
Waran tangkap dikeluarkan setelah Joon Young hadir ke mahkamah untuk mendengar kesnya dimana kemudiannya dia meminta maaf kepada para mangsa diatas kesalahannya itu. Dia merupakan artis pertama yang ditanggap sepanjang kes Burning Sun berlaku.
“Saya minta maaf, saya mengaku bersalah di atas semua kesalahan itu.
“Saya tidak akan melawan kesemua tuduhan itu dan akan menerima semua keputusan mahkamah.
“Saya minta maaf kepada semua mangsa,” katanya.
Tahniah! BTS, Kang Daniel & Kim Tae Ri Antara Selebriti Tersenarai Dalam Forbes Korea’s 2030 Power Leaders
Pengaruh yang dibawa oleh selebriti Korea sama ada pelakon atau K-pop idols memang tidak dapat dinafikan lagi. Sering dianggap duta tidak rasmi negara mereka ke persada dunia, kejayaan mereka dalam segenap bidang membuatkan nama Korea Selatan menjadi sebutan global.
Terbaru, Forbes, majalah global terkenal telah memilih seramai 30 individu berusia dari 20 hingga 39 tahun yang dianggap sebagai bintang terkemuka dalam bidang masing-masing. Antara bidang atau kategori yang tersenarai ialah Arts & Classics, Fashion & Beauty, IT & Tech, Bio & Healthcare, Finance & Venture Capital dan Entertainment.
Dan seperti biasa kategori Entertainment atau hiburan pastinya sering mendapat tumpuan ramai. Senarai daripada Frobes ini sama seperti yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, ’30 Under 30′ yang dipilih oleh enam panel pakar daripada industri berbeza bagi memilih senarai akhir.
Menduduki tangga tertinggi bagi ketegori hiburan atau 2030 Power Leaders in Entertainment ialah pelakon meningkat naik, Kim Tae Ri. Namanya menjadi terkenal selepas mengalahkan lebih 1500 calon lain untuk memegang watak utama dalam filem arahan pengarah legenda, Park Chan Wook, ‘The Handmaiden’.
Artikel Berkaitan: Macam Tak Percaya Lagu K-pop Ini Bakal Berusia 10 Tahun
Sejak membintangi filem hebat tersebut, Kim Tae Ri terus memacu popularitinya menerusi filem ‘1987’ dan bakal muncul di samping Ryu Jun Yeol dalam filem akan datang, ‘Little Forest’.
Nama seterusnya ialah BTS, grup K-pop yang semakin hari ada sahaja sejarah yang dicipta mereka. Sebagai satu-satunya grup di dalam senarai ini, BTS telah mencatatkan jumlah follower tertinggi di Twotter dan memecah Guiness World Reocrd untuk engagement tertinggi dalam sejarah Twitter.
Kang Daniel daripada Wanna One mengisi slot seterusnya dengan populariti luar biasa yang dikecap sepanjang tahun 2017. Kemunculan pertamanya menerusi ‘Prodcue 101 (Season 2)’ telah menarik perhatian ramai pihak. Kemunculan Wanna One pasti disambut luar biasa dan sold out selain pengaruh media sosial yang hebat.
Pelakon yang melakukan debut menerusi drama ‘Roamtic Doctor Kim’, Yang Se Jong menduduki tangga keempat ketegori ini. Kemenangannya sebagai Best New Actor untuk lakonan ‘Degree of Love’ membuktikan pelakon ini bakal menjadi kuasa besar industri lakonan.
And last but not least, pengarah filem muda penuh inovasi, Jeong Ga Young yang sebelim ini memenangi Vison Director Award di 22nd Busan International Film Festival bagi karyanya, ‘Hit The Night’.
Tahniah buat kelima-lima figura hebat dalam industri hiburan Korea.
Fighting!
Sumber: JMagazine