Serangan Panik Boleh Berulang! Jeongyeon TWICE Jadi Mangsa Kali Kedua

Share

 

Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para Once, peminat memberikan sokongan mereka melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon

 

Kurang dari setahun yang lalu, ahli kumpulan K-pop TWICE iaitu Jeongyeon pernah dilaporkan berdepan serangan panik dan ‘psychological anxiety’. Disebabkan oleh keadaan yang berlaku pada Oktober 2020 itu, penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti bersama TWICE demi memulihkan kesihatan mentalnya.

Malangnya, Jeongyeon tidak terlibat dalam sesi promosi album kedua kumpulannya berjudul Eyes Wide Open. Hanya tiga bulan kemudian, dia kembali menyertai ahli TWICE lain sempena acara Seoul Music Awards ke-30 pada Januari tahun ini.

Jeongyeon semasa melakukan comeback mengejut di Seoul Music Awards, awal tahun ini.

Malang sekali apabila syarikat label kepada TWICE iaitu JYP Entertainment berkongsi pada 18 Ogos 2021 bahawa Jeongyeon disahkan berdepan semula serangan panik dan ‘psychological anxiety’ yang sama. Oleh yang demikian, dia dijangka akan berehat bermula minggu ini hinggalah waktu yang ditentukan nanti.

“Jeongyeon sekarang sedang berdepan serangan panik dan psychological anxiety. Walaupun Jeongyeon semakin pulih selari dengan jadual (bersama TWICE) dengan mengambil tindakan pemulihan, kami mementingkan kesihatan artis kami sebagai isu yang lebih utama.

“Oleh itu, setelah perbincangan dalaman dilakukan dan disertai langkah-langkah perubatan profesional, kami memutuskan agar Jeongyeon tempoh masa mencukupi untuk berehat dan pulih semula.

“Setelah berbincang dengan Jeongyeon sendiri dan ahli-ahli TWICE lain, kami ingin memaklumkan bahawa Jeongyeon tidak dapat menyertai aktiviti TWICE buat sementara waktu ini. Sebaagi syarikat label artis tersebut, kami akan menyediakan prosedur terbaik untuk Jeongyeon pulih dalam tempoh waktu mencukupi.

“Dengan itu, kami memohon agar anda semua teruskan memberi sokongan kepadanya,” catat mereka.

Jeongyeon TWICE.

Untuk pengetahuan, Jeongyeon bukanlah ahli pertama yang berdepan isu kesihatan mental kebelakangan ini.

Sekitar pertengahan tahu 2019, seorang lagi ahli TWICE iaitu Mina juga tidak muncul semasa konsert jelajah dunia TWICELIGHTS berikutan isu yang sama dan disebabkan rasa tidak yakin melakukan persembahan di atas pentas. Hampir enam bulan juga Mina tidak muncul bersama kumpulannya di lokasi terbuka (tidak termasuk penggambaran dan rakaman).

Nampaknya, bukan kita saja yang berdepan serangan panik dan anxiety.

Kumpulan sepopular TWICE juga memahami apa yang kita lalui. Malah, ia juga boleh berlaku berulang kali walaupun telah mendapatkan rawatan dan kaunseling sebelum ini.

Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para ONCE (peminat TWICE), mereta telah memberikan sokongan melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon.

Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi cara menenangkan diri sebagaimana yang pernah ditunjukkan dalam drama Korea popular, It’s Okay Not To Be Okay.

ARTIKEL BERKAITAN : K-Drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ Ajar Butterfly Hug Untuk Kesihatan Mental – REMAJA

Published by
FZ