Tidak semena-mena nama Mimi Peri menjadi bualan hangat oleh masyarakat Malaysia kerana selebriti instagram dari Indonesia ini juga turut dilihat membuat sesi Instagram Live bersama beberapa orang selebriti negara, antaranya adalah Fizz Fairuz, Zizan Razak dan terbaru, bersama pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 Harris Annuar.
Mimi Peri yang mengaku dirinya sebagai Peri dari Kayangan sering membuat netizen tertawa dengan telatahnya yang melucukan di media sosial. Berperwatakan wanita dengan mengenakan gincu merah di bibir, siapa sangka indvidu yang nama sebenarnya adalah Ahmad Jaelani ini sebenarnya mempunyai kisah hidup yang sangat perit.
Sebelum dikenali ramai, Mimi Peri bekerja sebagai pekerja buruh kasar yang membuat apa sahaja untuk menampung kehidupannya sekeluarga. Namun, setelah dia berhenti kerja dan menetap di Sulawesi, dia mendapat idea untuk mengenakan pakaian yang unik, yang diperbuat daripada dedaun, jerami, bahan kitar semula dan sebagainya.
Hubungan rapat dengan ibu membuatkan lelaki ini terinspirasi untuk mencipta watak Mimi Peri. Difahamkan juga, ibunya seorang bekas penari popular di Bali pada tahun 70-an dan selepas kematian suami ketika anaknya berusia 3 tahun, kehidupan mereka sekeluarga menjadi sangat susah.
Ads
Di sebalik lelucon Mimi Peri, mungkin ada yang tidak tahu bahawa anak kepada tukang sapu ini pernah melalui hidup yang agak getir, tanpa ayah, tanpa pendidikan dan tanpa keperluan asas yang cukup. Ambisinya cuma satu, untuk melihat ibunya bahagia. https://t.co/hS2PmCFYfzpic.twitter.com/wA5VfIH8VB
Biarpun diawal kemunculannya ramai yang memberi tanggapan negatif dan menggelarkannnya gila serta sampah masyarakat, malah ibunya sendiri turut melarang perbuatan anaknya ini, namun lama kelamaan ramai yang tertarik dan terhibur melihat Mimi Peri di Instagram sehingga dia kini mendapat peluang untuk menjana pendapatan daripada hasil review di laman sosial itu.
Ads
Malah, dengan rezeki yang diterimanya sekarang, dia tidak lupa untuk membantu golongan warga emas yang susah di Indonesia.
Benarlah kata orang, individu yang sering ketawa ini sebenarnya menyimpan 1001 kisah duka di dalam kehidupan mereka. Walaupun apa yang dilakukan oleh Mimi Peri ini mungkin tidak dapat diterima oleh segelintir masyarakat, namun keikhlasannya membantu ibu dan golongan susah patut dijadikan contoh.
Setiap orang pasti mempunyai BFF, paling tidak pun pasti kamu mempunyai seorang rakan yang boleh menjadi tempat luahan perasaan dan penyimpan rahsia terbesar kamu. Untuk elakkan dari kamu bergelar seorang kawan ketika susah, jom main kuiz ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi pada usia yang muda, 6 orang selebriti muda pilihan REMAJA ini membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara karier dan pendidikan.
* * * * *
Wany Hasrita
Bukan calang-calang jurusan yang diambil oleh penyanyi ini. Pada Ogos tahun lalu, Wany telah berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan daripada Management & Science University (MSU), Shah Alam.
“Alhamdulillah saya sangat gembira kerana penat lelah selama 3 tahun terhasil juga. Cuma sedih sedikit kerana ayah tidak boleh berada di sini atas urusan kerja,” katanya.
“Sepanjang bergelar penyanyi, saya tak mempunyai masalah untuk pelajaran kerana segala bentuk persembahan dan promosi berlaku selepas tamat praktikal dan ujian.”
* * * * *
Juliana Evans
Mungkin kerana tempoh 4 tahun telah berlalu, ramai yang terlupa bahawa pelakon cantik, Juliana Evans pernah mencatatkan keputusan cemerlang untuk pelajarannya.
Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Jue kembali memuat naik foto di bawah pada hari ini untuk mengingatkan kepada semua orang bahawa semua orang boleh berjaya jika mereka fokus terhadap apa yang mereka lakukan.
“(Foto) ini akan selalu mengingatkan saya tentang susah payah, motivasi dan impian saya. Dan dengan pengorbanan, saya berjaya memperoleh impian. Fokus pada apa yang kamu impikan dan usaha sendiri (jangan harapkan usaha orang lain.”
“How I wish I can go back in time,” kata penuntut Western Michigan University ini.
* * * * *
Asyraf Aley
Seorang lagi pelakon yang mementingkan pelajaran walaupun kariernya sudah bermula. Memilih Taylor’s University sebagai alma mater untuk pengajiannya, Asyraf meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang sama-sama menyokong keputusannya untuk belajar dan bekerja pada masa yang sama.
Kata si tinggi lampai ini, ” Terima kasih kepada semua rakan dan pensyarah yang telah membuatkan hidup saya di universiti lebih bermakna. Dan juga kepada kamu yang sentiasa memberikan sokongan, I am so grateful!
* * * * *
Mira Filzah
Tengok wajah Mira Filzah, mesti dah boleh agak Mira ni golongan terpelajar kan..? Hehe
2 tahun lalu, Mira telah membanggakan ramai pihak termasuklah ibu bapa, keluarga dan peminat semua dengan kejayaannya menamatkan pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Comel je tengok Mira pakai robe tu.
Mira yang pernah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak usia 17 tahun lagi mengambil jurusan tersebut kerana minatnya untuk menjadi usahawan.
* * * * *
Nadzmi Adhwa
Juga grad pada tahun 2016 adalah pelakon, Nadzmi Adhwa. Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik Dan Multimedia (fuh panjangnya!) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nadzmi juga bersyukur kerana penat membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya terbalas juga akhirnya.
“Tentunya, ibu bapa saya ingin saya berjaya dalam bidang akademik terlebih dahulu. Namun saya pula berlakon sambiil belajar kerana rezeki ada di situ.
“Memang kena gigih dan berusaha jika nak lakukan dua perkara dalam satu masa. Pelajaranlah jaminan untuk masa depan.”
* * * * *
Najwa Latif
Selalu kan kita nampak iklan Najwa Latif menyanyi secara busking di televisyen? Hehe. Itu adalah sebahagian daripada projek Najwa semasa menuntut di UniTAR dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris.
Najwa nampak tidak hentikan pelajaran di situ saja. Bermula September tahun lalu, Najwa memilih untuk meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana pula di Universiti Malaya (UM) walaupun dia pada mulanya ingin memilih United Kingdom.
“Saya batalkan hasrat untuk ke UK kerana memikirkan keluarga. Ibu seperti tidak sedap hati untuk melepaskan saya ke sana tambahan pula ia adalah kali pertama saya bakal ke tempat jauh dari keluarga.
“Saya tidak kisah di mana-mana saja, asalkan boleh belajar. Di UM, saya mengambil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) pula. Harapnya, saya boleh habiskan pada tahun hadapan.”
* * * * *
Sebenarnya, masih ramai lagi golongan selebriti yang berpendidikan. Antaranya termasuklah Hanis Zalikha, Lisa Surihani, Vanidah Imran, Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Wani Kayrie dan ramai lagi. Malah, ada juga yang sedang belajar seperti Atisha Khan (adik kepada Neelofa & vlogger di YouTube), Cupcake Aishah dan Johanis Sani (Vlogger & influencer).
Ternyata, pendidikan mengajar mereka untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sakit, berlaku kemalangan dan sebagainya, hospitallah tempat dituju. Dalam masa menanggung kesakitan dan bila selesai mendapat rawatan, ada ketikanya kita sendiri terperanjat dengan bil yang diterima.
Jumlahnya mungkin mencecah ribuan atau ratusan tetapi ia tetap perlu dibayar kerana kita berhutang dengan pihak hospital. Jika tak bayar nantikan saja surat peguam. Bila sebut peguam dan ada tindakan mahkamah, sudah tentu ada perasaan gentar dan pembayaran akan dilakukan dengan segera. Betul tak?
Kalau mempunyai kad insuran, bolehlah juga digunakan kerana pihak insuran akan melunaskan semuanya. Kad-kad insuran ini banyak diguna pakai di hospital swasta berbanding hospital kerajaan tetapi bukan semua orang pun mampu membayar premium tersebut dengan pelbagai alasan sendiri.
Carian Remaja mendapati, polisi rawatan percuma ini diberikan kepada 18 kategori yang layak menerima rawatan percuma di hospital-hospital kerajaan dan Pusat Perubatan di seluruh Malaysia.
Buat masa ini bayaran RM1 dikenakan bagi pesakit luar dan RM5 bagi rawatan doktor pakar di hospital-hospital kerajaan seperti HKL, HTAR Klang, Hospital Serdang, Hospital Sg Buloh dan banyak lagi. Tapi jumlah ini berbeza jika melakukan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan HUKM di Cheras yang mengenakan kos RM5 bagi pesakit luar dan RM15 bagi bertemu doktor pakar.
HKl sudah dinaik taraf bagi menampung keperluan semasa rakyat dan mempunyai pelbagai kemudahan kerana ramai pakar ada di sini
Jom semak 18 kategori yang diberikan rawatan secara percuma di hospital kerajaan bagi kategori rawatan pesakit luar / pesakit dalam (kemasukan masuk wad). Bagi sesetengah kes, mungkin memerlukan alat sokongan tambahan seperti besi dan ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan semua ini perlu dibeli sendiri.
PEKERJA KERAJAAN – Siapa yang layak? Diri sendiri, suami/isteri, ibu bapa/ penjaga yang sah di sisi undang-undang, anak di bawah usia 21 tahun, masih belajar, bujang dan anak daif/ cacat. Atas 21 tahun tak boleh ya. Jangan lupa bawa surat jaminan majikan dan kalau pelajar, dapatkan surat pengesahan dari sekolah. Dalam kategori ini Ahli Dewan Undangan Negeri pun layak ya!
KATEGORI PENCEN – Siapa yang layak? Diri sendiri, suami/isteri, anak bawah 21 tahun, anak cacat. Dalam kategori ini, mak/ ayah/ penjaga yang sah tak dapat ya
PESARA KWSP (UMUR WAJIB) – Siapa yang layak? Diri sendiri, suami/isteri, anak bawah usia 21 tahun (bujang & masih belajar), anak daif/ cacat. Lebihnya bayar sendiri.
GURU AGAMA RAKYAT, SEKOLAH INTEGERASI & KAFA– Siapa yang layak? Bagi kategori ini, bukan saja diri, suami/ isteri, ibu bapa/ penjaga, anak di bawah usia 21 tahun, belajar dan bujang, anak daif/ cacat. Kalau umur 21 tahun ke atas tak boleh tau.
Pelajar layak dapat bil perubatan percuma dan tertakluk kepada polisi sesebuah hospital itu sendiri. Gambar hiasa dari internet
PELAJAR ( WARGANEGARA SAHAJA) – Siapa yang layak?
i)Sekolah penuh bantuan kerajaan. Untuk percuma bagi kategori pesakit dalam dan luar, ia tertakluk kepada perkara 1(a), (b) dan (c). Tapi ada sedikit perbezaan di sini bagi perkara 1 (a), (b) dan (c). Misalannya pembedahan dan sebagainya. ia perlu dibayar
ii) Sekolah swasta. Ada 2 terma di sini iaitu percuma dan tidak.
iii) Sekolah agama rakyat – juga ada dua terma
iv) Sekolah agama integrasi – juga ada dua terma
v) Institut Perguruan, Kementerian Pelajaran Malaysiavi) Tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (jika ditawarkan sebagai kajian pesakit semuanya percuma)
vii) Politeknik, Institut Kemahiran Mara, Institut Kemahiran Belia Negara dan Kolej Komuniti – ada 2 terma
ix) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – tertakluk 2 terma
x) Institut Pengajian Tinggi Swasta – tertakluk 2 terma
Pelajar bukan warganegara- semua perkhidmatan adalah berbayar dan caj adalah sekali ganda dari caj warganegara
GOLONGAN KURANG UPAYA – Siapa yang layak? Pemegang kad OKU sahaja. Hanya untuk diri sendiri sahaja tidak termasuk ubat khas dan peralatan.
PENERIMA BANTUAN – Siapa yang layak? Lembaga Zakat, Baitulmal & Majlis Agama Islam Negeri. Bagi penerima bantuan bulanan seperti golongan asnaf, miskin dan mualaf rawatan bagi pesakit dalam dan luar adalah percuma. Bawa saja surat pengesahan dari Lembaga Zakat, Baitulmal atau Majlis Agama Islam Negeri. Ini termasuk suami/ isteri dan anak-anak berusia 18 tahun dank e bawah. Kelayakan hanya dalam tempoh bantuan sahaja tidak termasuk ubat khas dan peralatan.
Namun bayaran percuma ini tidak berhak diterima oleh PENERIMA BANTUAN BULANAN KEWANGAN kerana perlu dibayar tetapi biasanya bayaran itu datangnya ditanggung oleh Lembaga Zakat, Baitulmal atau Majlis Agama Islam Negeri. Ia hanya untuk diri sendiri sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat bantuan.
PENERIMA BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT – Siapa yang layak?
i)Bantuan Am *
ii)Bantuan orang tua *
iii)Bantuan kanak-kanak ***
iv)Bantuan pesakit terlantar **
v) Tidak berupaya kerja*
Nota :- Wajib bawa Salinan kad bantuan dan buku bank terkini. Bayaran perubatan percuma ini boleh dinikmati termasuk suami/ isteri dan anak-anak di bawah usia 18 tahun. Kelayakan hanya dalam tempoh bantuan sahaja (bagi bintang *)
** Hanya untuk diri sendiri sahaja dan hanya dalam tempoh bantuan diterima
*** Hanya pada penama yang menerima bantuan dan anak-anak yang dinyatakan di dalam surat kelulusan JKM
Penghuni rumah kebajikan ini sering mendapat perhatian masyarakat yang penyayang dan akan memberikan sumbangan bagi menggembirakan hati mereka – gambar hiasan dari sumber internet
PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN BANTUAN PENUH KERAJAAN – Siapa yang layak? Rumah anak yatim, Rumah orang-orang tua, Pusat pemulihan akhlak dan Pusat Pemulihan Dadah (Agensi Anti Dadah Kebangsaan – Cure & care. Bawa saja surat sokongan dari rumah kebajikan ya.
ORANG ASLI – Siapa yang layak? Kalau bekerja kena bayar ya tapi kalau tak bekerja, semuanya percuma. Tapi jangan lupa bawa surat pengesahan tidak bekerja dari JHEOA.
PENGIDAP PENYAKIT BERJANGKIT YANG DIWARTAKAN OLEH KERAJAAN – Siapa yang layak? Kalau korang disahkan mengidap DENGGI dan TUBERCUIOSIS (TB), atau orang sebut-sebut sebagai BATUK KERING, semuanya adalah percuma ya.
KES POLIS – Siapa yang layak?
Mangsa Rogol – wajib ada surat dari Jabatan Kerja Sosial
Mangsa Dera – wajib ada surat dari Jabatan Kerja Sosial
Tahanan yang diiringi polis – surat pengesahan tahanan salah
BANDUAN – Dokumen sokongan yang diperlukan ialah surat dari Jabatan penjara. Namun kos percuma ini tidak meliputi kos ubat khas dan peralatan yang perlu dibayar juga
BEKAS TENTERA – Siapa yang layak?
Kategori 1 – Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun – Diri sendiri – buku perkhidmatan atau surat dari JHEV, Suami / isteri, Anak di bawah usia 21 tahun, masih belajar dan bujang, Anak daif/ cacat
Kategori 2 – FORCE 136 – Diri sendiri, suami/ isteri, anak cacat/ daif. Sila bawa buku perkhidmatan atau surat dari JHEV
Kategori 3 – British Army – Diri sendiri, suami / isteri, anak cacat/ daif
Kategori 4 – Sarawak Ranjers – Diri sendiri, suami / isteri, anak cacat / daif
Kategori 5 – Wataniah (kerahan sepenuh masa) – Diri sendiri, suami / isteri, anak daif / cacat
Pelatih angkatan tentera Malaysia juga layak menerima bil rawatan percuma ini. Gambar hiasan dari sumber internet
PELATIH ANGKATAN TENTERA (ATM, LAUT DAN UDARA) – Siapa yang layak? Diri sendiri sahaja. Bawa surat jaminan majikan
PENDERMA ORGAN – Siapa yang layak? – Diri sendiri, bawa surat pengesahan pegawai perubatan
PENDERMA DARAH – Siapa yang layak? Diri sendiri, kos rawatan percuma ini akan mengikut kepada berapa kali pendermaan dilakukan. Biasanya bagi yang pertama kali, kos rawatan ini akan tamat tempoh 4 bulan dari kali terakhir menderma. Tapi kalau sudah menderma 50 kali ke atas, percuma bagi tempoh 10 tahun di kelas pertama dan percuma seumur hidup di kelas dua dari tarikh akhir menderma.
PEPERIKSAAN – Siapa yang layak? Pesakit yang terlibat dengan peperiksaan sepanjang menjalani hari rawatan peperiksaan sahaja.
Jadi kalau korang atau saudara mara yang layak dapat perubatan percuma ini, gunakanlah dengan sebaiknya ya kerana ia satu kemudahan yang disediakan. Jadi tak adalah pening-pening nak bayar bil hospitalkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang hangat di pawagam bukan saja berjaya tarik perhatian penonton, tapi juga buat ramai puji lakonan...