Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak dan baru-baru ini, beliau telah mencatatkan rekod penjaring terbanyak Kejohanan Eropah (Euro) selepas meledak dua gol ketika membantu Portugal membenam Hungary 3-0 dalam aksi kumpulan F.

Ronaldo juga turut menjadi sebutan netizen apabila dia mengalihkan botol Coca-Cola pada sebuah sidang media dan mengesyorkan untuk memilih minuman mineral.

Tidak hanya itu, personaliti dunia ini juga seorang dermawan dan baik hati. Korang mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.

Bagi korang yang bukan peminat bola sepak, mungkin korang tidak begitu mengenali insan hebat ini. Maka dengan itu, kami ingin bongkar beberapa sikap sebenar Cristiano Ronaldo yang mungkin masih belum diketahui umum.

1. Menderma kepada NGO

Ronaldo dilaporkan turut membayar kos rawatan pembedahan untuk kanak-kanak yang sakit dan melawat mereka di hospital.

2. Sukakan cabaran baru

Dalam 11 tahun pembabitan pemuda ini menerusi dunia bola sepak, Ronaldo telah pun bersama-sama dengan tiga kelab bola sepak dunia, iaitu Manchester United, Real Madrid dan Juventus. Dia sering mencari cabaran baru untuk menambah baik prestasi permainannya. Dia mensasarkan untuk menjadi yang terbaik dalam setiap liga yang disertainya.

Ads

3. Tidak mencacah tatoo

Di saat ramai pemain bola yang mencacah tatoo di badan mereka, Ronaldo menolak kerana mempunyai sebabnya tersendiri. Dia menderma darah dua kali setahun, dan kerana itu pemain bola speak terkenal dunia ini tidak mahu mencacah tatoo di tubuhnya.

4. Janji kepada mendiang ayahnya

Pada tahun 2005, ayahnya meninggal dunia kerana penyakit kanser dan janjinya kepada mendiang, dia akan menjadi seorang pemain bola sepak terbaik dunia.

Ads

5. Kekal konsisten

Setiap pemain mempunyai masa sukar mereka, walaupun sering dikritik hebat, namun Ronaldo bangkit untuk memperbaiki permainannya. Disebabkan itu dia menjadi antara pemain terbaik dunia.

6. Utamakan keluarga

Dia meninggalkan bekas teman wanitanya, Irina Shayk kerana tidak menghormati ibunya. Bagi Ronaldo, ibunya adalah keutamaan dan segala-galanya. Kini, dia telah menemui wanita yang memahami dan menyayangi keluarganya. Mereka dilihat sangat bahagia bersama.

Ads

7. Bantu dunia perangi COVID-19

Khabarnya, beberapa hotel milik Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan COVID-19. Media antarabangsa mendakwa kos rawatan mangsa yang dijangkiti COVID-19 dan elaun petugas perubatan yang menjaga pesakit juga akan ditanggung oleh bintang bola sepak terkenal itu.

Tidak salah sekiranya kita membantu individu yang susah jika berkemampuan kan? Jadi, disebabkann itulah Cristiano Ronaldo sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.

8. Jumlah pengikut paling ramai di IG

Cristiano Ronaldo juga menjadi individu yang mempunyai pengikut yang paling ramai di laman Instagram mengalahkan barisan selebriti terkenal dunia yang lain. Sehingga kini, Ronaldo mempunyai seramai 299 juta pengikut dari seluruh dunia.

Maka, tidak hairanlah sekiranya Cristiano Ronaldo menjadi antara individu yang berpengaruh di dunia kan?

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI