Sering Kali Jadi Sebutan, Ini Khasiat Cincau Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Share

Kalau disebut ‘Pergi ke kedai membeli cincau..’, mesti ramai yang faham maksud pantun sekerat in ikan. Hiks! Sejak kebelakangan ini, nama cincau sering menjadi sebutan masyarakat di Malaysia dan tidak semena-semena ia jadi popular pula.

Cincau sebenarnya merupakan sejenis makanan seperti agar-agar yang diperoleh daripada pokok dalam keluarga daun pudina. Ia digunakan di China dan negara Asia Tenggara sebagai pencuci mulut serta dibuat dalam minuman.

Foto: Sahabat Dapur

Terdapat dua jenis cincau yang didapati serata Nusantara, iaitu cincau hitam yang lazimnya dijumpai di Malaysia dan Singapura, serta cincau hijau yang lebih dikenali di Indonesia.

Foto: Womantalk

Dalam proses membuat cincau, tumbuhan ni dipercayai dimasak dengan campuran tepung tapioca atau serbuk agar-agar supaya menjadi jeli cincau.

Namun begitu, sebenarnya banyak khasiat yang terdapat pada cincau, cuma masyarakat kita sering menambah gula yang banyak dalam minuman cincau.

Antara khasiat-khasiat cincau yang mungkin ramai tidak pernah tahu adalah seperti berikut:

• Berupaya mengawal paras kolesterol
• Antioksidan
• Kurang kalori
• Tinggi serat
• Boleh mengawal paras gula

Jadi selepas ini, jangan hanya tahu pergi ke kedai membeli cincau, korang pun kena tahu khasiatnya sekali okay? Hiks!

Sumber: (1), (2)

Published by
Noor Ain Norman