Sering Pegang Watak Ibu-Ibu, 5 Fakta Tentang Pelakon Veteran Kim Haesook

Share

Annyeong! Siapa rajin tengok drama Korea mesti familiar dengan wajah pelakon veteran ini. Sering membawa watak seorang ibu, mari kita kenali pelakon “Under the Queen’s Umbrella”, Kim Hae-sook dengan lebih dekat lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : 5 Selebriti Korea Yang Pernah ‘Berperang’ Dengan Penyakit Kronik & Kembali Ke Kaca TV

foto via TVN

Graduan Universiti California

Kim Hae-sook dilahirkan di Busan, Korea pada 30 Disember 1955, mencecah usia 66 tahun pada 2022. Dia juga telah berjaya menamatkan pengajian awal di Universiti California, Los Angeles dan Universiti Kyung Hee di Seoul, Korea Selatan.

48 Tahun Dalam Industri Korea Selatan

Sudah lebih 48 tahun berada dalam industri hiburan, Kim Hae-sook adalah antara pelakon yang paling berpengalaman dalam dunia lakonan Korea dan ini dapat dibuktikan dengan pelbagai karya hebat yang pernah dibintanginya.

Foto Via Soompi

Ingin Menjadi Jururawat

Kim Hae-sook pada asalnya belajar untuk menjadi seorang jururawat. Namun, pada suatu hari dia mengejutkan keluarganya dengan memberitahu bahawa dia ingin pergi ke Seoul dan menjadi seorang pelakon.

Kemudian, dia menyertai kelas lakonan di stesen penyiaran MBC dan mula menyertai industri hiburan. Dari awal lagi, Kim Hae-sook telah menunjukkan kebolehan lakonan yang luar biasa dan membolehkannya untuk mengembangkan lagi bakatnya di luar sana.

Mula Berlakon Di Usia 19 Tahun

Pada tahun 1974, pelakon itu membuat debut pada usia 19 tahun melalui drama “Chief Inspector” dan 48 tahun kemudian, Kim Hae-sook nampaknya masih aktif menemui penonton dalam pelbagai karya hebat.

Diberi Gelaran ‘Korea’s Nation Mother’

Dengan personalitinya yang lembut dan baik, Kim Hae-sook juga sering diberi gelaran sebagai seorang ibu dalam kebanyakan naskhah. Oleh itu, dia telah diberi gelaran sebagai ‘Korea’s nation mother’ oleh penonton.

Antara lakonannya sebagai seorang ibu Kim Hae-sook adalah dalam drama “Hospital Playlist”, “Start Up”, filem “Mama”, “A Long Visit” dan banyak lagi. Memang berkesan tiap watak yang dia pegang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana