Ramai yang menganggap kerja sebagai pramugari atau pramugara ini seronok dan glamor kerana dapat terbang ke sana ke mari, melihat tempat orang dan bisa borsolek serta memakai seragam yang sudah tentu sangat eksklusif!
Apabila korang beradi di airport untuk menaiki kapal terbang, mesti korang biasa lihat pramugari atau pramugara akan menarik luggage atau beg seret dorang. Selain nampak cool, ternyata ada sebab lain yang menyebabkan pramugari selalu membawanya.
Bagi menjawab persoalan itu, mari kita ikuti perkongsian dari penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Umbrella.
Menurutnya, terdapat lima barangan yang wajib ada di dalam beg pramugari.
Pertama, pramugari sudah tentulah perlu membawa passport walaupun ditugaskan dalam penerbangan domestik.
Seterusnya, benda penting yang perlu dibawa adalah crew
ID dan pas lapangan terbang untuk masuk ke dalam lapangan terbang. Jika terlupa membawa pas tersebut, mereka perlu mendapatkan pas sementara.Selain itu, pramugari juga kebiasaannya akan membawa uniform ganti sebagai persediaan jika ada sebarang kecemasan berkaitan pakaian mereka ketika bertugas.
Akhir sekali, mereka akan membawa kit make up untuk mendandan ketika bertugas.
Ooo..patut la pramugari atau pramugara ini selalu ada dengan beg luggage dia rupa ini sebabnya.
Sumber: Zarul Umbrella
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.