Hanya disebabkan jaringan pasukan Mexico pada minit ke 35′ oleh Hirving Lozano, gempa bumi kecil dikesan berlaku di Mexico City, Mexico.
Perlawanan di antara Mexico dan pasukan pilihan Jerman semalam di Stadium Luzhniki diramalkan memihak kepada Jerman kerana status mereka selaku juara bertahan Piala Dunia 2014.
Namun, skuad bimbingan Joachim Loew itu seakan hilang rentak dan serba tak kena apabila satu demi satu serangan di hadapan pintu gol Mexico gagal disudahkan.
Mexico mengambil peluang itu untuk menghukum Jerman apabila bola di kaki Hirving Lozano meledak masuk ke dalam gawang.
Seluruh Stadium Luzhniki bergegar, namun gegarannya tak sehebat gegaran di Mexico City apabila pemantau geologikal Mexico mengesan tercetusnya gempa bumi ‘tak semulajadi’ akibat sorakan netizen Mexico sewaktu jaringan tersebut. Wow!
Menurut laporan goal.com, dua pengimbas di Mexico City mengesan gempa semasa perlawanan itu berlangsung. Tak mustahil gempa berlaku akibat sorakan penduduk kerana bandar tersebut merupakan bandar paling padat di Amerika Utara dengan sejumlah 8.9 juta penduduk dan rata-rata memang ‘gila bola’.
Hhm, kalaulah Mexico menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA yang akan datang, nervous juga nak ke stadium mereka nanti!
Dituduh Penyebab ‘Pembunuhan’ Beramai-Ramai, Penunjuk Perasaan Menumbangkan Tugu Ratu Victoria Dan Ratu Elizabeth II
Penjajahan keluarga DiRaja British sememangnya sangat terkenal di seluruh dunia, bahkan seuatu ketika dahulu mereka memerintah 25 peratus kawasan darat di seluruh dunia. Penjajahan ini dilihat sebagai satu penaklukan yang menonjol kekuasaan dan juga peluang bagi keluarga DiRaja ini mengaut hasil bumi bagi membangunkan negara mereka sendiri.
Penjajahan mereka bukan sahaja mengaut hasil bumi tetapi memecah belahkan kehidupan manusia. Sebagai contoh di Malaysia sendiri, ketika British memerintah mereka menggunakan sistem segregasi pekerjaan dan penempatan berdasarkan kaum agar sistem ekonomi serta muafakat antara kaum terpisah.
Terbaharu di Kanada, penemuan kubur besar tanpa tanda yang menempatkan 215 mayat di bekas tapak sekolah berasrama yang digunakan oleh Gereja Katolik untuk mengumpul kanak-kanak orang asli mengejutkan rakyat negara itu. Kisah sedih sekolah itu sebenarnya telah menjadi satu peristiwa berdarah bagi masyarakat orang asli Kanada. Sekolah tersebut digunakan untuk mengumpulkan kanak-kanak orang asli dan mengajar mereka agar berasimiliasi dengan budaya baharu dalam usaha untuk menghilangkan identiti mereka sebagai orang asli.
Selama 165 tahun, sekolah-sekolah ini memisahkan kanak-kanak orang asli secara paksa dari keluarga mereka, menyebabkan mereka kekurangan zat makanan serta penderaan fizikal dan seksual dalam apa yang disebut oleh Suruhanjaya Kebenaran dan Pendamaian sebagai pembunuhan budaya pada tahun 2015.
Geram dengan kebenaran yang terbongkar tentang sekolah Kristian ini, di Winnipeg orang ramai bersorak ketika tugu Ratu Victoria dijatuhkan di luar bangunan kehakiman daerah Manitoba. Penunjuk perasaan, yang kebanyakannya memakai pakaian berwarna oren, juga menendang patung itu dan menari di sekitarnya. Selain itu, tugu Ratu Elizabeth II yang berada berdekatan juga dijatuhkan.
Ratu Elizabeth II sehingga kini menjadi ketua negara Kanada, walaubagaimanapun negara itu diperintah oleh Perdana Menteri. Moyang Ratu Elizabeth II, Queen Victoria memerintah Kanada dari tahun 1837 sehingga 1901 yang mana ketika itulah sekolah-sekolah Kristian ditubuhkan. Selain daripada penunjuk perasaan yang bertindak menumbangkan tugu-tugu ini, rakyat Kanada juga menuntut Pope memohon maaf terhadap apa yang disebabkan oleh sekolah asrama Kristian Katolik itu.
“Takut, Macam Pemujaan” Teaser Klip Video Blackpink Dipuji Cantik, Cuma..
Akhirnya Blinks, it is out!
Klip teaser untuk single utama Blackpink bagi era baru ini telahpun dilancarkan pada hari ini.
Seperti yang dijangkakan, peminat kumpulan sensasi K-pop itu tidak menunggu lama untuk mengerumuni bahagian komen single How You Like That dan memuji visualnya. Iyalah, dengan bajet dan kreativiti yang ada daripada syarikat label YG Entertainment, nothing is impossible.
Namun, ada juga netizen yang beranggapan video tersebut mempunyai elemen keagamaan.
Uh, betul ke?
Klip teaser berdurasi 19 saat itu sememangnya mempunyai aura seperti berada di dalam sebuah kuil dari zaman kuno. Tambahan pula dengan elemen air, tanah, angin (payung) dan api yang ditunjukkan.
Ia menyerupai 4 elemen poster teaser yang dimuat naik oleh ahli Blackpink pada minggu lalu. Jadi kami terfikir sekiranya video klip How You Like That ini mempunyai mesej tersirat?
Okay sabar Blinks, bukan kami saja yang terfikir akan hal ini.
Seorang pemilik akaun Twitter bernama @annascup berkata klip video Blackpink seperti kebiasaan akan memaparkan patung-patung popular di kalangan ‘Tuhan-Tuhan Greek’.
Dalam klip video Kill This Love sebelum ini, terdapat patung Aphrodite iaitu Goddess of Love & Beauty. Dalam klip video How You Like That pula, kita melihat satu patung bersayap yang digantung menyerupai Nike, Goddess of Victory.
Satu lagi akaun, @jendeukiebabo juga berpendapat bahawa imej ahli Blackpink kelihatan seperti ancient gods.
Hhm, apa pendapat korang?
Bagi kami, sekiranya ada mesej tersirat di dalam klip video How You Like That ini, ini bukanlah kali pertama ia berlaku untuk klip video mana-mana kumpulan dari Korea Selatan. Jadi tidak adil sekiranya hanya Blackpink yang ‘dikecam’ kerana memaparkan elemen sebegini.
Banyak saja kumpulan terdahulu yang bermain dengan imej, lirik dan konsep yang bersifatkan ketuhanan Barat. Kita saja yang sedar atau tidak sedar.
Lihat saja seperti lagu Lucifer nyanyian SHINee yang terang-terangan menerapkan elemen God of the Sun and of the Moon yang dipercayai oleh agama lain.
*
Sama ada mesej tersirat ini benar atau tidak berkaitan dengan unsur keagamaan, kita tonton sajalah klip video rasminya dalam masa beberapa hari saja dari sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Yang jelas, klip teaser 19 saat ini amat disukai oleh Blinks apabila jumlah tontonannya telah melebihi 1 juta dalam masa 2 jam saja di YouTube.
Cer tengok!
Tular Muka Brader Ini Terbelah & Terima 25 Jahitan Selepas Terlanggar Tali Tangsi Di Lebuhraya SPRINT
Tular di media sosial semalam meminta pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal untuk lebih berhati-hati selepas kejadian seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan di muka dan menerima 25 jahitan selepas terlanggar tali tangsi di Lebuhraya Sprint berdekatan Kampung Kayu Ara, Damansara.
Mangsa yang bekerja sebagai penghantar makanan sedang dalam perjalanan menghantar makanan kepada melanggan berhampiran Glomac Damansara, Jalan Damansara kira-kira jam 5 petang semalam.
Lapor BH Online, menerusi kenyataan daripada seorang sumber, mangsa terlanggar tali berkenaan yang merentang di tengah jalan raya menyebabkan kecederaan teruk di dagunya sebelum mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Ketika menunggang motosikal dari arah Persiaran Tropicana menghala ke Glomac Damansara melalui Lebuhraya SPRINT lelaki berkenaan terlanggar seutas tali tangsi sebaik tiba di lokasi.
“Tali berkenaan terkena pada dagu dan leher mangsa sebelum terpaksa menerima rawatan di PPUM. Mangsa menerima 25 jahitan pada bahagian luar luka,” katanya kepada akhbar tersebut.
Memang banyak tali tapi bukan khianat
Bagaimana pun selepas kejadian tular itu, pihak polis dalam satu kenyataan menafikan wujud perbuatan khianat dalam kes membabitkan seorang penunggang motosikal cedera akibat tali tangsi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, selepas mangsa membuat laporan polis, pegawai penyiasat telah ke lokasi yang dimaksudkan bersama mangsa.
“Siasatan mendapati tiada unsur-unsur khianat dalam kejadian itu.
“Kita dapati pada tiang lampu no. B2-2B3 terdapat banyak helaian benang atau benang kaca serta sisa-sisa ikatan iklan yang tidak dibuang serta dibersihkan,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, ikatan iklan sepanjang kira-kira 3.2 meter dibiarkan dalam keadaan berjuntai ditiup angin.
“Ketika mangsa melalui kawasan itu, bahagian berjuntai itu telah mengena pada bahagian dagu mangsa menyebabkannya cedera.
“Mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di PPUM dan menerima 25 jahitan,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, mangsa turut membuat laporan polis bagi menuntut pampasan daripada pihak yang berkenaan.
Justeru itu, Azman menggesa pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan ke atas iklan atau banner haram serta membersihkannya dengan baik bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang lagi.
Sumber :- SINAR HARIAN