Serius Berbaloi, Koleksi LILIT X FIZIWOO Tawar Harga Mampu Milik!

Share

Siapa tak kenal dengan label terkemuka FIZIWOO yang  sering digayakan oleh vvip, selebriti dan orang-orang kenamaan.

Tapi jangan risau, korang pun boleh pakai baju yang direka oleh Fiziwoo ini.

Terbaru LILIT berkolabrasi dengan pereka fesyen ternama WOO/FIZIWOO untuk koleksi pakaian wanita yang mampu milik.

Menariknya kolaborasi LILIT X Fiziwoo ini mengambil langkah berani dengan membawakan cetakan lembut kepada para peminat LILIT.

Selain itu kolabrasi ini juga memperkenalkan rekaan yang lebih segar, potongan one-for-all disertakan beberapa teknik seperti pleats dan cetakan. Pelbagai jenis rekaan untuk blaus, skirt, jumpers, dan seluar panjang, koleksi kerjasama LILIT.

Bab harga pula, korang jangan risau sebabnya koleksi X WOO/FIZIWOO ini dijual dengan harga yang berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki! Ia bermula dari RM99 sehingga RM199.

Rekaan ini didatangkan dengan saiz dari XS sehingga XXL.

Direka khas buat korang yang nak bergaya dengan merasa yakin terhadap diri mereka. Silhouettes yang ayu dan beralun dengan perincian seperti leher tinggi cetakan floral dan pleats lembut, sementara warna pada palet dan cetakan adalah lembut dan elegan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini.

Jadi peminat Fiziwoo jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi LilitXFiziwoo ini. Dilancarkan secara eksklusif di butik FashionValet Publika, dalam talian dan aplikasi telefon bermula 28 januari 2020. Malam ni guys!

Published by
Nana