
Sehari dua ini, media sosial dibanjiri posting-posting design-design terkini barangan kemas. Tampak eksklusif dan menarik rekaan terkininya. Memandangkan rekaannya tampak anggun, harga barangan kemas ini pastinya mencecah ribuan ribu ringgit. Memang nampak seri kalau dipakai oleh golongan wanita.
Di sebalik rekaan terkini barangan kemas itu, ternyata rakyat Malaysia cukup kreatif sekali. Mungkin sekadar mahu bergurau dan tidak tahu bermula dari mana, setiap rekaan terkini barangan kemas ini disamakan dengan makanan dan permainan kesukaan rakyat Malaysia seperti petai, kerepek bawang, durian, biskut bantal, latok, bola takraw, roti bun, pulut dakap dan banyak lagi, Serius, korang memang superb serta menghiburkan.
Korang tengoklah sendiri setiap design ini yang disamakan dengan makanan kesukaan rakyat Malaysia. Serius terhibur.
128 Pelajar Lelaki Dipindahkan, Tanah Runtuh Bawah Kolej Kediaman UIA

Negara kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat dan beberapa tempat masih lagi dilanda banjir. Bencana tanah runtuh juga agak merisaukan kerana terdapat tempat yang turut berlaku situasi buruk ini.
Terbaharu, seramai 128 penuntut lelaki di kolej kediaman Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Jalan Gombak dipindahkan susulan tanah runtuh berhampiran bangunan berkenaan malam tadi.

Menurut keterangan penuntut, kejadian tanah runtuh itu berlaku pada pukul 6.45 petang ketika hujan lebat. UIA dengan segera mengarahkan semua penghuni membabitkan 128 penuntut lelaki mengosongkan bangunan berkenaan.
Selepas pemantauan dibuat oleh pihak bomba, tiada kesan rekahan dikesan pada dinding atau lantai bangunan berkenaan. Namun, ada juga berlaku mendapan pada sebuah jalan di universiti itu dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

Pihak pengurusan UIA turut bertindak menutup kawasan terbabit dengan meletakkan kon dan sawar-sawar. Malah, pihak terbabit turut menghubungi konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.
Semoga pelajar-pelajar di kolej kediaman itu dilindungi dan diharap tidak ada sebarang perkara buruk yang berlaku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini Pencapaian Kementerian Pendidikan 2019 Di Lakukan Oleh Dr. Maszlee Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Berita perletakan jawatan Menteri Pendidikan negara, Dr. Maszlee mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia petang semalam.
Ramai yang turut berduka dengan berita ini kerana menganggap Dr. Maszlee antara individu yang berjaya menjadikan sistem pendidikan di negara kita bertambah baik.
Mungkin ada yang tidak sedar bahawa banyak perubahan yang dibawa oleh individu hebat ini. Berikut merupakan inisiatif yang dibuat selama 20 bulan sepanjang Dr. Maszlee bergelar Menteri Pendidikan.

.
Fokus 1
Mengembalikan cinta ke dalam pendidikan
- 75 sekolah ditambah kelas OKU dengan penambahan 526 kelas
- 51, 191 pelajar B40 dapat laluan khas ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- RM68.1 juta biasiswa untuk 31, 614 pelajar B40
- 4,369 murid cicir kembali ke sekolah
- 2,636 anak tanpa dokumen mendaftar sekolah
- Pemansuhan peperiksaan Darjah 1,2,3
- Pendidikan wajib hingga sekolah menengah (semakan semula Akta Pendidikan 1996)
- 15,565 guru duka lara ditukarkan
- 50% beban guru diringankan

.
Fokus 2
Kualiti pengajaran & pembelajaran
- Penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar, Jawatankuasa Khas OKU, Jawatankuasa TVET, Jawatankuasa Khas Orang Asli untuk reformasi sistem
- 10,208 sekolah nikmati kelajuan minimum internet 30mbps & 100mbps (fiber)
- Penggunaan Google Classroom
- Peningkatan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) (Literasi bacaan, Matematik & Sains)
- Peningkatan QS Ranking universiti
- Tahap kebolehpasaran kerja graduan TVET 54,789 daripada 61,510 dapat pekerjaan
- 90% projek sekolah daif siap
- 1,216 makmal Sains usang diperbaiki

.
Fokus 3
Autonomi & Akauntabiliti
- RM455 juta geran penyelidikan untuk pendidikan tinggi
- 14,911 tawaran kemasukan IPT untuk OKU, atlet, Orang Asli & B40
- Penetapan Hari Akademia pada 5 Oktober
- 20 pilihan raya kampus di universiti awam dikendalikan oleh mahasiswa
- Penubuhan kesatuan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Lantikan 43 mahasiswa menganggotai senat di 20 universiti awam
Fokus 4
Malaysia membaca
- Pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO
- Insentif bulanan RM5,000 untuk Sasterawan Negara
- 3,703 program membaca di seluruh negara
- Program Sasterawan@Fakulti untuk memperkenalkan Sasterawan Negara kepada anak muda
Fokus 5
Manifesto
- Mansuh senarai hitam PTPTN, pelepasan kepada gaji
- Penubuhan Pasukan Dasar untuk mengkaji isu berkaitan Unified Examination Certificate (UEC)
Terima kasih kami ucapkan kepada Dr. Maszlee kerana sedikit sebanyak telah mengubah sistem pendidikan negara kita menjadi lebih baik.
Siapa pun penggantinya nanti, diharap individu tersebut juga dapat meningkatkan prestasi pelajar Malaysia di mata dunia.
InsyaAllah..
Sumber: Grafik Bernama
Berhenti Salahkan Perempuan Part Rog*l , Peguam Sifatkan Perkongsian Artis Mengelirukan

Sekarang ini trending di twitter mengenai isu yang dikemukakan oleh Fynn Jamal bahawa perbuatan wanita di media sosial, seperti menggunakan filter dan memuat naik gambar, turut menjadi punca kepada jenayah rogol. Malah hal ini turut mendapat perhatian dari penyanyi Caprice yang mengundang Fynn Jamal dalam satu sesi langsung di Instagram semalam untuk mengulas isu itu.
Selepas kenyataan agak berani dari Fynn yang menerima banyak kecaman dari orang ramai di mana ada yang berkata, jangan salahkan wanita semata-mata dan lelaki patut dididik dari memandang wanita sebagai objek seksual, datang pengakuan dari seorang lelaki yang menyifatkan ibunya adalah mangsa dari jenayah kejam ini.
Hal ini telah mendapat pandangan dari peguam terkenal, Nor Zabetha Mohamad dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co dari sudut pandangannya yang dizahirkan di fb miliknya sebentar tadi.
Apa yang nyata beliau menyifatkan pandangan dari Fynn Jamal itu mengelirukan dan berat sebelah.
**media[212363]**
Tentang trending di Twitter isu rogol dari sudut pandangan Fynn Jamal.
Yang membuatkan saya menulis status ini, apabila terbaca laporan pengakuan seorang pemuda "Ibu dirogol waktu rumah dipecah masuk, saya anak hasil tragedi itu". Komen ini ditinggalkan Instagram (IG) Live di antara Caprice dan Fynn.
"Jangan kata semua perempuan sengaja, diorang adalah mangsa. Saya mewakili ibu saya, perogol yang bersalah,” tambah pengakuan pemuda itu lagi.
Tabah ibu pemuda ini. Semoga segala kebaikan dunia dan akhirat diberikan kepada ibu pemuda ini. Rasa sedih mengenangkan segala dugaan yang dihadapi ibu dan pemuda ini.
Saya baca temubual antara Astro Gempak dengan pemuda ini, katanya pada Astro Gempak
“Saya ada ibu yang penyayang, yang tak pernah buang saya walaupun saya bukan anak yang dia tunggu-tunggu", katanya lagi. Betapa kasih ibu mengatasi segala-galanya.
Katanya waktu ditemubual, waktu kejadian itu ibunya telah pun berkahwin. Bukan mudah hendak lahirkan anak luar nikah dalam keadaan ini.
Saya teramatlah setuju apabila dia kata,
“Berhenti salahkan wanita dalam segala hal. Wanita adalah perhiasan dunia, hargai wanita. Berhenti salahkan pakaian wanita, mula didik anak lelaki jaga tingkah laku, jaga syahwat, fikir apa perasaan kalau orang buat macam tu pada keluarga terdekat".
Saya tidak setuju bila komen Fynn Jamal semata-mata tentang wanita yang menjadi punca. Benar kata pemuda ini. Saya sokong.
Jenayah itu tidak berlaku semata-mata kerana punca tetapi kerana sikap jahat dan tidak berperikemanusiaan manusia. Perbuatan jahat itu datang daripada pelakunya.
Kenapa bila kes rogol sentiasa dikaitkan dengan mangsa? Kenapa tidak jenayah yang lain? Misalnya, kalau jenayah pecah masuk, tidak pula disalahkan sistem sekuriti tidak selamat. Kita kata penjenayah jahat, tidak kita salahkan punca.
Banyak jenayah, kalau yang jahat itu mereka salahkan pelaku tetapi bila bab rogol, salahkan wanita sebagai punca.
Bahayanya segala penulisan Fynn itu, kerana dia ramai follower. Mengelirukan. Berat sebelah. Pada bahagian menegur, tentang profil mengada-ngada, saya faham penyampaiannya. Pun begitu, masih mengelirukan dan persoalannya adakah ini justifikasi jenayah rogol?
Realitinya, di zaman ini bukan kerana gambar profil sahaja. Bahan lucah atau laman web lucah memenuhi internet. Boleh diakses. Filem-filem luar negara yang mengalami unsur-unsur sex juga terlalu banyak. Ini juga menjadi punca jenayah rogol tanpa melihat gambar profil yang acah-acah comel.
Saya memikirkan kes-kes sumbang mahram, bila mana dalam keluarga sendiri hal ini berlaku. Bukanlah salah mangsa tetapi kerana nafsu serakah si keji yang sepatutnya melindungi mangsa.
Bukankah kita ini sebagai orang Islam perlu menjaga ibadah, amalan, nafsu kita?
Jadi benar kata pemuda itu, didikan kepada lelaki. Ajar mereka berpegang kepada agama dan moral. Jika agama itu sentiasa dihati, tidak tergamak untuk mereka melakukan apa-apa jenayah sekalipun.
Oleh Nor Zabetha.