
Setelah melancarkan single seperti Yummy dan Intentions, akhirnya Justin Biebie tampil juga dengan album kelimanya berjudul Changes sempena Valentine’s Day, hari ini.
Changes amat dinanti-nantikan oleh peminat Justin memandangkan kali terakhir penyanyi #1 di Spotify itu mengeluarkan album penuh adalah pada tahun 2015.
Album ini memuatkan 16 buah lagu dan menyaksikan Justin bersama beberapa penyanyi jemputan seperti Quavo, Post Malone, Travis Scott dan Kehlani. Hhm, daripada senarai itu je nampaknya album ini akan mempunyai penangan genre RnB dan rap yang kuat.
Istimewanya di Malaysia, korang boleh mendapatkan album Changes secara delivery bersama dengan – ahem – bunga lagi!
Tawaran khas oleh Universal Music Malaysia ini bagaimanapun terhad kepada 100 tempahan album terawal dari pembeli di sekitar Lembah Klang saja.
Cer lihat jika korang masih berpeluang untuk mendapatkannya dengan KLIK di sini. Tawaran ini juga sah sehingga 16 Februari ini saja.
Apa lagi, rebut gaiss..
https://www.remaja.my/untungnya-hailey-lirik-lagu-baru-justin-bieber-yummy-tentang/
“Bukan Sekadar Pemuzik, Tetapi Fenomena Budaya” Pusat Kebudayaan Rusia-Korea Hargai SUGA BTS Menerusi Pameran Seni Antarabangsa

Terbaru, Pusat Kebudayaan Persekutuan Rusia-Korea akan mengumumkan akan mengadakan pameran seni antarabangsa sebagai penghormatan atas pengaruh penyanyi terkenal, SUGA BTS.
Difahamkan, pameran ini bakal memaparkan beberapa karya seni daripada seniman Rusia yang terinspirasi daripada muzik dan pengaruh budaya SUGA BTS atau nama sebenarnya, Min Yoongi.
Dalam pada itu, antara tujuan utama acara ini adalah untuk menonjolkan bagaimana inspirasi artistik SUGA mampu menyumbang kepada penyebaran budaya Korea di Rusia serta mengukuhkan hubungan budaya di antara kedua-dua negara.
Selain itu, pameran ini turut dibahagikan secara tematik, dengan setiap bahagian menggambarkan pelbagai aspek budaya Korea dan bagaimana seniman Rusia memandangnya.
Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan Rusia-Korea, Irina Lavrik berkata melalui muzik dan karya seni SUGA telah mempengaruhi visi kreatif ramai seniman.
“Min Yoongi bukan hanya seorang pemuzik, beliau adalah fenomena budaya. Beliau juga antara pemangkin yang menyatukan orang-orang kreatif dengan kecintaan yang sama terhadap seni dan budaya Korea,” katanya.
Pada masa yang sama, pameran Seni Antarabangsa ‘Tribute to Min Yoongi’ ini akan diadakan di Daegu pada 4-9 Mac akan datang.
Sekadar info, kini lima anggota BTS iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin masih lagi menjalankan perkhidmatan berkenaan sejak Disember 2023 dan mereka dijangka akan bersatu semula pada pertengahan tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Anak Teruna Mahu Kejar Impian, Amy Search Coretkan Dedikasi Buat Alexander Zulkarnain

Pastinya agak sukar melepaskan cahaya mata yang ingin berjauhan sebentar demi mengejar cita-cita mereka. Namun apa kan daya, harus merelakan juga untuk impian yang ingin digenggamnya…
Begitulah juga buat penyanyi lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search yang menitipkan doa buat anak lelakinya, Alexander Zulkarnain agar berjaya mengejar impiannya.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Amy memberi gambaran bahawa anak kesayangannya, Alexander mencecah usia 18 tahun itu akan melanjutkan pelajaran.
ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun
“Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitulah aku lihat anak ini semua. Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.
“Begitu lah daddy dulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana,” katanya.
Dalam masa sama, Amy berkata dirinya tidak pernah lekang untuk mendoakan kebahagian anak-anak serta cucunya.
“Believe in yourself dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.
“Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, penyanyi lagu popular Fantasia Bulan Madu itu mendirikan rumah tangga kali ke empat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 18, Sania Samara, 17, dan Qaqa At-Tameemi, 13 tahun.
Amy juga mempunyai cahaya mata perempuan yang juga merupakan pelakon berkaliber tanah air, Nabila huda, hasil pernikahan pertamanya bersama Faridah pada tahun 1983.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook Amy Search
Semarakkan Semangat Merdeka, Sooka Siar Filem Ikonik Tempatan Dengan Tawaran Menarik

Perkhidmatan penstriman versi mudah alih terbaru di Malaysia yang menyiarkan hiburan kegemaran Malaysia, meraikan Merdeka dengan pelbagai filem ikonik tempatan yang disusun khas menerusi kempen ‘sooka Dooka Kita Bersama, Sentiasa’ yang boleh distrim dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.
Kempen ini menyampaikan pelbagai filem eksklusif yang telah mencorak kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia dan kini boleh distrim oleh para penonton secara terus di dalam peranti mudah alih mereka.
Antara filem-filem ikonik yang disusun khas termasuklah Talentime dan Mukhsin arahan pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad; Buli, Papadom, dan Appalam arahan Afdlin Shauki; Cinta dan Sepi arahan Kabir Bhatia; dan filem-filem klasik arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tidak dilupakan ialah filem-filem terkini Malaysia seperti Polis Evo 2, Aku Posmen, Ola Bola, Hantu Bonceng 2.0, Mael Totey, dan kisah kehidupan wira negara Datuk Lee Chong Wei dalam filem yang memberi inspirasi kepada semua berjudul Lee Chong Wei.
Ketua Program sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, “Kami percaya bahawa filem adalah salah satu bentuk hiburan yang memberikan impak paling besar kepada kita, supaya cerita yang dekat dengan hati kita dapat dikongsi degan semua. Talentime, dan Ola Bola adalah contoh terbaik penceritaan tentang kehidupan seharian masyarakat Malaysia; seperti cinta kepada bola sepak, atau memori semasa kita berada di bangku sekolah, yang boleh menyatukan dan memupuk semangat kemasyarakatan sesama kita.


“Menerusi kempen ini, kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan semangat perpaduan bersempena bulan Ogos yang penuh bermakna. Filem-filem yang telah kami susunkan ini melambangkan penceritaaan tentang kehidupan kita semua, dan adalah khas buat semua rakyat Malaysia untuk bebas nikmati dan strim pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja, menerusi peranti mudah alih anda,” jelas Emarina.
Sempena Merdeka ini juga, sooka menawarkan potongan 50 peratus ke atas yuran langganannya untuk tempoh yang terhad bagi pelan VIP Entertainment dan VIP+Sports. Pelan VIP Entertainment yang menawarkan pelbagai drama bersiri, filem, dan pelbagai hiburan beraneka secara ‘LIVE’ kini boleh didapati dengan harga RM7.95 (harga asal RM15.90 sebulan).
Khusus untuk para peminat tegar sukan, pelan VIP+Sports yang menawarkan akses tanpa had kepada aksi sukan terbaik ‘LIVE’ sepanjang tahun, kini hanya berharga RM20.95 (harga asal RM41.90 sebulan).
Jadi apa tunggu lagi guys, jangan lupa untuk melanggan sooka kerana tawaran ini hanya sah dari 27 Ogos hingga 17 September 2021.