Sejak berlakunya penularan pandemik COVID-19, beberapa negara dunia telah mengambil langkah bagi mengkaji vaksin untuk mengekang penyebaran virus berkenaan.
Dan bagai ada sinar baru bila vaksin Covid-19 ini sudah dijumpai. Namun, timbul pula masalah yang lain apabila ada golongan yang menolak vaksin ini kononnya Covid-19 ini adalah agenda sesetengah pihak untuk mengawal dunia.
Menjadi isu panas di media sosial apabila baru-baru ini, seorang ketua agama atau rabbi Yahudi yang berpengaruh di Israel, Rabbi Daniel Asor yang mengeluarkan kenyataan bahawa suntikan vaksin COVID-19 ini berpotensi untuk mengubah seseorang lelaki normal untuk cenderung menjadi gay atau suka sesama jantina.
Agenda rahsia untuk mengawal dunia
Tambahan lagi, beliau mendakwa dan mendedahkan fenomena virus COVID-19 dan vaksin juga merupakan agenda rahsia untuk mengawal dunia dengan membentuk undang-undang baru atau New World Order (NWO) yang didalangi persatuan rahsia Illuminati, Freemason dan pengasas Microsoft Bill Gates.
Menurut sumber lagi, hal ini menjadi tular dan dijadikan bahan jenaka oleh warganet. Dikhabarkan, kebocoran maklumat dari ceramah Daniel mengenai vaksin COVID-19 memberikan kesan kepada gay ini dilakukan oleh seseorang individu di internet.
Untuk info, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu antara orang terawal menerima suntikan vaksin Covid-19, sekali gus menjadikan negara itu antara yang terawal menerima vaksin.
Hmmm….korang nampak Benjamin Netanyahu tu bertukar jadi LGBT ke?
Lambda, Varian Baharu COVID-19 Yang Lebih Mudah Berjangkit & Kuat, DG Hisham Sahkan
Lepas satu, satu varian yang muncul di muka bumi ini yang mengancam nyawa manusia. Baru-baru ini tular mengenai isu kemunculan Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai jenis varian yang baru, di luar negara.
Negara yang dikesan varian baharu yang dikenali sebagai Lambda disahkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun .
Kenyataan ini turut disahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hishahm Abdullah menerusi laman Facebook beliau yang memaklumkan varian ini lebih mudah berjangkit serta lebih kuat dalam melawan imuniti individu yang sudah divaksin.
Kes ini mulai dikesan di Jepun pada seorang wanita di lapangan terbang Haneda yang baru sahaja tiba pada Peru pada 20 Julai lalu. Wanita berkenaan walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom pada ketika itu.
Difahamkan Peru muncul sebagai negara terawal yang hadir dengan varian Lambda pada Disember lalu sebelum mulai tersebar ke Amerika Syarikat dan Jepun.
Hal ini menyebabkan orang ramai dari seluruh negara berasa gelisah dan resah, dengan kemunculan virus dalam kelas yang baharu ini.
Apa-apapun stay safe dan kekal duduk dirumah jika tiada keperluan untuk keluar walaupun sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.
Cicit Kepada Datuk Onn Jaafar, Ini 9 Fakta Tentang Menteri Besar Johor Ke-19
Selepas PRN Melaka diadakan pada November tahun lalu, kini giliran Johor pula mengadakan PRN di luar Pilihan Raya Umum dan keputusan berpihak kepada parti Barisan Nasional yang telah memenangi 29 kerusi, sekali gus mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Johor yang baharu.
Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Siapa agaknya Datuk Onn Hafiz ini? Jom kita kenali 9 fakta tentang Menteri Johor ke-19.
1. Dilahirkan pada 2 Mac 1979 dan berumur 43 tahun.
2. Beliau berasal dari Simpang Renggam, Johor.
3. Menerima pendidikan di Universiti of Hertfordshire, United Kingdom dengan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.
4. Kerjaya politiknya bermula selepas menyertai Pemuda UMNO Sembrong pada 2006 dan menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK).
5. Beliau seterusnya diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Sembrong pada 2008 hingga 2012 sebelum dilantik Ketua Pemuda UMNO Sembrong selama 7 tahun.
6. Di peringkat Pemuda Malaysia, beliau menang pertandingan merebut kerusi Exco Pemuda UMNO pada 2012 hingga 2018.
7. Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan menang dengan mendapat 7,449 undian.
8. Merupakan anak saudara kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan cicit pengasas dan bekas Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar.
9. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor dan mempunyai empat orang anak.
Sebagai anak muda, kita seharusnya mengambil tahu tentang perkembangan semasa, tidak kiralah isu politik atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Semoga Datuk Onn Hafiz dapat menjalankan tugas dengan baik dan mampu memberi kemakmuran kepada negeri Johor.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Tragik! Bukan Kali Pertama Terhempas, Ada 14 Insiden Termasuk 7 Kali Tergelincir Libatkan Pesawat Lion Air
Nahas pesawat Boeing 737 Max 8 melibatkan syarikat penerbangan Lion Air JT 610 menjadi trending di seluruh dunia selepas terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada Isnin 29 Oktober pagi, 13 minit selepas berlepas dari Bandara Soekarno Hatta dalam penerbangan menuju Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung pada jam 6.20 pagi.
Pesawat ini tidak pecah di udara sebagaimana tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis, kotak hitamnya belum ditemui. Malah di mana kedudukan pesawat malang ini masih menjadi misteri kerana selaman pada kedalaman 30-35 meter ke dasar laut tidak menemukan apa-apa lagi. Malah pihak berkuasa Indonesia juga menafikan gambar yang tular di media sosial kononnya separuh dari badan pesawat sudah ditemui.
Sebagai syarikat penerbangan utama di Indonesia, Lion Air antara disenaraikan sebagai syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan kepada tujuh bintang oleh agensi penarafan global, AirlineRatings.com.
REMAJA senaraikan 14 nahas udara melibatkan syarikat penerbangan Lion Air sepanjang 10 tahun beroperasi.
Mendarat tanpa roda depan
Februari 2009 – Pesawat Lion Air JT 972 mendarat secara kecemasan di Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim Batam tanpa roda depannya yang bermasalah pada 23 Februari 2009 sekitar jam 18.30 petang. Situasi panik berlaku tapi pesawat berjaya di daratkan dan tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir di landasan
Mac 2009 – Pesawat Lion Air jurusan Gorontalo-Makassar-Jakarta tergelincir di landasan terminal 1A Bandara Internasional Soekarno-Hatta, Cengkareng, Isnin petang 9 Mac 2009. Tiada korban dalam insiden ini.
Tergelincir di landasan
November 2010 – Pesawat penerbangan Lion Air penerbangan 712, PK-LIQ Boeing 737-400 laluan Jakarta-Pontianak-Jakarta, tergelincir di Bandara Supadio, Pontianak. Tiada korban jiwa.
Tergelincir di landasan
Februari 2011 – Lion Air Penerbangan 598, Boeing 737-900ER laluan dari Jakarta-Pekanbaru tergelincir saat mendarat di Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru. Tiada korban jiwa.
Tergelincir lagi
Februari 2011 -Penerbangan Lion Air dari Medan-Pekanbaru-Jakarta dengan nombor penerbangan JT 0295 mengggunakan pesawat Boeing 737-900 ER sekali lagi tergelincir di Pekanbaru pada pukul 17.00 petang. Dikatakan roda pesawat keluar dari lintasan lapangan terbang namun tiada penumpang yang cedera atau alami luka-luka.
Nahas dikatakan bermula sebuah traktor yang keluar secara tiba-tiba dan tanpa sengaja mengarah ke pesawat Lion Air yang lainnya. Pesawat dikatakan mengalami kerosakan pada stabilizer bahagian belakang.
ARTIKEL BERKAITAN : Dia Peluk 5 Kali Pesan Jaga Diri, Doktor Bakal Pengantin Antara Korban Pesawat Lion Air JT 610
ARTIKEL BERKAITAN : Burung Merbuk Jatuh Jadi Petanda, Ini Fakta Kronologi Dan Nahas Pesawat Lion Air JT 610
Lagi tergelincir dan sempat berada di hujung Runway 01
Oktober 2011 – Nampaknya kejadian tergelincir bagaikan menghantui Lion Air. Jika kejadian sebelumnya terjadi pada Februari, hujung tahun itu, pada Oktober sekali lagi berlaku kejadian pesawat tergelincir.
Kali ini melibatkan pesawat Lion Air 673 laluan dari Tarakan – Balikpapan dan tergelincir di Bandara Sepinggan Balikpapan. Pesawat ini mendarat mengalami overshoot di hujung Runway 01 (area stopway). Posisi dua roda rosak bahagian belakang.
Juruterbang positif dadah, daratkan pesawat dalam laut dan pesawat patah dua
April 2013 – Laluan Bandung – Bali mengalami kecelakaan saat hendak mendarat pada 13 April 2013. Kecelakaan ini disebabkan oleh kelalaian manusia atau human error.
Juruterbang dikatakan berhalusinasi dengan melihat sebuah landasan sehingga dia mendaratkan pesawatnya sedangkan landasan yang sebenara masih ada di depannya.
Pesawat malang ini dikendalikan oleh juruterbang Mahlup Ghazali dan pembantu juruterbang berasal dari India iaitu Chiraq Kalra lalu jatuh ke dalam laut dan menyebabkan badan pesawat patah dua.
Lebih malang, selepas hasil penyiasatan mendapat pilotnya positif dadah. Semua penumpang seramai 101 selamat termasuk anak kapal.
Tergelincir gara-gara 3 ekor lembu di landasan
Ogos 2013 – Pesawat Boeing 737-800 milik Lion Air dengan nombor penerbangan JT892 tergelincir saat mendarat di Bandara Jalaluddin Tantu, Gorontalo pada Selasa, 6 Ogos 2013 malam.
Kejadian ini berpunca dari 3 ekor lembu yang berkeliaran di landasan sehingga pesawat mengalami over run atau keluar landasan. Tiada korban jiwa dan kesemua 110 penumpangnya selamat.
Pesawat terhempas kuat & 2 penumpang alami kecderaan serius
Februari 2014 – Lion Air penerbangan 461, Boeing 737-900ER, dari Bandar Udara Sultan Aji Muhammad Sulaiman, Balikpapan menuju Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya, dengan 222 penumpang dan kru pesawat, mengalami pendaratan keras di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya. Insiden ini mengakibatkan dua penumpang alami kecederaan serius dan tiga penumpang alami luka ringan.
Pesawat dilanggar burung
Februari 2015 – Ratusan penumpang tergendala perjalanan di Terminal 1 dan Terminal 3 Banten tanpa ada sebarang penjelasan dan kepastian bila pesawat patut boleh terbang. Kes ini berlarutan tiga hari lamanya.
Sehinggalah Pengarah Umum PT Lion, Edward Sirait membuat penjelasan ada tiga pesawat yang tidak boleh terbang selepas terlanggar burung dan mengakibatkan kerosakan pada pesawat. Hal ini cuma dapat dikesan selepas pemeriksaan rapi dilakukan dipercayai ketika juruterbang mendarat di Semarang.
Pesawat alami ledakan, 3 penumpang luka
April 2015 – Pesawat Lion Air JT303 laluan Kualanamu-Jakarta mengalami insiden di Bandara Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara pada Jumaat 24 April 2015. Dikatakan pesawat mengalami ledakan di bahagian belakang pesawat ketika mahu berlepas menuju ke Jakarta. Seramai 207 penumpang dan 7 anak kapal selamat kecuali 3 penumpang cedera dan alami luka sebelum dibawa ke hospital.
Insiden sayap pecah
Ogos 2017 – Insiden melibatkan pesawat Lion Air berterusan apabila berlaku kejadian sayap pecah di Bandara Internasional Kualanamu, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, Khamis 3 Ogos 2017.
Kejadian ini berlaku pagi apabila pesawat Lion Air berusaha bergerak ke kanan namun kerana sayap pesawat agak dekat dan terbatas di runway, maka berlaku kejadian pelanggaran sayap pesawat dengan Wings Air. Tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir lagi
April 2018– Lion Air penerbangan 892, Boeing 737-800, laluan penerbangan Makassar ke Gorontalo tergelincir saat mendarat di Bandar Udara Jalaluddin, Gorontalo. Tidak ada korban jiwa dalam peristiwa ini.
Nahas terburuk jatuh terhempas
29 Oktober 2018 – Nampaknya semalam merupakan insiden terburuk melibatkan syarikat Lion Air apabila 187 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas udara ini.
Dalam sejarah penerbangan Indonesia, Garuda Air pernah terhempas pada tahun 1997 di Sumatera Utara pada 1997 mengorbankan 234 orang.
Begitu juga pesawat Mandala Airlines yang baru seminit berlepas dari Lapangan Terbang Polonia, Medan, Sumatera Utara pada 6 September 2005 dan terhempas di sebuah kawasan perumahan mengorbankan 149 orang, termasuk seorang penumpang rakyat Malaysia iaitu Ti Teow Chuan yang berasal dari Sabah.
Sumber : Tribun News