Bagi korang yang membesar di Kuala Lumpur, Petrosains antara lokasi pilihan ibu bapa yang dijadikan sebagai tempat menimba ilmu pada musim cuti sekolah.
Kini, sudah 20 tahun Petrosains beroperasi dan telah banyak sumbangan mereka dalam bentuk pendidikan terhadap masyarakat, dan antaranya adalah dengan menganjurkan pameran keselamatan jalan raya yang dikenali sebagai PETRONAS StreetSmart.
Pameran ini diperkenalkan untuk memupuk kesedaran keselamatan jalan raya terutamanya kepada golongan muda.
Ads
Ha, jangan ingat kesedaran keselamatan jalan raya macam ni hanya untuk kanak-kanak saja, tapi ia juga sebenarnya sangat berguna kepada gologan dewasa.
Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh Petrosains untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, jadi dalam hal ini mereka memaparkan sains di sebalik keselamatan jalan raya yang melibatkan banyak konsep dan prinsip Fizik, yang memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa di jalan raya.
Ads
Ads
Pameran ini bukan hanya paparan statik, tetapi ia menggabungkan teknologi tinggi. Mereka juga mempunyai pasukan fasilitator yang menjalankan aktiviti dan program untuk korang merasai pengalaman sendiri di sana.
Pameran PETRONAS StreetSmart ini kini berada di Tingkat Bawah (G), Central i-City Shah alam dari 1 Ogos sehingga 31 Disember. Paling best, masuk adalah percuma.
Jom datang beramai-ramai, sambil berhibur kita boleh belajar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk menjayakan persembahan penutup di acara American Music Awards yang ke-48 pada pagi tadi (waktu Malaysia), BTS telahpun menyewa seluruh kawasan stadium Jamsil Arena di Seoul, Korea Selatan demi peminat mereka.
Persembahan kali ini agak istimewa buat para ARMY kerana mereka melakukan persembahan secara langsung pertama untuk single yang baru dilancarkan 20 November lalu, ‘Life Goes On’.
Selain title track daripada album terbaru BTS berjudul BE itu, mereka juga mempersembahkan lagu hit tahun ini, Dynamite.
Untuk pengetahuan, Dynamite juga merupakan single pertama kumpulan ini yang mendaki tangga pertama carta Billboard Hot 100.
Strategi BTS yang sanggup menyewa keseluruhan bangunan untuk melakukan persembahan ini sebenarnya secara tidak langsung mempromosikan pelancongan Korea Selatan kepada seluruh dunia.
Tatkala penduduk dunia tidak mampu untuk ‘terbang’ ke mana-mana disebabkan oleh musim pandemik Covid-19 ini, BTS ‘membawakan’ sendiri pengalaman menyaksikan konsert mereka di bangunan ikonik Korea Selatan kepada mereka.
*
Jom lihat bangunan mana lagi yang ‘pernah disewa’ oleh BTS pada tahun ini.
*
*
*
*
Agak-agak BTS akan ke Nami Island, Seorae Village atau tempat-tempat pelancongan terkenal Korea Selatan tak selepas ini? Hehe..
Selain daripada BTS, suka juga penulis ingatkan bahawa Yuna sendiri sedang bersiap sedia untuk melakukan persembahan secara virtual dari Aquaria KLCC, Disember ini!
Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para Once, peminat memberikan sokongan mereka melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon
Kurang dari setahun yang lalu, ahli kumpulan K-pop TWICE iaitu Jeongyeon pernah dilaporkan berdepan serangan panik dan ‘psychological anxiety’. Disebabkan oleh keadaan yang berlaku pada Oktober 2020 itu, penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti bersama TWICE demi memulihkan kesihatan mentalnya.
Malangnya, Jeongyeon tidak terlibat dalam sesi promosi album kedua kumpulannya berjudul Eyes Wide Open. Hanya tiga bulan kemudian, dia kembali menyertai ahli TWICE lain sempena acara Seoul Music Awards ke-30 pada Januari tahun ini.
Malang sekali apabila syarikat label kepada TWICE iaitu JYP Entertainment berkongsi pada 18 Ogos 2021 bahawa Jeongyeon disahkan berdepan semula serangan panik dan ‘psychological anxiety’ yang sama. Oleh yang demikian, dia dijangka akan berehat bermula minggu ini hinggalah waktu yang ditentukan nanti.
“Jeongyeon sekarang sedang berdepan serangan panik dan psychological anxiety. Walaupun Jeongyeon semakin pulih selari dengan jadual (bersama TWICE) dengan mengambil tindakan pemulihan, kami mementingkan kesihatan artis kami sebagai isu yang lebih utama.
“Oleh itu, setelah perbincangan dalaman dilakukan dan disertai langkah-langkah perubatan profesional, kami memutuskan agar Jeongyeon tempoh masa mencukupi untuk berehat dan pulih semula.
“Setelah berbincang dengan Jeongyeon sendiri dan ahli-ahli TWICE lain, kami ingin memaklumkan bahawa Jeongyeon tidak dapat menyertai aktiviti TWICE buat sementara waktu ini. Sebaagi syarikat label artis tersebut, kami akan menyediakan prosedur terbaik untuk Jeongyeon pulih dalam tempoh waktu mencukupi.
“Dengan itu, kami memohon agar anda semua teruskan memberi sokongan kepadanya,” catat mereka.
Untuk pengetahuan, Jeongyeon bukanlah ahli pertama yang berdepan isu kesihatan mental kebelakangan ini.
Sekitar pertengahan tahu 2019, seorang lagi ahli TWICE iaitu Mina juga tidak muncul semasa konsert jelajah dunia TWICELIGHTS berikutan isu yang sama dan disebabkan rasa tidak yakin melakukan persembahan di atas pentas. Hampir enam bulan juga Mina tidak muncul bersama kumpulannya di lokasi terbuka (tidak termasuk penggambaran dan rakaman).
Nampaknya, bukan kita saja yang berdepan serangan panik dan anxiety. Kumpulan sepopular TWICE juga memahami apa yang kita lalui. Malah, ia juga boleh berlaku berulang kali walaupun telah mendapatkan rawatan dan kaunseling sebelum ini.
Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para ONCE (peminat TWICE), mereta telah memberikan sokongan melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi cara menenangkan diri sebagaimana yang pernah ditunjukkan dalam drama Korea popular, It’s Okay Not To Be Okay.
Yasss! Sebuah lagi filem Marvel Studio dari Marvel Cinematic Universe (MCU) menampilkan superhero terbaru kini bakal menemui penontonndi pawagam.
Filem ‘Black Panther’ merupakan satu lagi karya hebat MCU yang tidak pernah gagal menghiburkan kita dengan pelbagai jalan cerita, aksi, drama dan konflik berskala kecil, sederhana atau global. Diteraju oleh pengarah berbisa berketurunan African American, Ryan Coogler, Black Panther menampilkan kisah superhero yang sangat berbeza dari karya-karya MCU terdahulu.
Pertama kali watak Black Panther muncul dalam MCU ialah menerusi filem ‘Captain America: Civil War’. Dan pengenalannya walaupun tidaklah banyak tetapi sudah cukup untuk memberi kita idea tentang karakter, kekuatan serta personaliti yang dimiliki oleh T’challa atau Black Panther sebagai raja negara misteri di Afrika, Wakanda.
Penampilannya sebagai Raja Wakanda dan pahlawan tradisi temurun mereka dikenali dengan nama Black Panther memberikan dimensi supehero yang unik dan sangat berbeza; a new kinda cool breed superhero MCU! Dan paling penting dia merupakan watak adiwira kulit hitam yang awesome, bukannya bertindak sebagai sidekick semata tetapi sebagai watak utama.
Selepas kematian bapanya akibat serangan bom (kejadian berlaku di dalam Civil War), Black Panther pulang ke Wakanda untuk ditabalkan sebagai raja baru. Dengan tanggungjawab yang baru, dia bertekad menjadikan Wakanda sebagai sebuah negara yang aman tenteram. Namun, ia tidak semudah itu. Selepas mendapati ada kes rompakan di sebuah muzium melibatkan vibranium, Black Panther bertindak untuk menjejak pengganas, Ulysses Klaue.
T’Challa juga berdepan dengan ‘kisah silam’ yang kembali menghantui legasi keluarganya dan Wakanda dengan kemunculan jejaka misteri Erik ‘Killmonger’ Stevens. Kemunculan Killmonger bukan sahaja menggugat kestabilan Wakanda tetapi juga kredibiliti kepimpinan T’challa.
Black Panther bukanlah sebuah filem adiwira ‘tong kosong’. Is penuh dengan mesej politikal yang dirumuskan dengan penuh gaya. Struggle masyarakat kulit hitam menjadi tema utamanya dan bagaimana T’challa bertindak secara rasional terhadap isu ini menjadikan filem ini sebuah karya yang sangat hebat.
Jangan lupa saksikan Black Panther di pawagam bermula pada 13 Februari 2018.
Rating – 4.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...