Seronoknya Dapat Telefon Percuma Dari YTL, Ini Cara Nak Mohon Khusus Bagi B40 & Penerima BSH

Share

Kalau sudah rezeki tak ke mana. Kalau Allah sudah janjikan ia rezeki kita, maka kita akan perolehnya.

Sekarang kebanyakan guru menggunakan teknik belajar secara online sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Ada ketika data tidak mencukupi, telefon terpaksa dikongsi bersama adik beradik yang lain dan lain lagi.

Tapi kemurahan hati pihak YTL Foundation yang memberikan telefon bimbit percuma berserta data untuk golongan B40 juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) amat dipuji.

Ia sebagai menyahut seruan kerajaan bagi menggalakkan terutamanya golongan pendidikan dan pelajar untuk berada di rumah sekali gus belajar di rumah.

Bagi yang nak tahu cara memohonya, boleh ikuti langkah di bawah.

Tawaran ini khas kepada golongan B40 atau penerima BSH sahaja. Kalau parents korang kategori M40, ia tak dibenarkan memohon sama sekali la kerana penerima B40 lebih memerlukannya. Untuk memohon korang perlu sediakan beberapa butiran seperti dibawah:

  1. Nombor MyKad/MyKid murid
  2. Nombor MyKad ibubapa
  3. Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.

Kalau dah keluar begini iaitu LULUS DAN PENERIMA BANTUAN, korang teruskan ke step ini.

Kemudian korang  perlu isi borang secara online di pautan di bawah ini. Kalau ada niat nak tolong orang lain iaitu penerima B40, boleh isi cara yang sama juga. MOHON DISINI

Sekiranya permohonan itu pihak YTL Foundation terima dan luluskan, parents  yang menerima akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar

. Apa yang diperlukan lagi sekali ialah:
  • Salinan MyKad/MyKid murid
  • Salinan MyKad ibubapa

Kalau dah tertulis rezeki korang, pihak YTL Foundation akan menghantar telefon percuma ke rumah di alamata dinyatakan dan korang boleh belajar dari rumah.

Published by
Almaswa Haji Che Ros