Rasanya macam dah lama kita tak dengar update tentang finalis-finalis Hero Remaja 2017. Dengarnya, ada yang tengah sibuk shooting drama dan ramai juga yang dah buat sesi meet & greet bersama peminat masing-masing.
Bagaimana pula kisah pemenang tempat ketiga Hero Remaja, Harris Annuar? Mesti ramai yang dah rindu dengan abang botak ni kan?
Tidak langsung terus menyepi selepas tamat program pencarian Hero Remaja, Harris mengambil inisiatif sendiri dengan menyertai kelas lakonan anjuran pelakon evergreen, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih terkenal dengan gelaran Kak Ogy.
Sepanjang tiga hari program bersama Kak Ogy, Harris mengakui banyak ilmu dan pengalaman yang dia dapat.
“Saya belajar macam mana nak menjiwai watak dan beranikan diri untuk melepaskan perasaan. Contohnya, kalau kita betul-betul nak marah, kita marah je tapi make sure marah tu betul-betul datang daripada hati dan bukannya dibuat-buat,”
“Senang cerita, ia berkaitan dengan bagaimana untuk menyampaikan emosi ketika menjiwai watak yang diberi,” terang Harris.
Kalau kita tengok Kak Ogy di kaca TV macam garang je. Harris tak takut ke dalam kelas dia?
“Actually kalau nak tahu, Kak Ogy tak garang pun dengan anak murid dia. Mula-mula sebelum masuk tu ada juga la perasaan takut tapi bila dah jumpa dengan Kak Ogy, dia memang seorang yang sporting,”
“Even Kak Ogy ada cakap dekat TV kalau dia kritik orang, itu adalah situasi yang berbeza. Tak sama seperti karakternya di dalam kelas yang memang sporting habis, suka buat lawak dan selalu bergurau dengan kami,” tambah Harris lagi.
Selepas daripada menyertai kelas lakonan tersebut, Harris ada upload video dia berlakon dan tak sangka Kak Ogy pun bagi pujian. Katanya, biarkan orang nak ketawa tentang lakonan Harris sebab satu hari nanti kalau Harris dah rangkul anugerah, orang yang ketawa tu pasti akan diam.
Wah, ingat senang ke nak dapat pujian Kak Ogy ni. Bravo Harris!
Selain itu, Harris juga turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis seperti Dynas Mokhtar, Hafeez Mikail dan Zoey Rahman yang turut memberikan komen positif kepadanya.
Bukan itu saja, anak manja ini juga sering mendapat sokongan daripada ibu tercinta, Kak Ton yang selalu menjadi tulang belakang dalam kariernya itu. Ibunya dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada Kak Ogy kerana telah membantu menjadi cikgu lakonan kepada anaknya itu.
Agak-agaknya kenapa kami kata Harris anak manja ya? Dah tengok belum video ucapan hari lahir Harris Kak Ton? Sweet
sangat.Video tersebut telah pun mendapat tontonan sebanyak 386k viewers di Instagram.
Cayalah Harris. Remaja doakan supaya Harris terus berjaya dalam industri hiburan tanah air dan semoga boleh mengharumkan nama Malaysia di mata dunia nanti.
InsyaAllah.
Jangan lupa untuk dapatkan Majalah Remaja Januari 2018: Hero Remaja Collector’s Issue kerana Harris Annuar pun ada di dalamnya! Akan datang hujung Disember ini.