Mendiang Puteri Diana merupakan salah seorang personaliti keluarga diraja paling popular pernah wujud pada era ini.
Meskipun telah meninggal dunia kira-kira 24 tahun lepas, Puteri Diana masih dikenang sebagai puteri berjiwa rakyat – bukan setakat di Britain malah di seluruh dunia.
Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa orang pengarah terkenal dan produksi filem serta drama bersiri mula memilih Puteri Diana sebagai subjek utama dalam projek biopik mereka.
Sebagai contoh, Naomi Watts pernah membawa watak tersebut dalam filem Diana (2013) yang memfokuskan kepada hubungan di antara beliau dan pakar bedah jantung, Dr Hasnat Khan serta Dodi Al Fayed yang pernah bergelar teman istimewa Diana.
Secara peribadinya, penulis tidak merasakan Naomi mempunyai fizikal mirip mendiang. Malah lakonannya juga terasa seperti dipaksa dan tidak natural.
Kemudian pada tahun lalu, Emma Conrin mencuri perhatian apabila musim keempat siri Netflix, The Crown menemui penonton setelah hype luar biasa diberikan sepanjang tahun 2020. Emma dilihat sebagai pilihan yang tepat sebagai Puteri Diana memandangkan dirinya bukanlah seorang pelakon yang ‘terlalu popular’ di luar radar industri hiburan Britain.
Sejak episod pertama hinggalah ke episod terakhir, penulis beranggapan personaliti dan pembawakan Emma berjaya menunjukkan sisi Puteri Diana yang terasing daripada keluarga diraja Britain.
Ads
Ada masanya dengan bantuan penata gaya, jurusolek dan jurudandan, Emma sememangnya kelihatan persis Puteri Diana. Namun demi menambah rencah drama, lakonannya sebagai Diana adakala terasa overdone.
Kini, tumpuan terarah kepada Kristen Stewart yang menamatkan penggambaran filem Spencer sebagai Puteri Diana.
Beberapa foto di sebalik tabir dari filem arahan Pablo Larrain (Jackie, 2016) ini telahpun mula tersebar di Instagram dan imej Kristen saling tidak tumpah seperti mendiang semasa beliau masih muda!
Ads
Dalam foto tersebut, Kristen menyarungkan jaket merah, blaus hitam dan aksesori topi dengan perincian veil – mirip stail Puteri Diana dalam kehidupan sebenarnya. Kristen juga menggakan stail rambut signature Diana dan ia membuatkan ramai warganet semakin tidak sabar untuk menantikan filem tersebut.
Untuk pengetahuan, Spencer menggambarkan kehidupan Dianaa sekitar tempoh percutian pada tahun 1991 di mana beliau mengambil keputusan untuk memohon penceraian daripada Putera Charles.
Ia adalah momen yang akan mengubah kehidupan Diana dari segi emosi, fizikal dan bagaimana beliau berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang lama.
Spencer bakal ditayangkan pada bulan November tahun ini.
Jom lihat trailer pertama filem ini, tak sabar rasanya untuk menantikan lebih banyak trailer Spencer yang akan datang dengan lebih banyak dialog oleh Kristen.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Industri muzik Malaysia mencatatkan sejarah baru pada tahun 2024 apabila pendapatan industri muzik tempatan meningkat sebanyak 11.5% kepada RM339 juta, mengatasi rekod tertinggi sebelum ini yang tercatat pada tahun 1996 dengan jumlah RM315 juta.
Peningkatan ini didorong oleh kenaikan 14% dalam hasil pendapatan digital serta peningkatan 7.6% dalam kutipan royalti oleh tiga Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) utama di negara ini.
Walaupun menghadapi cabaran daripada muzik janaan kecerdasan buatan (AI), Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) terus memperkukuh perlindungan hak cipta dan menyokong penggiat seni tempatan.
Dalam perkembangan lain, Insomniacks dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Distrim, sementara lagu Masing Masing nyanyian Ernie Zakri & Ade Govinda menjadi Lagu Tempatan Paling Tinggi Distrim sepanjang tahun 2024. Kategori lain yang menarik perhatian termasuk:
Lagu Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Die With A Smile oleh Lady Gaga dan Bruno Mars
Artis Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Taylor Swift
Artis Cina Tempatan Paling Tinggi Distrim: Firdhaus
Sepanjang tahun 2024, RIM melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memajukan industri muzik tempatan. Salah satu inisiatif utama ialah program Carta RIM yang menampilkan lagu-lagu paling tinggi distrim di Malaysia dalam tiga bahasa utama, yang disiarkan di stesen-stesen radio milik Astro Radio iaitu ERA, Hitz, dan MY.
RIM juga berjaya memperoleh kerjasama dengan stesen penyiar rasmi dalam penganjuran acara Anugerah Industri Muzik edisi ke-24 (AIM24), sebuah acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan ramai, yang bakal berlangsung pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan pada setiap akhir tahun, terdapat banyak penilaian dan tinjauan yang dibuat untuk menyenaraikan antara individu paling kacak dan cantik sepanjang tahun. Banyak kategori yang dipilih sama ada dalam bidang hiburan atau pun tidak.
Seperti kebiasaanya, TC Candler antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu-individu paling kacak dan jelita setiap tahun. Penilaian biasanya dibuat berdasarkan tahap populariti setiap calon yang dinominasi. Proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Tahun ini, 10 bintang lelaki k-pop antara yang tersenarai dalam 100 Wajah Paling Kacak 2021 dan berikut kami senaraikan antara selebriti-selebriti yang berjaya memikat hati peminat.
Wah, nampaknya ahli kumpulan BTS mendominasi carta lelaki paling kacak tahun ini ya. Macam mana dengan keputusan ini, korang setuju ke tidak? Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SEPANJANG 16 TAHUN setelah filem fesyen-drama-komedi popular The Devil Wears Prada ditayangkan, ketua editor majalah Vogue dan ketua pegawai kandungan sedunia syarikat penerbitan Conde Nast, Anna Wintour beberapa kali cuba untuk menidakkan persamaan di antara dirinya dan watak antagonis, Miranda Priestley lakonan Meryl Streep dalam filem tersebut.
The Devil Wears Prada yang menceritakan tentang hubungan Miranda, seorang editor majalah fesyen terkenal dan pembantu terbarunya, Andrea @ Andy Sachs dan bagaimana mereka mengeimbangi kehidupan kerjaya serta peribadi seringkali dirujuk kepada kehidupan sebenar Anna Wintour.
Ramai mengambarkan Anna sebagai seseorang yang jarang menunjukkan rasa belas kasihan apabila tiba waktu bekerja. Begitupun Anna selalu cuba lari daripada topik itu setiap kali ditemubual seperti yang pernah terjadi dalam video bersama Meryl Streep sempena isu majalah Vogue di bawah.
Dan kini selepas 16 tahun, siapa sangka momen filem itu kembali dicetuskan oleh siapa lagi kalau bukan Anna dan pelakon Anne Hathaway yang memegang watak Andy.
Bertempat di acara pertunjukan fesyen Michael Kors sempena Minggu Fesyen New Work, Anne ditempatkan bersebelahan Anna pada barisan hadapan acara itu. Dalam filem tersebut, Andy sering duduk di belakang Miranda ataupun di meja berdekatan – TIDAK sesekali bersebelahan dengannya. Oh well.
Turut bersama mereka ialah bintang tenis Amerika Syarikat, Serena Williams dan Datuk Bandar New York, Eric Adams.
Apa yang menjadikan momen itu lebih realistik adalah apabila Anne menggayakan kot paras lutut daripada fabrik kulit buaya yang kelihatan mirip pakaian dalam babak terakhir The Devil Wears Prada, siap dengan gaya rambut serta dandanan rambut persis dalam filem itu!
Adakah momen parodi ini hanya berlaku secara kebetulan ataupun Michael Kors sudah lama merancang, kita je yang lalai?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...