Perkhidmatan Maxis Terganggu ‘Teruk’, Pengguna Luah Marah Di Media Sosial

Share

Korang kena tak macam ni?

Pagi tadi nampaknya rangkaian telekomunikasi terkemuka di Malaysia, Maxis mengalami gangguan sehinggakan menyebabkan sejumlah pengguna menghadapi masalah untuk mengakses Internet terutamanya di seluruh Lembah Klang.

BACA : Ciri Baharu Maybank MAE Keluar Duit ATM Hanya Imbas Kod QR, Ini Caranya

Hal ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan pelbagai aplikasi pada telefon pintar mereka. Di laman media sosial seperti Twitter misalnya ramai merungut peranti pintar mereka tidak boleh menggunakan rangkaian Internet dan panggilan telefon.

Walaupun Maxis masih belum mendedahkan punca di sebalik gangguan dan skala situasi itu, wakil perkhidmatan pelanggannya memberikan maklum balas mengenai aduan terbabit menerusi Twitter dan Facebook.

Komen Via Twitter
Komen Via Twitter

Biarpun mengakui sememangnya wujud isu itu, pihaknya tidak menyatakan punca gangguan yang berlaku secara tiba-tiba dan anggaran bilakah ia akan kembali ‘pulih’.

Dalam satu kenyataan ringkas kepada The Vibes, jurucakap syarikat itu ingin memaklumkan kepada pelanggan yang mengalami masalah itu bahawa pihaknya sedang berusaha menanggani isu berkenaan.

“Perkhidmatan sedang dipulihkan secara beransur-ansur dan dijangka selesai sepenuhnya tidak lama lagi.

“Kami ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas pemahaman dan kesabaran mereka.”

Kemaskini: Maxis kini menyatakan perkhidmatan mereka telah kembali beroperasi seperti biasa kembali.

 

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana